Health Fair 2015

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

槟州首长林冠英致词稿

峇眼惹玛区甘榜新芭乡委会举办2015年健康展兼脚车行

201551日,早上9

 

 

各位嘉宾,各报记者,大家早上好。

 

首先,本人非常荣幸能够出席主持和参与由槟州政府主催,北海甘榜新芭乡村发展暨治安委员会举办的2015年健康展及脚车行,提升公众对健康的认识和觉醒,让槟州人民拥有一个健康的身体。

 

今天早上的脚车行共吸引了超过600人的参与,骑士们骑脚车环绕北海市区一周约10KM,这也证明北海人也开始注重自己的健康,就是北海人迈向健康的一大步。

 

今天的健康展拥有超过30个来自医疗和保健的专业人士,包括医生丶牙医丶药剂师丶物理治疗师和语言治疗师等的参与,为峇眼选民提供一个一站式的服务,提供民众一个咨询和求助的管道,让民众能够了解本身的健康。

 

槟州政府了解健康的重要性,每年都会拨款兴建许多体育设施,以鼓励人民多运动,拥有一个健康的体魄。有了健康的身体,才能继续追逐人生的目标,否则都是徒然的。

 

要有健康的体魄,就要让人民有时间运动。州政府为了要避免让人民继续每天苦候渡轮或面对大桥塞车的无奈,因此建议建造空中德士来往槟威两岸。

 

我们宁可花更多的时间在运动,也不想花多时间在塞车上。所以,州政府要在槟城实现让车等人的公共交通系统,预料这项计划将于2018年落实,相信我们也将是全马第一个拥有空中德士来往两岸的州属。

 

空中德士最大好处是车等人,而不是人等车,人民再也不需要花费长时间在等待公共交通中。

 

除了空中德士,我们州政府另办无车日。槟岛占领土库街“无车日”在槟岛掀起热潮,威省市政局也不落人后,拟定每个月第一个星期日在诗布朗再也双威嘉年华广场一带举办“早晨无车日(Car Free Morning)”,首次活动就在53日(后天)早上6点到中午12点,欢迎威省人携带一家大小出席参与,迎接一个充满朝气的早上。

 

最后,我希望大家和槟州政府一起敢敢拼,让槟城称为一个更清洁丶更绿化丶更安全和更健康的州属。祝大家身体健康,谢谢。

 

SEMPENA ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH PELANTIKAN YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG 

SEMPENA ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH PELANTIKAN YANG DI-PERTUA 

NEGERI PULAU PINANG 

TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO’ SERI UTAMA

(DR.) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS

PADA HARI SELASA, 28 APRIL 2015 

 

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.

Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang, saya melafazkan doa kesyukuran serta ucapan tahniah kerana pada hari ini, negeri dan rakyat Pulau Pinang sekali lagi berasa gembira sempena pelanjutan perkhidmatan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang buat kali yang keenam dan juga setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff. 

Saya mendoakan semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan sentiasa berada dalam keafiatan serta kesejahteraan, terus berperanan sebagai lambang keutuhan negeri dan menjadi tunjang utama kepimpinan negeri. Semoga negeri dan rakyat yang berada di bawah kepimpinan Tuan Yang Terutama Tun, akan dikurnia dan dilimpahkan oleh Tuhan segala kerahmatan, keberkatan dan kesejahteraan jua hendaknya.

Kewujudan institusi yang efisien, kukuh dan mampan merupakan prasyarat utama untuk mencapai tahap sebuah negeri maju yang bertaraf antarabangsa dan pintar seperti matlamat Kerajaan Negeri. Pulau Pinang berjaya menarik jumlah pelaburan sebanyak RM8.16 bilion pada tahun 2014 berbanding dengan RM3.91 bilion pada tahun 2013. Keyakinan pelabur memang terserlah apabila pelaburan negeri ini mencatat RM48.2 bilion untuk tempoh tujuh (7) tahun di antara 2008 hingga 2014 iaitu 93.6% lebih tinggi daripada RM24.9 bilion semasa tempoh tujuh (7) tahun sebelum ini (2001-2007).

Permulaan tahun baru ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan di mana Negeri Pulau Pinang mencatat satu lagi sejarah baharu apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya yang ke-13 di Malaysia dan kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dengan status terbaru ini, adalah diharapkan supaya perkhidmatan yang diberikan akan lebih efisien dan mencerminkan sebuah Bandaraya yang maju dan bertaraf antarabangsa.

Dalam usaha membebaskan Negeri Pulau Pinang daripada gejala rasuah serta pembaziran dan penyelewengan kewangan, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). Hasil daripada urus tadbir CAT, Kerajaan Negeri berjaya mencatatkan lebihan Belanjawan setiap tahun semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008. 

Sepanjang enam (6) tahun ini bermula dari tahun 2008 hingga 2013, lebihan Belanjawan yang dicatatkan adalah berjumlah RM453 juta. Pada tahun 2011 sahaja, Pulau Pinang mencatatkan lebihan Belanjawan RM138.31 juta yang merupakan lebihan Belanjawan tertinggi yang dicatatkan dalam sejarah Negeri Pulau Pinang. Dalam tempoh enam (6) tahun ini (2008-2013), lebihan Belanjawan terkumpul bagi Pulau Pinang berjumlah RM453 juta, yang jauh melebihi lebihan Belanjawan terkumpul 50 tahun sebelum ini (1957-2007), sebanyak RM373.6 juta.

Lebihan Belanjawan yang terkumpul hasil daripada kawalan dalaman perbelanjaan, amalan perbelanjaan berhemah dan usaha berterusan dalam menambah hasil negeri, membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan program-program bantuan sosial iaitu sebanyak RM287 juta sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menghargai dan menjaga kebajikan rakyatnya. Ianya diberikan secara langsung sebagai pemberian sumbangan "emas" kepada golongan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal, ibu emas, pelajar emas, anak emas, waris warga emas, waris ibu tunggal dan waris OKU serta semua mahasiswa dan mahasiswi universiti awam tempatan.

Baki lebihan Belanjawan ini digunakan untuk melaksanakan projek-projek untuk kegunaan awam seperti jalan raya, longkang, dewan orang ramai, rumah mampu milik dan perumahan awam, taman rekreasi, gelanggang futsal dan sukan serta menaiktaraf pasar awam. Antaranya, memperuntukan RM5 juta bagi menaiktaraf tiga (3) buah pasar awam termasuk Pasar Awam Samagagah di Permatang Pauh. 

Kerajaan Negeri juga sedang merancang untuk membangunkan semula 4.5 ekar Pasar Awam dan Kompleks Penjaja Bandar Seberang Jaya yang akan menelan belanja sebanyak RM12 juta. Di samping itu, RM11 juta dibelanjakan oleh PDC bagi pembinaan SPA atau Seberang Perai Arena yang merupakan dewan paling cantik dibina oleh Kerajaan Negeri, khas bagi penduduk di Seberang Jaya dan penduduk Permatang Pauh khususnya. 

Selain daripada itu, program pemeriksaan mamogram percuma telahpun dilancarkan untuk semua wanita yang melebihi 35 tahun sekaligus menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kaum wanita. Kerajaan Negeri menghadapi dua (2) cabaran utama – masalah pengangkutan awam serta perumahan awam. 

Adalah menjadi visi dan misi Kerajaan Negeri sejak mula memerintah Negeri Pulau Pinang pada tahun 2008 bagi mewujudkan satu sistem pengangkutan awam dan jalan raya yang berintegrasi dan menyeluruh di seluruh Negeri Pulau Pinang termasuk di Seberang Perai. Pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Negeri yang dijangka menelan belanja sebanyak RM27 bilion dibahagi kepada tiga (3) komponen utama iaitu jangka pendek dari tahun 2013 hingga 2015, jangka sederhana bermula tahun 2015 hingga 2020 dan jangka panjang bermula pada tahun 2020 hingga 2030. Ianya merangkumi pengangkutan darat, air dan udara (termasuk keretapi, LRT/MRT).

Sebagai langkah jangka masa pertengahan sehingga sistem LRT/MRT siap pada tahun 2030, Kerajaan Negeri dan Penang Sentral Sdn. Bhd. sedang dalam peringkat mengeksplorasi projek kereta kabel menghubungkan Seberang Perai dan bahagian Pulau yang dikenali sebagai Penang Sky Cab. Perjalanan akan mengambil masa selama 15 minit dan merupakan satu alternatif kepada perkhidmatan feri selain daripada menjadi tarikan pelancongan.

Andai semuanya berjalan lancar, projek dengan anggaran kos antara RM250 juta ke RM300 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018.Penang Sky Cab akan menghubungkan Hab Pengangkutan Sentral Pulau Pinang, Butterworth (di bahagian Seberang Perai) ke Gat Lebuh Nordin berdekatan Depoh Bas Rapid Penang (di bahagian Pulau).

Bagi memastikan pendemokrasian perumahan, Kerajaan Negeri menerusi PDC sedang membina 22,512 unit rumah awam dan mampu milik di kedua-dua bahagian Negeri Pulau Pinang. Ianya dijangka memenuhi permintaan rakyat sekiranya diambil kira lebih daripada 20,000 unit yang akan dibina oleh pihak swasta.

Dalam mengelak pengaliran keluar bakat tempatan, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif khas menubuhkan Penang Future Foundation (PFF) yang merupakan program biasiswa. PFF ditawarkan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang dan berkelayakan, dengan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Pulau Pinang untuk belajar dalam jurusan terpilih dalam institusi pengajian tinggi di Malaysia, dengan syarat mesti bekerja di Pulau Pinang untuk satu tempoh masa selepas Ijazah.

Kejayaan ekonomi dan sosio-politik Pulau Pinang adalah hasil daripada usaha kolektif semua rakyatnya. Sementara Pulau Pinang sedang menuju matlamat negeri maju dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, semua kejayaan ini tidak bermakna sekiranya ia tidak dimiliki bersama. Kita semua harus mengimpikan impian yang sama – Impian Pulau Pinang.

Impian Pulau Pinang adalah berjiwa rakyat dan berteraskan undang-undang, serta bertumpu kepada tiga (3) golongan utama iaitu individu, masyarakat dan institusi. Impian Pulau Pinang komited untuk mencapai:

  1. Perpaduan kebangsaan berdasarkan prinsip-prinsip bersama iaitu keadilan, demokrasi, kebebasan, nilai moral sejagat, kepimpinan berintegriti dan martabat manusia

  1. Pertumbuhan ekonomi di mana sumber dikongsikan dengan rakyat dan tidak dimonopoli oleh segelintir kroni

  1. Keharmonian sosial yang meraikan kepelbagaian dan pertumbuhan inklusif sebagai tonggak masyarakat yang padu dengan penuh ehsan

  1. Pembangunan lestari untuk memastikan habitat yang bersih, hijau, selamat dan sihat; dan

  1. Usaha masyarakat dan individu yang memberi ganjaran kepada mereka yang cekal dan cemerlang serta menyediakan peluang saksama bagi memastikan semua orang boleh merealisasikan potensi mereka.

Mekanisme Impian Pulau Pinang hanya boleh diperkuat dan diperkukuhkan oleh institusi yang berteraskan undang-undang. Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, selain mendukung kedaulatan Parlimen, Institusi Raja-raja dan Islam sebagai agama Persekutuan, boleh juga mempertahankan lima (5) komitmen ini. Institusi seperti keluhuran undang-undang, hukuman berat untuk rasuah dan salah guna kuasa memberi harapan keesokan hari pasti lebih cerah untuk anak-anak kita.

Dengan mengikrarkan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Negeri dan Perlembagaan Negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan bekerja keras untuk merealisasikan Impian Pulau Pinang. Marilah kita menjadikan Pulau Pinang sebagai landasan di mana semua impian kita boleh menjadi kenyataan.

Sekali lagi saya dan seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri serta rakyat Negeri Pulau Pinang mengambil peluang untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuan Yang Terutama Tun. Kami berikrar untuk menjunjung Tuan Yang Terutama Tun dalam melaksanakan tanggungjawab menjalankan urus tadbir CAT ini. Kerajaan Negeri juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa keselamatan khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengawal ketenteraman masyarakat, keamanan negeri dan keselamatan Tuan Yang Terutama Tun.

Akhir sekali, kami sekalian mendoakan semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan dan seluruh anggota keluarga sentiasa mendapat keberkatan dan perlindungan daripada Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. 

Selamat memerintah dengan sejahteranya.

Sekian, terima kasih.

=======================================

Important Point Translation of Speech by Chief Minister in TYT Swearing In Ceremony on 28 April 2015

Penang’s economic and socio-political achievements is due to the collective effort of its people. Whilst Penang is on its way towards achieving a developed state and high-income economy by 2020, this successes will count for nothing if there is no sense of ownership by all. We must all dream the same dreams – the Penang Dream.

The Penang Dream is people-centric and rules-based, focusing on three key groups of individual, community and institutions. The Penang Dream is committed towards:-

  1. National Unity based on common principles of justice, democracy, freedom, universal moral values, integrity in leadership and human dignity.

  2. Economic growth where the resources are shared with the people and not monopolised by a few cronies;

  3. Social harmony that celebrates diversity and inclusive growth as a strength for social cohesion and compassion;

  4. Sustainable development to ensure a clean, green, safe and healthy habitat; and

  5. Community effort and individual enterprise that rewards excellence and diligence as well as provide equal opportunities to ensure that everyone can realise his and her potential.

    The mechanism of the Penang Dream can only be strengthened and reinforced by rules-based institutions. For instance the Federal and State Constitution, apart from upholding the supremacy of Parliament, the Royalty and Islam as the religion of the Federation can also protects these 5 commitments. These institutions such as rule of law, severe punishment for corruption and abuse of power gives hope for a better tomorrow for all and a brighter future for our young.

    In pledging our total and undivided loyalty to the Yang di Pertuan Agong, the Governor and the State Constitution, we will also work hard to realise this Penang Dream. Let Penang be the platform where all our dreams can come true!

==============================================================

槟城首席部长林冠英2015428日在槟城州元首府举行的州元首就职宣誓典礼讲词的重点翻译

拥有效率、稳固及永续的制度,是州政府实现国际及智慧型州属的先决条件。相较于2013年的39亿1000万令吉,槟城在2014年成功吸引了81亿6000万令吉的投资。投资者对槟城有信心,因此从2008年至20147年来,槟城共获得482亿令吉投资,较于20072001年前七年槟城所获得的249亿令吉,高出93.6%

今年伊始,槟城融入在一片欢庆与快乐的气氛中,因为槟州再次写下历史新篇章,槟岛于201511日正式升格为市,槟岛市政局(MPPP)荣升槟岛市政厅(MBPP)。希望借着升格为市,市政厅的服务效率能获得提升及真正反映一座先进及国际的城市。

民联州政府在秉持能干、公信、透明的施政方针,让槟州免于贪污、浪费及滥权,使槟州政府自2008年执政以来,成功每年获得预算盈余。

2008年自2013年,6年来,槟州共获得4亿5300万令吉的预算盈余。单单2011年,槟州就获得了1亿3831万令吉的预算盈余,是槟州史上最高的预算盈余。2008年至2013年,槟州6年来的总预算盈余共4亿5300万令吉,远超过1957年至2007年,50年来所获得的3亿7360万令吉的预算盈余。

预算盈余是来自于控制内部开支、谨慎开支及开源增加槟州收入。这让州政府有能力推行2亿8700万令吉的各种社会援助计划,以作为州政府谨记感谢人民及照顾人民的福利计划。这些以援助金方式进行的福利计划包括了乐龄回馈计划、残障人士、单亲妈妈、黄金妈妈、快乐学生计划、宝贝计划、乐龄人士往生抚恤金、单亲妈妈往生抚恤金及残障人士往生抚恤金,还有就是槟城学子升读本地大学助学金。

预算盈余也用来进行公共计划,如铺设道路、水沟、兴建民众会堂、兴建可负担房屋及公屋、休闲公园、5人足球场及体育设施,还有就是提升公共巴刹设施。当中,也包括之前拨款500万令吉,提升了沙玛牙牙巴刹在内的3峇东埔公共巴刹。

州政府计划在诗布朗再也卫星市的4.5英亩地兴建一座耗资1200万令吉的崭新公共巴刹及小贩中心。同时,槟州发展机构也拨出1100万令吉兴建已经建竣,坐落在诗布郎再也的威省大会堂。威省大会堂是州政府所兴建的最漂亮大会堂,特别是对诗布朗再也及峇东埔的居民而言。

另外,州政府也推行35岁以上州内妇女免费乳癌检查的福利,显示州政府对于妇女真正的关心。

州政府面对2个主要挑战,那就是公共交通的问题及公共房屋的问题。

2008年执政以来,实现整合槟岛及威省的全面公共交通系统及道路,一直是州政府的宏愿与任务。预料耗资270亿令吉的槟城交通大蓝图,将分3个主要阶段进行,第一是20132015年的短期阶段,接着是20152020年的中期阶段,最后是20202030年的长期阶段。该大蓝图包括了海陆空的交通(涵盖轻快铁或地铁)

在轻快铁或地铁在2030年建好之前,于中期阶段,槟城州政府与槟城中环有限公司,拟进行从威省连接槟岛的空中德士计划。空中德士一趟旅程只需15分钟,作为乘搭渡轮以外的交替交通工具,也是吸引游客的卖点。

若一切进行顺利,该预料耗资2亿5000万至3亿令吉的计划将在2018年完成。槟城空中德士将连接威省北海的槟城中环广场及槟岛位于快捷通巴士停车场旁的港仔尾地段(红灯角对面)。

为了确定能让房屋民主化,州政府透过槟州发展机构正在槟威两岸兴建22512个公屋及可负担房屋单位。再加上另2万个由私人界兴建的单位,预料将能迎合人民的需求。

为了防止人才外流,州政府率先设立了以《槟城未来基金会》的奖学金。《槟城未来基金会》提供给杰出及符合资格的大马学生奖学金,尤其是来自槟城学生为先,资助他们在大马本地高等学府研读,条件是毕业后需在槟城就业一段时间。

槟城今日的经济、社会及政治成就都是槟城全民所努力累积。同时,槟城正迈向2020年先进州及高收入州的目标。这些成就若不是全民共享,将变得毫无意义,因此,我们应该怀着同样的梦想,那就是,槟城梦。

槟城梦是一项以民为本,遵循法治的概念,槟城梦将涵盖个人、社会及制度。槟城梦将迈向5个目标:

  1. 团结人民,秉持正义、民主、自由、普世道德价值、廉洁领导及人性尊严的共同原则团结人民。

  1. 经济增长,资源与人民共享,不让一些朋党垄断。

  1. 社会和谐,提倡多元包容作为社会稳定融洽的支柱。

  1. 永续发展,确保居住地清洁、绿化、安全与健康。

  1. 注重社会与个人的卓越,奖励卓越的社会群体与个体,提供公平的机会。确保每个人可以施展他们的潜能。

槟城梦唯有透过遵循法治的制度才能获得强化及稳固。例如我们的国家联邦宪法及州宪法,不只维系国会、君主立宪及伊斯兰教作为联邦宗教的地位,也能捍卫这5项目标。尊崇法治的制度,严刑峻法对付贪污滥权,将为我们的子女带来更美好的明天。

林冠英

 

KEJOHANAN BOLA KERANJANG PIALA PYDC 2015

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

KEJOHANAN BOLA KERANJANG PIALA PYDC 2015

27 APRIL 2015 (ISNIN) & 28 APRIL 2015 (SELASA)

7.30 MALAM

 

 

Salam Sejahtera dan salam bersih diucapkan kepada semua.

Terlebih dahulu, saya berasa syukur kerana kita dapat bersama–sama berkumpul di sini, bagi menjayakan Kejohanan Bola Keranjang Piala PYDC. 

PYDC adalah badan belia yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk memupuk watak dan sifat belia ke arah kecemerlangan, menghormati kepelbagaian, tradisi agama dan budaya berbeza serta memupuk perpaduan berdasarkan idealisma atau prinsip bersama berteraskan nilai-nilai demokrasi, keadilan, integriti dan kebebasan. 

Kerajaan negeri akan menyokong aktiviti sukan di peringkat akar umbi dan kami rasa gembira dengan jumlah penyertaan sebanyak 57 pasukan daripada 5 daerah masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kerajaan Negeri bersedia melaburkan wang untuk mempertingkatkan kemudahan sukan baik dalam stadium mahupun geran memulihkan prestasi sukan. Prinsip utama adalah memilih mereka yang berkepakaran, mempunyai komitmen dan masa untuk membangunkan sukan sebagai pemimpin. Itulah sebabnya saya sebagai Ketua Menteri enggan memimpin persatuan sukan kerana ahli politik memang tidak layak untuk jawatan penting ini. 

Sikap yang positif dan profesional merupakan kunci utama untuk memimpin sebuah persatuan sukan. Contohnya, kelab-kelab bola keranjang NBA adalah sangat berjaya kerana ia bukan sahaja mengamalkan suatu sistem pimpinan berdasarkan keupayaan malah operasi kelab tersebut adalah dilaksanakan oleh pakar-pakar yang berpengalaman dalam bidang bola keranjang dan bukannya orang politik, yang bukan sahaja kurang berpengetahuan dalam sukan malah mereka juga tidak mempunyai masa untuk memimpin persatuan tersebut.

Biarlah pakar-pakar sukan yang profesional dan bersemangat tinggi menjadi pemimpin persatuan sukan, kerana ia dapat melancarkan pelaksanaan dan saya pasti mereka akan mengurus persatuan sukan tersebut lebih baik daripada ahli politik!

Dengan kata- kata ini, saya dengan bangganya merasmikan Kejohanan Bola Keranjang Piala PYDC.

Sekian Terima Kasih.

LIM GUAN ENG

 

WORLD WATER DAY 2015

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

SPEECH BY CHIEF MINISTER OF PENANG
DURING WORLD WATER DAY 2015
26th April 2015 AIR ITAM DAM

SAVE WATER, AVOID RATIONING AND ENJOY
THE MOST “PEOPLE-FRIENDLY” HOUSEHOLD WATER BILLS IN MALAYSIA


Good Morning.
As we commemorate World Water Day 2015 at the Air Itam Dam today, I would like to emphasise 3 key points about water supply in Penang:

1. Firstly, the Penang State Government intends to keep its promise of avoiding water rationing in Penang at all costs.

In 2014, rationing was implemented in Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor as well as in some districts in Perak (Taiping), Negeri Sembilan and Johor. There was no rationing in Penang in 2014.

Earlier this year, Negri Sembilan and Johor had to implement water rationing due to water shortages. Certain parts of Selangor experienced water interruptions due to contaminated raw water sources during the recent dry season. There is no rationing in Penang thus far in 2015.

I would like to commend PBAPP for doing an effective and efficient job in avoiding water rationing. PBAPP will have to keep up the good work because we do not want to cause hardships for the people and losses to the thousands of businesses that provide employment to the people.

2. Secondly, the Penang State Government and PBAPP need the people’s cooperation to avoid water rationing. All we are asking is for you to use less water, and to use water wisely. As mentioned by Ir. Jaseni, please visit www.pba.com.my for water saving tips today.

We need you to conserve water because of climate change. Compared to 10 years ago, it is now hotter, hazier and drier in Penang at certain times of the year. The annual rainfalls that fill our dams are less predictable. We cannot fight climate change, so we have to adapt by using less water so that we always have enough for all.

We also need you to conserve water because the Federal Government and Perak have stalled or turned their backs on their promise of developing the Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme (SPRWTS). The SPRWTS was proposed by Penang to allow us to tap a second and alternative raw water resource in this age of climate change towards Year 2050. However, the Ministry of Energy, Green Technology and Water, or KeTTHA, does not want to mediate discussions between Perak and Penang. Instead, KeTTHA has asked us to “negotiate” directly with Perak on the SPRWTS.

Meanwhile, Perak has indicated that it only wants to sell Penang treated water when what we need is raw water. Clearly, this idea by Perak is not practical because their price will be too high. Our water tariffs will at least triple if not more if we are forced to buy treated water from Perak.

That said, the Penang State Government and PBAPP will not give up on the SPRTWS. The Federal Government must be held accountable for undertaking this critical raw water resource development project in accordance to the 2011 agreements signed when Penang migrated to the National Water Services Re-structuring Initiative. We will continue to push but we do not know when this project will materialise.

Until the Federal Government keeps this promise to Penang, we ask all Penangites to “save water”, just to be “safe.”

3. Thirdly, as your “people-friendly” State Government, we would like to emphasise that there is a good benefit or reward to using water wisely in Penang. If you use water wisely, your household will enjoy the most “people-friendly” average domestic tariff for the first 35,000 litres per month at RM0.32 per 1,000 litres.

Please let me be clear about this: no one else charges RM0.32 per 1,000 litres for the first 35,000 litres per month, anywhere else in Malaysia.

Please do not be fooled or misled by certain parties who proclaim that water tariffs have been raised too many times, or that Penang’s tariffs burden the
people, or that the timing of the water tariff review is “untimely”, “suspicious” or whatever. We have only raised domestic tariffs once since the 90s and this
is to conserve water as water is wasted when the
tariffs are too low.

Instead, consider the following simple facts and figures:

 If your household uses less than 35,000 litres of water per month, you pay an average of RM0.32 per 1,000 litres.

 More than 7 out of every 10 households in Penang use less than 35,000 litres of water per month.

 Penang’s RM0.32 per 1,000 litres is less than 50% of the national average of RM0.66 per 1,000 litres. Kedah charges RM0.67, Perak charges RM0.73 and Johor charges RM1.05.

As such, 75.3% of all households in Penang enjoy the most “people-friendly” domestic tariffs in Malaysia today. This is a fact. It is the simple truth that nobody can deny.

Moreover, the remaining 24.7% of households are given the option of conserving water to enjoy the same privilege. Unlike the GST that burdens everyone, that nobody can avoid, Penang households can reduce consumption to avoid paying more for water supply.

As such, the Penang Water Tariff Review 2015 is an urgent water demand management initiative to
reduce water consumption in Penang so that we may avoid water shortages and rationing.

It is also a “people-friendly” initiative that rewards the majority of domestic households in Penang who use less than 35,000 litres of water per month. We cannot avoid the effects of the Federal Government’s GST, but if you make the right choice, you can pay much, much less than the national average for domestic water supply in Penang.

So, please choose Penang’s “people-friendly” option. Save water and use water wisely today.

Thank You.