MAJLIS PEMBERIAN INSENTIF PERKHIDMATAN KEPADA PEMANDU TEKSI DAN OPERATOR BAS SEKOLAH DI PULAU PINANG BIL 1/2017 (BAHAGIAN PULAU)

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PEMBERIAN INSENTIF PERKHIDMATAN KEPADA PEMANDU TEKSI DAN OPERATOR BAS SEKOLAH

DI PULAU PINANG BIL 1/2017

PADA 14 JANUARI 2017
DEWAN SRI PINANG

 

Terlebih dahulu, bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Bahagian Kerajaan Tempatan kerana telah bertungkus lumus dan telah berjaya menguruskan proses pemberian insentif kali pertama yang menggabungkan pemandu teksi dan operator bas sekolah pada tahun ini.

Untuk makluman, insentif teksi telah mula diberikan sejak tahun 2013 manakala kepada operator bas baru sahaja mula diberikan pada tahun lepas.

Terima kasih saya ucapkan kepada Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Operator Bas Sekolah Pulau Pinang yang telah menyediakan jambatan untuk menghubungi golongan pemandu teksi dan operator bas sekolah dengan Kerajaan Negeri.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mendapatkan senarai nama pemandu teksi dan operator bas sekolah yang sah berdaftar dan menjalankan perkhidmatan di seluruh negeri Pulau Pinang.

Pada hari yang bersejarah ini, semua pemandu teksi dan operator bas sekolah yang sah berdaftar akan menerima RM300 setiap seorang.

Jumlah keseluruhan pemandu teksi yang layak pada kali ini ialah seramai 1741 orang pemandu. Seramai 1291 orang pemandu di bahagian Pulau dan 450 orang pemandu di bahagian Seberang Perai akan menerima insentif ini.

Manakala bagi operator bas sekolah, seramai 602 operator bas sekolah dengan permit yang sah layak dengan 297 operator bas sekolah di Bahagian Pulau dan 305 operator bas di Seberang Perai.

Jumlah keseluruhan insentif pada kali ini ialah sebanyak RM702,900.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Dua Ribu Sembilan Ratus Sahaja).

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati,

Kerajaan Negeri menyediakan bayaran insentif sebanyak RM600 setahun kepada tuan-tuan dan puan-puan. Tiada negeri lain di Malaysia yang menyediakan bayaran insentif kepada mana-mana pemandu teksi dan sekarang diperluaskan kepada operator bas sekolah pula. Hanya di Pulau Pinang sahaja yang ada. Tujuan Kerajaan Negeri supaya semua pemandu teksi, kereta sewa dan operator bas sekolah di Pulau Pinang dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap penumpang tanpa mengambil kira bangsa, agama mahupun latar belakang politik.

Pada tahun ini kita mempunyai satu acara khas bagi pemandu teksi iaitu Anugerah Pemandu Teksi Terbaik tahun 2016. Anugerah ini diberikan atas keikhlasan dan kejujuran pemandu teksi dalam melaksanakan tugasan dengan mengembalikan semula wang penumpang yang telah tertinggal dalam teksi beliau. Kerajaan Negeri sangat-sangat berbangga dan menghargai kejujuran beliau. Sebentar lagi, anugerah ini akan disampaikan sendiri oleh saya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Akhir sekali Kerajaan Negeri berjanji akan sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan semua pemandu teksi dan operator bas di Pulau Pinang.

Saya juga berharap insentif ini dapat digunakan secara berhemah untuk membantu keluarga dan meringankan beban pemandu teksi dan operator bas sekolah didalam urusan seharian. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan tuan-tuan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.

Sekian, terima kasih.

The Official Opening of Paramit Penang, Malaysia

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Speech by Chief Minister of Penang
The Official Opening of Paramit Penang, Malaysia

11th January 2017

 

Good afternoon and welcome. I am pleased to officiate the opening of Paramit's new, state-of-the-art manufacturing facility here in Penang Science Park, Bukit Minyak.

Paramit Corporation sure have had a long history where it all began in 1988 in Morgan Hill, California in the southern tip of Silicon Valley. Paramit as a Medical Device & Instrument Manufacturing factory was co-founded by Mr Billoo who has been the chief architect of Paramit’s vision and strategy. And with Mr Michel’s extensive experience in a multi –cultural and international environments such as Belgium, US, Mexico, Hong Kong, Austria, France and Germany will surely bring a contribution to the development of Penang.

We respect Paramit’s commitment and leadership to continuing to drive the Medical device and life sciences instruments within the medical industry. Paramit in Penang will raise Malaysia’s visibility on the world map for genetic and molecular testing, robotic surgery, cancer treatment. Paramit wants to tap into the Malaysian made medical devices’ double digit growth last year and exports in the range of RM 17.8 billion.

Secondly, with the total investment of Paramit in Penang since 5 years ago of around $40M USD and exports of $250M USD and long term plans to start development work, will surely bring incredible opportunities to Penang and Malaysia in the medical device industry and medical innovations.

Penang Science Park facility doubles the company’s previous Penang capacity with the current employment of 530 employees, which will ultimately expand to a workforce of 800 employees.

Despite the challenging global economic environment, Penang has recorded strong investment over last 8 years. For the 8 years period between 2008-2015, Penang recorded an investment of RM 55 billion, a 90% increase compared to the previous 8 years period 2000 to 2007 of RM 29 billion. Out of the RM55 billion approved investment recorded from 2008-2015, RM13.7 billion or 25% were from US investors, which makes US as the largest FDI contributor to the Penang economy. In the first eight months of 2016, USA is the third largest manufacturing FDI contributor to Penang with FDI totalling RM390.3 million.

The State government will continue to focus on good governance and clean leadership, increasing our talent pool and improving public infrastructure. We also seek convergence in the public, manufacturing and services sector to enable us to partake in the 4th Industrial Revolution of Big Data Analytics, Cloud Computing, IOT and e-commerce.

Once again, I would like to congratulate Paramit Malaysia on its official opening today and wish them tremendous success for the future.

Thank you

MAJLIS PENYEMPURNAAN PROJEK NAIKTARAF KOMPLEKS PASAR CHOWRASTA

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN PERASMIAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PENYEMPURNAAN PROJEK NAIKTARAF KOMPLEKS PASAR CHOWRASTA

PADA 7 JANUARI 2017


Selamat pagi dan salam sejahtera.

1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa bersyukur dan terima kasih kerana kita dapat bersama-sama dengan YB Chow Kon Yeow dan Dato Bandar MBPP Dato Patahiyah Binti Ismail dalam Majlis Penyerahan Kompleks Pasar Chowrasta yang telah siap sepenuhnya pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf sejak tahun 2013 dan dilewatkan dari 24 Ogos 2015 hingga 30 November 2016.

2. Saya ingin menarik perhatian umum mengenai warisan Pasar Chowrasta ini. Bangunan Pasar Chowrasta dikenalpasti pembinaan pada awal tahun 1890 dan pada tahun 1920, binaan hadapan pasar ini telah dibina bagi menampung keperluan aktiviti perniagaan di kawasan ini. Chowrasta dalam bahasa Urdu adalah merujuk kepada Jalan Simpang Empat. Pada tahun 1961, bangunan kekal yang sediada telah dirobohkan bagi membina struktur baru.

3. Sejak dari 1961, tiada sebarang kerja-kerja naiktaraf dijalankan pada bangunan kompleks Pasar ini. Pihak kerajaan negeri maklum bahawa keadaan pasar diabaikan sebelum ini.

4. Sejak Kerajaan Pakatan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia. Penekanan kepada pasar-pasar yang selepas dinaiktaraf telah mengubah wajah pasar kita kepada tempat yang ceria dan memudahkan suasana penjualan dan pembelian barangan.

5. Saya difahamkan bahawa MBPP telah melaksanakan kerja-kerja naiktaraf kompleks pasar dan makanan sejak tahun 2009 dan pelaksanaannya adalah secara berterusan dan mampu memberikan nilai tambah kepada peniaga dan juga masyarakat setempat. Inilah manfaat daripada memilih sebuah kerajaan yang bersih dan menyalurkan sumber kewangan untuk kebaikan rakyat.

6. Untuk makluman semua, MBPP telah berjaya menaiktaraf 24 buah Kompleks Pasar dan Makanan sejak tahun 2009 hingga 2016 dengan kos sebanyak RM 35,434,848.66. Dari jumlah tersebut, Pasar Chowrasta yang baru siap dinaiktaraf telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 13,496,934.66. Majlis juga memperuntukan sebanyak RM 9,073,594.00 bagi pembinaan Pasar Batu Feringgi yang masih dalam proses pembinaan. Bagi tahun 2017 pula, MBPP merancang untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf di Pasar Lebuh Campbell dan Pasar Jalan Anson dengan memperuntukan hampir RM 8 juta.

7. Dengan ini saya merasmikan Majlis Penyerahan Kompleks Pasar Chowrasta yang telah siap dinaiktaraf. Semoga dengan penyerahan ini, kita rakyat Negeri Pulau Pinang dapat menikmati kemudahan yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI PENYELARAS KADUN (PPK) SESI 2017

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI

SEMPENA MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI PENYELARAS KADUN (PPK) SESI 2017

6 JANUARI 2017
TINGKAT 28, KOMTAR
-------------------------------------------------------------------

Selamat Tengahari dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada 10 Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) dan 2 PPK Khas yang bakal menerima jawatan hari ini.

Dalam tempoh lapan tahun Kerajaan Negeri Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang, kami berupaya membela secara saksama dan memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina atau latar belakang politik.

Ini terbukti melalui pelaksanaan program-program Emas yang telah memanfaatkan 1.6 juta rakyat Pulau Pinang melalui bantuan kewangan RM400 juta yang diagihkan sejak tahun 2008.

Antaranya, bayaran RM100 kepada warga emas, ibu tunggal, suri rumah, orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah, bayaran one-off RM1,000 sebagai khairat kematian, RM200 untuk bayi baru lahir, pukat percuma kepada nelayan, RM1,000 kepada pelajar IPT tahun pertama, bayaran tahunan RM600 kepada pemandu teksi serta operator bas sekolah berdaftar, dan RM1,200 setahun kepada penarik beca.

Malah, bayaran cukai GST untuk perkhidmatan kerajaan tempatan juga dibayar penuh oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPSP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berserta pengecualian penuh cukai pintu bagi rumah kos rendah, sederhana rendah dan rumah kampung. Terkini, potongan 6 peratus cukai pintu untuk semua hartanah lain termasuk hartanah komersial.

Pelaksanaan semua insentif dan program-program Emas berkaitan adalah dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua rakyat Pulau Pinang dan meliputi semua Kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) termasuk di bawah ADUN-ADUN Barisan Nasional di negeri ini.

Hari ini, kita sekali lagi menyaksikan Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Pegawai-pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Sesi 2017 yang sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan tidak pernah meminggir atau menganaktirikan 10 KADUN di bawah ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN).

Lantikan 10 PPK berserta 2 PPK Khas di KADUN dan Parlimen bawah BN adalah berperanan sebagai pengantara atau wakil Kerajaan Negeri membabitkan segala urusan para penduduk di kawasan-kawasan berkaitan.

Tanpa mengira perbezaan politik, bangsa dan agama, adalah menjadi tanggungjawab seseorang PPK untuk membantu serta menyelesaikan masalah yang dihadapi para penduduk.

Malah, PPK juga berfungsi sebagai mata dan telinga kepada Kerajaan Negeri terutamanya dalam pelaksanaan program-program Kerajaan Negeri, penerangan berhubung polisi-polisi Kerajaan Negeri dan menangkis fitnah-fitnah jahat yang dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri.

Sebagai tambahan, bagi membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan yang adil untuk semua, prestasi kerja seseorang PPK berhubung pelaksanaaan tugas masing-masing turut dinilai berdasarkan KPI yang telah ditetapkan.

Justeru, bagi penduduk di Bayan Lepas, Teluk Bahang, Pulau Betong, Penaga, Teluk Air Tawar, Bertam, Pinang Tunggal, Sungai Dua, Permatang Berangan, Sungai Acheh, Parlimen Kepala Batas dan Parlimen Tasek Gelugor, anda tidak perlu takut untuk berjumpa PPK bagi menyelesaikan masalah dihadapi, ataupun membuat aduan terhadap kelemahan-kelemahan PPK di kawasan masing-masing sekiranya perlu.

Perlu saya tekankan di sini bahawa PPK mempunyai tanggungjawab serta memikul amanat penting Kerajaan Negeri. Justeru, laksanakanlah tugas dengan amanah, adil dan saksama.

Pada kesempatan ini, ingin sekali lagi saya tegaskan bahawa hasil urus tadbir berteraskan prinsip Cekap, Akauntabel, Telus (CAT) Kerajaan Negeri Pakatan Harapan yang bertindak adil terhadap semua, kepelbagaian pencapaian yang tidak pernah tercapai berjaya diukir dan berjaya mencatat sejarahnya yang tersendiri. Antaranya, statistik ekonomi membuktikan bahawa dari tahun 2007-2015:

Pulau Pinang mencatat bajet lebihan dengan jumlah lebihan sebanyak RM574 juta bagi tempoh 8 tahun dari 2008-2015, lebih daripada jumlah lebihan di bawah BN sepanjang 50 tahun pentadbiran dari 1957-2007, iaitu RM373 juta. Dalam erti kata lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini mengambil masa hanya 8 tahun untuk mengatasi prestasi BN selama 50 tahun!

Aset Pulau Pinang hampir digandakan dalam tempoh 8 tahun dari RM850 juta kepada RM1.6 bilion, sekali lagi mencatat prestasi hebat dalam 8 tahun berbanding BN selama 50 tahun.

Jika tempoh 8 tahun 2008-2015 dibandingkan dengan 2000-2007, pelaburan pembuatan di Pulau Pinang telah meningkat 87% kepada RM54.9 bilion berbanding RM24.9 bilion, dengan kenaikan bilangan peluang pekerjaan sebanyak 20% kepada 128,317 berbanding 106,583. Kadar pengangguran pula hanya 1.6% dan kini terdapat kekurangan pekerja seramai 20,000.

Produktiviti penternakan ikan di laut juga meningkat secara mendadak, daripada hanya 2,714.60 tan metrik pada tahun 2007 kepada 28,964.95 tan metrik pada tahun 2015, iaitu peningkatan 10 kali ganda.

Pekala Gini (Gini coefficient) bagi mengukur tahap kesenangan pendapatan telah berkurang daripada 0.419 pada tahun 2009 kepada 0.364 pada tahun 2014, iaitu satu penambahbaikan sebanyak 13% dalam tempoh masa 5 tahun, berbanding dengan purata kebangsaan 0.401. Sebagai bandingan, Perak mempunyai pekala Gini yang lebih rendah iaitu 0.419 pada tahun 2009, tetapi masih mencatat angka yang lebih tinggi berbanding Pulau Pinang, iaitu 0.366 pada tahun 2014.

Hutang negeri Pulau Pinang telah menurun 90% sejak tahun 2008 dan berada pada tahap paling rendah dalam negara, iaitu RM69 juta pada akhir 2015. Hutang RM69 juta ini sangat kecil berbanding jumlah hutang kesemua 13 negeri yang mencecah RM16.8 bilion, dengan hutang Pahang sebanyak RM2.9 bilion, diikuti oleh Sabah RM2.6 bilion, Sarawak RM2.5 bilion, Kedah RM2.3 bilion dan Kelantan RM1.3 bilion.

Pada tahun 2007, Pulau Pinang mempunyai kadar pertumbuhan KDNK per kapita yang paling tercorot. Pada tahun 2015, selepas 8 tahun, Pulau Pinang akhirnya berjaya merubahkan keadaan dan menjadi juara kebangsaan dengan kadar pertumbuhan KDNK per kapita yang paling tinggi.

Malah Kerajaan Negeri Pakatan Harapan turut mementingkan perihal Hal Ehwal Agama Islam Negeri ini apabila peruntukan yang diberikan ditambah sekali ganda berbanding dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum tahun 2008 dan pada tahun 2016 adalah RM56.2 juta.

Prestasi ekonomi Pulau Pinang yang hebat ini boleh dilihat melalui transformasi negeri yang dahulunya diiktiraf sebagai negeri yang paling kotor di Malaysia kepada antara negeri paling bersih yang juga hijau, selamat dan sihat.

Jalan baru telah dibina di Seberang Perai dan buat kali pertama dalam 20 tahun, dalam kawasan tengah bandar Pulau Pinang iaitu Jalan Ahmad Nor serta Jalan Raja Uda di Butterworth dan Jalan Song Ban Keng di Bukit Mertajam.

Sebagai tambahan, kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini bukan sekadar statistik, tetapi adalah perkara zahir yang boleh dilihat dalam tempoh 8 tahun, seperti projek rumah terbiar yang kini dihidupkan kembali, tapak pelancongan yang kini dicergaskan kembali seperti bangunan Komtar, Bukit Bendera, George Town, Penang International Sports Arena (PISA) serta penubuhan dewan baru di Seberang Jaya (Seberang Perai Arena).

Lebih penting lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga melabur dalam pendidikan bagi membina modal insan. Selain daripada geran langsung sebanyak RM12.5 juta setahun kepada sekolah-sekolah vernakular dan agama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menumpukan kepada pembelajaran STEM, iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik. Untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi sains dan teknologi, kita telah menubuhkan:

Penang Science Cafe yang bernilai sebanyak RM20 juta untuk memberi kelas percuma kepada kanak-kanak dalam bidang sains amali dan robotik.

Tech-Dome Pulau Pinang yang bernilai RM28 juta bagi menghidupkan kembali minat dalam sains dan teknologi.

Skim Latihan Dwi-Vokasional Jerman sebanyak RM6 juta yang menawarkan kursus advanced diploma selama 42-bulan yang diiktiraf oleh Jerman, di mana pelajar dapat belajar sambil bekerja di kilang-kilang.

Pusat Pembelajaran Karpal Singh yang bernilai RM6 juta bagi pengajaran STEM dan coding; dan

Perpustakaan Digital Pulau Pinang yang bernilai RM3 juta – perpustakaan digital pertama di Malaysia.

Bagi mengakhiri ucapan saya, sekali lagi, tahniah diucapkan kepada barisan PPK dilantik dan selamat menjalankan tugas.

Sekian, terima kasih.