CADANGAN MEMBAIKPULIH BANGUN AN-BANGUNAN NO. 94, 96, 98, 100, 102 & 102A, LEBUH KIMBERLY DI ATAS LOT 1348, SEK.18, D.T.L., GEORGE TOWN, PULAU PINANG UNTUK MENAMPUNG PEKERJAAN TRADISI DAN WARISAN HIDUP DALAM TAPAK WARISAN DUNIA GEORGE TOWN (BM/CN)

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

SIDANG AKHBAR OLEH YAB TUAN LIM GUAN ENG, KETUA MENTERI PULAU PINANG

PADA 7.2.2015 (SABTU), JAM 9 PAGI BERTEMPAT DI JALAN KIMBERLY PULAU PINANG


CADANGAN MEMBAIKPULIH BANGUNAN-BANGUNAN NO. 94, 96, 98, 100, 102 & 102A, LEBUH KIMBERLY DI ATAS LOT 1348, SEK.18, D.T.L., GEORGE TOWN, PULAU PINANG UNTUK MENAMPUNG PEKERJAAN TRADISI DAN WARISAN HIDUP DALAM TAPAK WARISAN DUNIA GEORGE TOWN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai 6 unit bangunan di Lebuh Kimberly di atas lot 1348, Sek. 18, Daerah Timur Laut, George Town seperti butiran berikut:-
Alamat Kegunaan Bangunan Keluasan Tanah (k.p.) Keluasan Bangunan (k.p.)
94, Lebuh Kimberly Kediaman/Kedai                      1,319 2,443
96, Lebuh Kimberly Kediaman/Kedai                      1,276 2,366
98, Lebuh Kimberly Kediaman/Kedai                      1,276 2,366
100, Lebuh Kimberly Kediaman/Kedai                    1,276 2,366
102, Lebuh Kimberly Kediaman/Kedai                    1,276 2,366
102A, Lebuh Kimberly Kediaman                           638 638
Jumlah Keluasan                                                  7,061 12,545

2. Bangunan-bangunan ini adalah merupakan bangunan rumah kedai 2 tingkat dan terletak dalam Zon Penampan (Buffer Zone) dalam Tapak Warisan Dunia George Town. Kesemua bangunan tersebut adalah merupakan bangunan warisan Kategori 2 dengan gaya senibina Early Transitional Style dan hendaklah dikekalkan dan dibaikpulih mengikut Peraturan Warisan. Bangunan-bangunan ini dibina pada sekitar tahun 1900 dan sekarang berusia lebih 100 tahun.

3. MPPP telah menyewakan kesemua bangunan tersebut kepada penyewa seperti butiran di bawah sejak 1956. Walau bagaimanapun, kini bangunan-bangunan tersebut telah dikosongkan kecuali bangunan No. 100, Lebuh Kimberly yang masih dihuni dan sekarang dalam proses pemilikan kosong.

No. Premis Jenis Perniagaan Tahun Mula Sewa Dikosongkan
94 Perm Parlour 1956 05 Oktober 2001
96 Chinese Medical Shop 1956 01 Januari 2012
98 Tailor Shop 1956 31 Januari 2001
100 Audio Shop 1956 Masih Dihuni
(dalam proses pemilikan kosong)
102 Tin Smith 1956 02 Oktober 2002
102A Tin Smith 1956 02 Oktober 2002

4. Bangunan-bangunan ini telah mengalami kerosakan (wear and tear) dan kerja-kerja pembaikan telah dilakukan oleh penghuni mengikut keperluan.

5. Pemeriksaan/penilaian struktur ke atas bangunan-bangunan ini secara visual telah pernah dijalankan oleh pihak MPPP sejak tahun 2007. Keadaan struktur kesemua bangunan tersebut adalah dalam keadaan yang usang dan mengalami kerosakan agak ketara. Di antaranya, dinding pemisah (party wall) telah mengalami keretakan teruk (major cracks), struktur lantai kayu dan lantai papan di bahagian atas bangunan telah reput dan lain-lain.

6. Kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan ke atas bangunan-bangunan ini termasuk kerja-kerja mengeluarkan pindaan dalaman bangunan telah dijalankan oleh MPPP. Kerja-kerja memasang penyokong besi tambahan dan pengadang (hoarding) telah didirikan di premis No. 94, 98, 102 & 102A bagi menjaminkan keselamatan tapak.

7. MPPP pernah membuat panggilan tender untuk Request For Proposal (RFP) bagi membangunkan hartanah ini pada September 2014. Walau bagaimanapun, pada 24 November 2014 (tarikh tutup tender), tiada pembida yang menyertai tender ini.

8. Memandangkan bangunan-bangunan ini adalah merupakan bangunan warisan, maka kerja-kerja membaikpulih kesemua bangunan tersebut perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi mengelakkan kerosakan yang berterusan. Cadangan kerja-kerja membaikpulih bagi kesemua bangunan ini juga melibatkan kerja-kerja pakar dalam bidang pembaikan dan pemuliharaan bangunan warisan.

9. Di samping itu, selain membaikpulih bangunan-bangunan ini secara fizikal, projek ini juga adalah untuk menjana semula aktiviti warisan tidak ketara (intangible heritage) yang bersesuaian dengan kegunaan bangunan dan kawasan persekitaran. Ini juga adalah bagi mengekalkan Nilai Keunggulan Sejagat (Outstanding Universal Value) Tapak Warisan dengan melindungi pekerjaan tradisi, perkhidmatan dan budaya hidup dalam Tapak Warisan.

10. Pulau Pinang khususnya George Town telah terkenal dengan produk pelancongan yang berteraskan pelbagai kebudayaan, budaya hidup, makanan, perniagaan tradisi, sejarah dan warisan senibina yang unik. Aktiviti dan budaya hidup ini perlu dikekalkan dan dikembalikan di dalam Tapak Warisan Dunia George Town seiring dengan pembangunan bagi meningkatkan populasi penduduk dalam bandar.

11. Kerajaan Negeri bersama dengan MPPP serta agensi-agensi yang berkaitan (seperti George Town World Heritage Incorporated, Penang Heritage Trust dan sebagainya) adalah komited dalam mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif dalam aspek pemuliharaan bangunan warisan dan pengekalan aktiviti perniagaan/kebudayaan tradisional.

12. Berdasarkan komitmen dan hasrat untuk membangunkan semula hartanah-hartanah dalam Tapak Warisan, pihak Kerajaaan Negeri dan MPPP mengambil inisiatif dengan mempelawa dan bekerjasama dengan organisasi yang berpengalaman dan berkeupayaan membantu pihak Kerajaaan Negeri dan MPPP dalam melaksanakan projek-projek warisan.

13. Bagi merealisasikan perkara ini, pihak Think City Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dan MPPP bagi melaksanakan Projek Membaikpulih Bangunan-Bangunan No. 94, 96, 98, 100, 102 & 102a, Lebuh Kimberly, George Town, Pulau Pinang untuk menampung pekerjaan tradisi dan warisan hidup dalam Tapak Warisan Dunia George Town.

14. Syarikat Think City Sdn. Bhd dipilih berdasarkan penglibatan pihaknya yang telah banyak mengendalikan projek warisan & pemuliharaan bangunan, projek reruang awam, projek pemetaan budaya (cultural mapping) dan sebagainya secara usahasama dengan agensi-agensi yang lain.

15. Syarikat Think City Sdn Bhd juga yang merupakan anak syarikat milikan Khazanah Nasional Berhad sebagai syarikat pegangan pelaburan Kerajaan Malaysia dilihat mampu melaksanakan dan menguruskan projek warisan dan berkeupayaan mendapatkan pakar-pakar bagi menyediakan kajian-kajian yang berkaitan, antaranya seperti menyediakan Laporan Dilapidasi, Pelan Pengurusan Warisan, Laporan Penilaian Impak, Kaji Selidik dan sebagainya.

16. Pihak Think City Sdn. Bhd. juga dialu-alukan untuk merujuk dan bekerjasama dengan pakar konservasi & sejarah, agensi lain (awam dan swasta) dan komuniti setempat dalam menggalakkan pembangunan mapan, pelancongan warisan dan ekonomi yang berdaya saing, tetapi dalam masa yang sama tidak mengenepikan kepentingan warisan ketara dan tidak ketara (intangible heritage) serta memastikan aktiviti / kegunaan bangunan-bangunan ini tidak bercanggah dengan zon kegunaaan tanah/bangunan dalam Tapak Warisan.

17. Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengurus dan meneliti projek ini dengan lebih teratur, terperinci dan menepati keperluan projek. Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa yang telah dilantik:-

JAWATAN SENARAI NAMA
Pengerusi YAB Tuan Lim Guan Eng
Timbalan Pengerusi YB Tuan Chow Kon Yeow
Naib Pengerusi Dato’ Yang Dipertua MPPP – Dato’ Patahiyah Ismail
Sekretariat Pengurus Besar GTWHI – Pn. Lim Chooi Ping
Ahli Jawatankuasa YB Wong Han Wei
YB Ng Wei Aik
YB Lau Keng Ee
YB Teh Lai Heng
Think City Sdn. Bhd. – En. Hamdan Abdul Majeed
Dr. Neil Khor Jin Keong dan En. Daniel Lim
Penang Heritage Trust – Pn. Koo Salma Nasution
Perunding Antopology – Dr. Gwynn Jenkins
Penang Apprenticeship Programmes For Artisans
(PAPA) – Pn. Loh-Lim Lin Lee
Pengarah Penilaian Dan Pengurusan Harta MPPP –
En. Cheong Chee Hong
Pengarah Warisan MPPP – Cik. Noorhanis Noordin

18. Setiap ahli jawatankuasa telah ditugaskan untuk mengendalikan isu-isu mengikut kepakaran masing-masing seperti menyediakan Laporan Dilapidasi, Pelan Pengurusan Warisan, Garis Panduan Dan Prosedur Operasi Standard Pekerjaan Tradisi, Penyertaan & Pandangan Orang Awam dan lain-lain yang berkaitan.

19. Jawatankuasa ini yang terdiri daripada agensi-agensi dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, bersedia mendengar pandangan dan maklum balas daripada pihak awam dan komuniti setempat bagi usaha ini yang terulung dan kali pertama diadakan.

20. Kajian yang menyeluruh perlu dibuat bagi menentukan kerja-kerja membaikpulih yang hendak dijalankan dan menentukan kos yang sewajarnya.

21. Keperluan untuk membaiki dan menjana semula aktiviti yang sesuai bagi bangunan-bangunan ini adalah perlu disegerakan bagi mengelakkan bangunan-bangunan ini daripada terus terbiar, usang dan bahaya demi menjaga imej Tapak Warisan Dunia George Town.


Bertarikh: 7 Februari 2015

-- CN Version --

槟州首席部长林冠英于2015年2月7日上午9时在汕头街召开新闻发布会新闻重点


建议修复汕头街94号、96号、98号、100号、102&102A号以作为乔治市老行业者栖身之所
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. 槟岛市政局在汕头街拥有6所老房子,有关详情如下:
地址 建筑用途 土地面积 (平方英尺) 建筑面积(平方英尺
94, Lebuh Kimberly 住宅/店面       1,319 2,443
96, Lebuh Kimberly 住宅/店面       1,276 2,366
98, Lebuh Kimberly 住宅/店面       1,276 2,366
100, Lebuh Kimberly 住宅/店面     1,276 2,366
102, Lebuh Kimberly 住宅/店面     1,276 2,366
102A, Lebuh Kimberly 住宅          638 638
总面积                                        7,061 12,545


2. 有关“初期过渡期风格”的老建筑位于乔治市古迹缓冲区,皆为两层楼高之店屋,属二级古迹,故此任何修复都需依循古迹法进行。这些老房子建于1900年左右,迄今超过100年。

3. 槟岛市政局在1956年期间,将有关建筑出租予以下单位,现今已索回并清空大部分的单位,仅剩100号单位有待租户搬迁。

门牌 生意类别 出租年份 空置
94 美发 1956 2001年10月5日
96 中药 1956 2012年1月1日
98 裁缝 1956 2001年1月31日
100 音响器材 1956 有待租户搬迁
102 锡匠 1956 2002年10月2日
102A 锡匠 1956 2002年10月2日


4. 尽管先前租户曾做过维修工作,如今相关建筑经岁月流逝皆面临不同程度的损坏。

5. 2007年槟岛市政局曾为上述产业进行初步检验,当时发现这些空置的房子都面对一定程度的损坏,包括楼板腐蚀、墙壁裂开等等。

6. 槟岛市政局分别在94、98、102及102A号进行了清空及加固工作,以确保安全。

7. 槟岛市政局曾在2014年9月为相关产业公开征求发展企划书,无奈至同年11月24日截止日期为止,没有获得任何单位呈交企划书。

8. 基于有关建筑属于古迹范畴,因此,邀请专才进行修复的任务有必要加速进行,避免继续丢空任其损坏。

9. 有关老房子修复后,将可作为老行业者的栖身之处,这将能够维护乔治市内的优秀普世价值,确保传统、文化能得以传承。

10. 槟城特别是乔治市以其独特的文化、生活方式、美食、传统行业、历史、建筑美学等,吸引了无数的游客,职是之故,乔治市内的生活文化必须得到传承,老城的生命力始能继续。

11. 槟州政府、槟岛市政局、乔治市世遗机构、槟城古迹信托会等单位承诺将更积极地采取各项行动,以修复城内的古迹,并维护传统文化及老行业的传承。

12. 为履行上述承诺,修复世遗区的古迹,槟州政府及槟岛市政局将主动和有相关经验与能力的单位进行合作,协力维护文化遗产。


13. Think City有限公司已同意与槟州政府及槟岛市政局合作,为汕头街94, 96, 98, 100, 102 & 102A进行修复工程,以作为收纳城内老行业之用。

14. Think City有限公司先前曾与多个单位合作,进行各项修复工程及文化活动,拥有丰富的经验。

15. 作为国库控股旗下的子公司,Think City有限公司拥有足够的资源进行相关工作。

16. 我们欢迎该公司与各政府机关、非政府组织、老社区等专才合作,让乔治市的古迹及非物质文化都能够获得传承。

17. 为了确保计划顺利进行,一个以槟首长林冠英为首的委员会已在日前成立,名单如下:

职称 名字
主席 槟州首席部长林冠英
副主席 曹观友州行政议员
副主席 槟岛市政局主席拿督巴蒂希雅
秘书处 乔治市世遗机构(林翠萍总经理)
委员 黄汉伟州议员
黄伟益州议员
刘敬亿州议员
郑来兴州议员
Think City有限公司 – 韩丹、许仁强及林坚毅
槟州古迹信托会 – 邱思妮
人类学顾问 – Dr. Gwynn Jenkins
槟城传统手艺授徒计划(PAPA) – 骆林玲理
槟岛市政局估价及产业管理主任–蒋志鸿
槟岛市政局古迹小组主任 – 罗哈妮思

18. 所有委员将各司其职,按各自的专长为相关计划服务,诸如拟定申请指南、圈定老行业名单、收集民众意见等等。

19. 有关委员会囊括了多个政府机关以及非政府组织,所有委员准备聆听来自该社区及公众的意见,以进行这个特别兼有史以来第一次的计划。

20. 修复之前必须进行全面的研究及调查,以确保对症下药并且价格公道。

21. 修复有关老房子并赋予活力的任务必须加速进行,避免持续丢空而导致影响乔治市世遗区的形象,甚至带来危害。

 

 

The Signing Ceremony between KDU College Penang & Dongseo University

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

Speech by Chief Minister of Penang
During The Signing Ceremony between KDU College Penang & Dongseo University

at KDU College Penang
Friday, February 6, 2015

Good morning.

On behalf of the State Government of Penang, let me first of all extend a warm welcome to all of you, especially the professors from Dongseo University, Korea.

I am truly honored to step into KDU College Penang and stand here once again to witness another significant milestone for KDU College Penang.

I would like to acknowledge Paramount Education (formerly known as KDU Education Group) for its continuous efforts in supporting the Penang state government’s plan in developing Penang into a global hub for creative multimedia industry.

This is another initiative by Paramount Education after the acquisition of 30 acres land in Batu Kawan under the wing of Paramount Corporation Berhad in Mac 2014, which will see Paramount Corporation building Penang’s first university metropolis in Batu Kawan. In line with Penang’s efforts to promote quality education and knowledge-based projects in Batu Kawan, this university metropolis – to be developed by Paramount Property (the property development arm of Paramount Corporation) – will be anchored by a new purpose-built campus for KDU Penang.


Ladies and gentlemen,

Penang possesses huge potential to develop as an international and intelligent state. We believe by collaborating with professional institutions, we are able to cultivate human capital in various areas and better position Penang as a global hub for education and creative multimedia.

investPenang launched the “first-in-Malaysia” Business Processing Outsourcing-Information Technology Outsourcing (CPO-ITO) Hub last year, which is inclusive of a Creative Animation Triggers (CAT) within the George Town Heritage Enclave. This RM11.3 billion project is a joint-venture agreement with Temasek Singapore.

This CAT aims to enhance Penang’s capability in producing world-class content in animation and of course ultimately to bring the good name of Penang in creative multimedia to international arena. Simultaneously, it also drives entrepreneurship in the creative industry.

Today, the signing between KDU College Penang and Dongseo University, Korea marks a significant collaboration in producing qualified specialists who are able to adapt and apply comprehensive knowledge of digital contents production to complement the Penang state government initiatives in promoting Penang Creative Animation Triggers.

As informed, this collaboration involved approximately half-a-million ringgit since it is still in the initial stage of procuring all the hardware and software.

ZI am truly pleased to see the coming together of two premier higher education institutions in this collaboration – KDU College Penang, a tertiary education provider in Penang renowned for its solid industry linkages and experienced teaching faculty; and Dongseo University, a leading university in Korea with campuses in US and China.

They will commence two new double-degree programmes namely B.A. (Hons.) Creative Multimedia and B.A. in Communication (Hons) major in New Media to benefit the younger generation especially our young Malaysian.

This new collaboration will create more opportunities for students in KDU to pursue their dream career in creative digital animation industry and allow more openings to foster creative and talented artists in this industry.

Last but not least, I would like to thank KDU College Penang and Dongseo University Korea for this partnership which will propel Penang into another highly innovative market – the creative multimedia industry.

Thank you.

 

MAJLIS PELANCARAN PROJEK MENAIK TARAF JEJANTAS PEJALAN KAKI DI PERSIMPANGAN JALAN PENANG/ JALAN BURMA/ JALAN DR. LIM CHWEE LEONG

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

 

TEKS UCAPAN Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG, KETUA MENTERI PULAU PINANG PADA 5 FEBRUARI 2015 DI MAJLIS PELANCARAN PROJEK MENAIK TARAF JEJANTAS PEJALAN KAKI DI PERSIMPANGAN JALAN PENANG/ JALAN BURMA/ JALAN DR. LIM CHWEE LEONG

1. Jejantas pejalan kaki di persimpangan Jalan Penang/ Jalan Dr. Lim Chwee Leong/ Jalan Burma telah dibina pada tahun 1993 dengan kos sebanyak RM1.25 juta. Sejak pembinaan jejantas ini, MPPP mendapati bahawa ada pejalan-pejalan kaki yang masih mengambil risiko untuk melintas pada paras jalan. Di samping ini, kes-kes jenayah seperti meragut dan merompak telah berlaku di atas jejantas pejalan kaki ini.

2. Kerajaan Negeri dan MPPP berhasrat menyediakan lintasan yang lebih mesra kepada semua golongan termasuk orang-orang berlainan upaya dan warga emas. Di samping ini, cara-cara penyelesaian terbaik kepada masalah orang melintas pada paras jalan dan berlakunya jenayah di atas jejantas telah dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Pada 10 Mei 2013, Kerajaan Negeri telah mengadakan persidangan akhbar di tapak mengenai cadangan merobohkan jejantas pejalan kaki di persimpangan Jalan Penang/ Jalan Dr. Lim Chwee Leong/ Jalan Burma dan menggantikannya dengan lintasan pejalan kaki berlampu isyarat. Tujuan persidangan akhbar adalah untuk mendapatkan pandangan dan ulasan orang ramai sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat untuk mengekalkan atau merobohkan jejantas dan menggantikannya dengan lintasan pejalan kaki.

3. MPPP telah mendapatkan pandangan dan ulasan orangramai mulai 14 Mei 2013 hingga 14 Jun 2013. Kesemuanya sebanyak 138 maklumbalas telah diterima samada melalui e-mel, panggilan telefon dan juga surat. Daripada 138 responden ini, 96 responden tidak bersetuju untuk jejantas pejalan kaki ini dirobohkan manakala 42 responden bersetuju jejantas dirobohkan iaitu tidak bersetuju dirobohkan 70% manakala setuju 30%.

4. Memandangkan pandangan majoriti penduduk Pulau Pinang adalah untuk mengekalkan jejantas, maka keputusan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk mengekalkan jejantas pejalan kaki ini dan menaik tarafnya dengan mengadakan lif dan tangga bergerak untuk menangani masalah orang ramai melintas pada paras jalan dan kejadian jenayah.

5. Kerajaan Negeri telah menerima satu cadangan daripada Syarikat Ensignia Construction Sdn Bhd. Iaitu anak syarikat IGB Corporation Berhad yang sudi menaja kerja-kerja menaiktaraf jejantas ini serta membina lif, tangga bergerak. Syarikat Ensignia Construction Sdn Bhd.akan mendirikan pengiklanan di atas jejantas untuk mendapatkan kembali sebahagian kos yang dibiayai oleh syarikat.

6. Jumlah kos menaik taraf jejantas ini adalah RM6.0 juta. Walau bagaimanapun, Syarikat Ensignia Construction Sdn Bhd. telah sudi menaja kerja-kerja menaik taraf jejantas ini sebagai Corporate Social Responsibility kerana pulangan yang diperolehi daripada pengiklanan atas jejantas tidak mungkin dapat meliputi kos menaik taraf jejantas.

7. Untuk membolehkan Syarikat Ensignia Construction Sdn Bhd. memerolehi semula sebahagian daripada kos menaik taraf jejantas, pengiklanan atas jejantas selama 25 tahun telah dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat MPPP. Di samping ini, syarikat ini dikehendaki memberi sumbangan kepada MPPP sebanyak 5 peratus daripada pendapatan pengiklanan. Dua puluh peratus (20%) daripada ruang pengiklanan ini hendaklah disediakan untuk pesanan kerajaan. Tidak ketinggalan juga, penyelenggaraan lif dan tangga bergerak menjadi tanggungjawab syarikat sepanjang tempoh penajaan selama 25 tahun

8. Kerja-kerja menaik taraf jejantas ini akan bermula pada hari ini iaitu 5 Februari 2015 dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 9 bulan. Kerajaan Negeri ingin merakamkan penghargaan kepada Syarikat Ensignia Construction Sdn Bhd. iaitu anak syarikat IGB Corporation Berhad yang telah sudi menaja kerja-kerja menaik taraf jejantas ini.

9. Tindakan-tindakan ini telah diambil oleh Kerajaan Negeri dan MPPP demi kepentingan, kebaikan, keselamatan dan manafaat penduduk setelah mendapat pandangan dan ulasan semua pihak.

10. Dengan ini, saya melancarkan projek menaik taraf jejantas pejalan kaki di persimpangan Jalan Penang/ Jalan Dr. Lim Chwee Leong/ Jalan Burma.

 

 

 

The Opening of Haemonetics Malaysia

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

Speech by Chief Minister of Penang, Tuan Lim Guan Eng at the Opening of Haemonetics Malaysia at Batu Kawan in Penang, 5 February 2015

A very good morning and welcome, selamat datang to Penang.

As the chief minister, it is my pleasure to be here this morning to officiate the opening of Haemonetics’ new manufacturing facilities here in Batu Kawan Industrial Park.
Founded in Massachusetts in 1971 by Jack Latham, Haemonetics began by the manufacturing and sale of ONE SINGLE perfectly designed component for a new blood collection device: a centrifuge disposable called the "Latham Bowl' that could automate the separation of blood.

More than 40 years later, Haemonetics is THE Global leader in Blood Management Solutions. Improving lives by their suite of integrated devices, information management and consulting services which collectively help improve patient care, ensure patient safety, and reduce costs for blood and plasma collectors, hospitals, and patients around the world. Haemometics has invested RM 105 Million for the setup of the new facility here in Batu Kawan. The company will further invest another RM 50 million over the next 2 years to install machinery/ equipment system to start up the Whole Blood operation.

Penang is proud that this global leader Haemonetics has selected Penang as the springboard to expand their global footprint and making Haemonetics Malaysia the second largest of its manufacturing plants worldwide.

The principal reason for choosing Penang as a location of choice is the availability of human talent; Penang as a livable city that is clean, green, safe and healthy; as well as good governance based on the principles of competency, accountability and transparency. This can be shown by the RM 40 billion in investments from 2008 – 2013 as compared to the previous 6-year period of 2002 – 2007 of RM 21 billion.

And finally, I am certain greater employment opportunities will abound, especially for the knowledge-based workers in Penang with Haemonetics' pledge to invest significantly in the development of skilled engineering talents in Penang and Malaysia. To date, there are 200 employees, and the manpower is expected to increase to 800 by 2017.

The opening of this plant today is a testament to the growing success of Haemonetics, and also reaffirms their long-term commitment to Malaysia.

Once again, I would like to congratulate Haemonetics Malaysia on its official opening today and wish them tremendous success for the future.

Thank you.