MAJLIS PELANCARAN TAGLINE PENANG STREET FOOD

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

TEKS UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG
MAJLIS PELANCARAN TAGLINE PENANG STREET FOOD
PADA 18 JANUARI 2015

Salam sejahtera.

1. Kita sangat berbangga dengan beberapa pengiktifaran yang diberikan ke atas makanan yang terdapat di Negeri Pulau Pinang seperti yang disiarkan dalam media cetak dan media sosial kebelakangan ini. Seperti yang kita sedia maklum, makanan tempatan dari negeri Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan telah menjadi salah satu ikon dalam industri pelancongan negeri. Malah, makanan tempatan Negeri Pulau Pinang telah diiktiraf di pelbagai peringkat contohnya seperti berikut:-

i) Best Street Food In Asia oleh Time Magazine

ii) Assam Laksa dipilih pada kedudukan nombor 7 dalam CNN's World 50
Most Delicious Food

Selain itu juga Pulau Pinang telah dipilih sebagai One Of Asia's Greatest Street Food Cities oleh CNNGo.com.

2. Bagi menjamin reputasi ini agar terus berkekalan dan dipertingkatkan, pihak Kerajaan Negeri serta Majlis Perbandaran Pulau Pinang sedang berusaha untuk mencari idea bagi meningkatkan lagi prestasi dan jenama negeri Pulau Pinang melalui industri makanan. Justeru, satu kajian lapangan telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang melalui bancian dan kajian secara online yang mana responden kajian merupakan penduduk tempatan dan pelancong yang berada di negeri ini.

3. Kajian lapangan ini telah dilaksanakan dari 25 Julai sehingga 31 Ogos 2014 dengan melibatkan 14,810 orang responden. Pelbagai input berkaitan dengan cadangan untuk melaksanakan larangan tukang masak warga asing memasak masakan tempatan telah diperolehi daripada responden.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

4. Tujuan pelaksanaan Tagline Penang Street Food ini adalah untuk memastikan keaslian citarasa Masakan Tempatan Negeri Pulau Pinang terpelihara dan ia dijadikan ikon dalam elemen industri pelancongan di negeri Pulau Pinang. Melalui kajian lapangan yang dijalankan, majlis mendapati 12,952 orang responden iaitu 87.45 % bersetuju bahawa makanan tempatan perlu dimasak oleh warga tempatan. manakala 1,858 orang atau 12.55 % sahaja tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

5. Daripada hasil kajian tersebut juga pihak responden telah memilih dan menyenaraikan makanan tempatan yang terkenal di negeri Pulau Pinang. Antara makanan tempatan yang dipilih adalah seperti berikut:-
i. Asam Laksa
ii. Char Keow Teow
iii. Avillion Bak
iv. Mee Hokkein
v. Mee Kari
vi. Mee Wantan
vii. Pasembor
viii. Chee Cheong Fun
ix. Mee Sotong
x. Char Keow Kak
xi. Oh Chien
xii. Keow Teow T'hing
xiii. Nasi Lemak

Senarai makanan tempatan ini akan bertambah berdasarkan maklum balas orang ramai yang akan diperolehi oleh pihak Majlis melalui bancian/survey yang akan dilakukan dari masa ke semasa. Inisiatif berterusan ini adalah penting bagi memastikan matlamat Kerajaan Negeri bagi memelihara dan memartabatkan makanan tempatan negeri Pulau Pinang terjamin.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

6. Walaubagaimanapun, sejak Kerajaan Negeri mengumumkan pelaksanaan berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan identiti masakan tempatan negeri Pulau Pinang, ramai yang telah memanipulasikan cadangan ini. Namum demikian, hasil kajian yang dilaksanakan oleh Majlis, membuktikan bahawa majoriti bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar ini.

7. Pulau Pinang sedar bahawa salah satu sebab utama pelancong melawat Pulau Pinang adalah kerana makanan jalan dan penjaja yang paling sedap dan lazat di dunia. Itulah sebabnya kerajaan negeri ingin kekalkan rasa makanan jalan, kita tidak boleh mengambil risiko terhadap rasa makanan jalan sekiranya rasa makanan lari disebabkan terdapat setengah penjaja yang tidak mahu masak sendiri sebaliknya mengarahkan pekerja asing untuk masak. Kita semua maklum bahwa pekerja asing sekadar kerja sahaja dan tidak akan bekerja dengan sikap bersungguh-sungguh untuk memastikan kualiti makanannya. Lagipun mereka akan dihantar pulang selepas satu tempoh waktu. Itulah sebabnya untuk penjaja jalanan tukang masak mesti terdiri daripada orang tempatan agar dapat mengekalkan mutu dan kepakaran tempatan yang istimewa di Pulau Pinang dan rasa ini tidak kehilangan apabila pekerja asing pulang ke negara asal mereka.

8. Tidak timbul isu diskriminasi kerana peraturan ini hanya dilaksanakan ke atas penjaja dan makanan jalanan yang sepatutnya terdiri daripada orang tempatan yang berpendapatan rendah. Larangan ini tidak dikenakan ke atas restoran dan bidang perhotelan, dimana pekerja asing boleh terus jadi tukang masak. Oleh yang demikian, tidak wujudnya diskriminasi terhadap pekerja asing.

9. There is nothing discriminatory about barring foreign workers from being cooks only at hawker stalls because hawker licenses are granted for lower-income Malaysians and supposed to be owner-operated, whilst this ruling does not bar foreigners from owning restaurants nor prevent foreign workers from cooking in restaurants. How can this ruling be undemocratic or discriminatory when it is intended to protect the uniqueness of Penang food, that hawker stalls must be owner-operated and that foreign workers can assist the hawker in other duties?

10. There is also no question of the human rights of foreign workers being denied their right to cook. Foreign workers cook or wash plates, regardless of whether they know or not know how to, only because they are ordered by their employers to do so. Telling foreign workers that they can not cook in hawker stalls is not denying their rights or depriving them of their passion for cooking because they are indifferent – it is a job not of their choice, but the decision of their employer. Further, any culinary skills these foreign workers acquire would be lost because foreign workers will have to return home after a period of time.

11. This ruling only bars foreign workers in hawker stalls, not in other job sectors like restaurants. This ruling does not prevent Malaysians from other states from getting hawker licenses and operating hawker stalls so long as they are Malaysian citizens.

12. It is ridiculous to allege double-standards that this ruling means that Penang hawkers can not then sell pizza, spaghetti, tomyam or sushi just because we want to maintain the local flavour of Penang food. Hawkers, but not foreign workers, can sell any food they wish. Everyone knows when you eat sushi or pizza in Penang, it is not cooked locally but there is an expectation that when you eat Penang famous street food in Penang, it should be cooked by locals.

13. Sehubungan itu, pada hari ini kita akan mengiktiraf peniaga-peniaga yang berusaha dalam memelihara keaslian masakan tempatan negeri Pulau Pinang dengan memberikan pelekat ‘Tagline Penang Street Food’. Pusat Penjaja Anjung Gurney dipilih bagi tujuan pelancaran ini memandangkan ia merupakan salah satu ikon pelancongan negeri Pulau Pinang yang terkenal dengan gerai-gerai makanan masakan tempatan yang dimasak oleh orang tempatan. Ini merupakan langkah pertama Kerajaan Negeri dalam meletakan masakan negeri Pulau Pinang sebagai satu jenama industri pelancongan.

14. Selain daripada mampu meningkatkan reputasi makanan tempatan negeri Pulau Pinang, pelaksanaan dasar ini juga menjamin keselamatan makanan, yang juga penting dalam memastikan kesihatan orang ramai terjamin. Dengan adanya tagline ini, orang ramai dapat mengenalpasti gerai dan penjaja yang mengamalkan pelaksanaan dasar larangan mengambil warga asing sebagai tukang masak masakan tempatan.
.
15. Dengan ini,saya merasmikan pelancaran Tagline Penang Street Food sebagai salah satu usaha dalam memartabatkan makanan tempatan negeri Pulau Pinang. Pelancaran ini selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri ke arah memelihara, melindungi dan mempromosikan makanan tempatan sebagai salah satu produk pelancongan yang baru negeri Pulau Pinang.

Sekian. Terima kasih.

Penang Street Food
“Makanan Penang,
Jamin Tempatan,
Jamin Hebat,
BEST!”

 

Majlis Penyempurnaan Kerja-kerja Menaiktaraf Tapak Perkuburan Protestant

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

Majlis Penyempurnaan Kerja-kerja Menaiktaraf Tapak Perkuburan Protestant

Teks ucapan YAB Tuan Lim Guan Eng
15 Januari 2015
________________________________________________________________

 


Selamat pagi!

Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada MPPP, Think City Sdn.Bhd. dan GTWHI yang turut serta dalam kerja-kerja menaiktaraf tapak perkuburan Protestant, Jalan Sultan Ahmad Shah. Tahniah atas usaha-usaha anda semua.

Tapak Perkuburan Protestant, Jalan Sultan Ahmad Shah terletak di dalam Tapak Warisan Dunia George Town merupakan Tapak Warisan kategori 1 dan tapak ini adalah milikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Saya dimaklumkan bahawa sejak tahun 2012 sehingga kini, lebih kurang RM416,069.60 telah diperuntukkan bagi pelbagai kerja-kerja yang dijalankan di tapak perkuburan Protestant, Jalan Sultan Ahmad Shah. Kerja-kerja yang dilaksanakan termasuk kerka-kerja penyediaan Pelan Pengurusan Warisan (Heritage Management Plan), kerja lapangan dan penyediaan Laporan Kajian Dilapidasi, kerja-kerja membaiki kubur yang rosak, kerja dokumentasi kerosakan kubur-kubur, dan sebagainya.

Tapak Perkuburan Protestant Jalan Sultan Ahmad Shah yang diasaskan oleh East India Company pada tahun 1786 adalah bukti penting yang menunjukkan keadaan penetapan awal di George Town. Banyak orang kenamaan dikebumikan di sini, termasuk peneroka George Town, Kapten Francis Light; Gabenor-gabenor: Philip Dundas, William Petrie, John Alexander Bannerman; Pengasas Penang Free School, Reverend Robert Sparke Hutchings; James Richardson Logan , seorang Peguam yang mempromosikan penggunaan perkataan “Indonesia”; isteri dan anak kepada A.A. Anthony, pengasas syarikat broker saham yang pertama di George Town; Thomas Leonowens, suami kepada Anna Herriette Edwards yang menjadi guru kepada Raja Siam; pengawai-pengawai East India Company, peniaga-peniaga mashyur di Pulau Pinang dan sebagainya.

Berdasarkan batu nisan yang masih terdapat di sini, sekurang-kurangnya sepuluh etnik yang dikebumikan di Tapak Perkuburan Protestant Jalan Sultan Ahmad Shah, termasuk orang America, Armenia, Australia, Cina, Belanda, British, Perancis, German, Ireland dan Scotland.

Sebahagian daripada tapak perkuburan ini pernah dibom oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia ke-2. Walau bagaimanapun, berdasarkan kaji selidik tahun 2013, tapak perkuburan ini mempunyai 459 buah kubur. Ada di kalangan kubur ini dikebumikan lebih daripada seorang, maka sekurang-kurangnya 495 orang dikebumikan di sini.

Untuk menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan, kita perlu untuk menghubungkannya dengan masa kini, dan untuk mencapai matlamat tersebut kita perlu memahami masa silam.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Dengan ini, saya merasmikan Majlis Penyempurnaan Kerja-kerja Menaiktaraf Tapak Perkuburan Protestant, Jalan Sultan Ahmad Shah.

Terima kasih.

 

MAJLIS PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT & LOGO POLIS BANTUAN PBAHB

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

 

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

MAJLIS PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT & LOGO POLIS BANTUAN PBAHB
PADA 15 JANUARI 2015

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PBAHB kerana menjemput saya ke Majlis Sambutan Perbarisan Pemakaian Pangkat dan Logo Polis Bantuan PBAHB pada pagi ini. Saya turut mengalu-alukan kehadiran Yang Dihormati Commisioner Police Dato’ Wira Abd Rahim bin Hj Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang yang akan menyempurnakan pemakaian pangkat dan logo anggota Polis Bantuan sebentar nanti.


Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada lapan orang yang dinaikkan pangkat kepada Sarjan, 24 orang sebagai Koperal dan 10 orang Konstabel sebentar lagi .

Masa berlalu pantas dan kini Pasukan Polis Bantuan PBAHB sudah setahun ditubuhkan. Saya masih ingat ketika hadir pada Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Penubuhan Polis Bantuan ini pada penghujung tahun 2013.

Saya kira PBA Holdings Bhd melalui anak syarikatnya iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd sentiasa menitik-beratkan aspek keselamatan di semua lokasi dan premis operasinya di negeri Pulau Pinang ini. Sebagai syarikat bekalan air, ia telah dikategorikan sebagai SASARAN PENTING DAN KAWASAN LARANGAN oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Saya juga difahamkan, mengikut Arahan Tetap Sasaran Penting di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, Syarikat ini diletakkan di bawah kategori KEUTAMAAN 1 iaitu sebagai Sasaran Penting dimana jika berlaku kerosakan ianya akan mengakibatkan kesan-kesan amat buruk terhadap ekonomi Negara atau Keselamatan Negara dan fungsi-fungsi kerajaan.

Seperti apa yang berlaku di Pantai Timur, terutamanya di negeri Kelantan baru-baru ini iaitu pada akhir tahun lalu, banjir terburuk dalam sejarah negara, yang mana kini ia masih berada di dalam fasa pemulihan banjir.

Dalam hal ini juga saya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PBAHB ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada kumpulan syarikat PBAHB kerana menjadi satu daripada syarikat prihatin, yang bukan sahaja menyumbang barang-barang keperluan untuk mangsa banjir di sana, tetapi juga turut menghantar bantuan lain iaitu seperti lori tangki, kakitangan dan juga pasukan Rejimen Pakar Pengendalian Air ke-60, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) skuadron Pulau Pinang dari syarikat ini untuk sama-sama berganding bahu membantu rakan-rakan dari Air Kelantan Sdn Bhd untuk memulihkan bekalan air serta membantu membersihkan beberapa sekolah di Kuala Krai yang teruk terjejas baru-baru ini.

Saya sendiri berkesempatan melihat sendiri secara dekat aktiviti yang dijalankan mereka pada Jumaat lepas di Kuala Krai, Kelantan. Mereka bertungkus lumus melaksanakan tugas yang digalas di bahu mereka sebaik mungkin. Saya difahamkan pasukan ini sudahpun kembali semula ke Pulau Pinang dan akan bersedia ke sana lagi pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

PBAHB telah mengemukakan permohonan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 3 Mei 2013 bagi mendapatkan kelulusan penubuhan Angkatan Keselamatan iaitu Unit Polis Bantuan Syarikat dan ia telah diluluskan pada 29 November 2013.

Saya difahamkan pasukan ini mempunyai kekuatan ahli seramai 44 orang. Empat kumpulan telah menjalani latihan sama ada di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) atau di Pusat Latihan Polis sepanjang tempoh penubuhan. Kekuatan anggota akan terus ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kewangan syarikat.

PBAHB adalah Syarikat air yang ke-empat yang menubuhkan Unit Polis Bantuan selepas Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Syarikat Air Darul Aman (SADA) Kedah dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

Pasukan polis bantuan juga berfungsi sebagai ‘mata dan telinga’ kepada PDRM selain peranan utamanya iaitu mencegah berlakunya jenayah di premis dan lokasi PBAHB. Bagaimanapun saya meminta agar sebagai pasukan beruniform, imej yang baik perlu dititik-beratkan agar kredibiliti sebagai polis bantuan sentiasa dipandang tinggi.

Walaupun kes jenayah di sekitar lokasi dan premis PBAHB tidaklah ketara, pasukan polis bantuan adalah lebih berkesan daripada pengawal keselamatan kerana kuasa-kuasa dan tanggungjawab yang lebih yang dipikul oleh pasukan polis bantuan.

Saya berharap pasukan ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin, mengikut bidang kuasa yang telah diluluskan. Mereka perlu sedar bahawa kuasa mereka hanya terletak di premis dan lokasi syarikat sahaja dan bukan lebih daripada itu.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada anggota-anggota yang akan dipakaikan pangkat mereka pada hari ini, dan kepada PBAHB, tahniah juga sempena setahun penubuhan pasukan polis bantuan PBAHB.

Terima kasih dan selamat sejahtera.

 

 

 

The Mask Of Impartiality And Fairplay Has Dropped Once Again Following The Failure To Arrest Dr Mashitah Ibrahim Under The Sedition Act. (EN/BM/CN)

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 15.1.2015.

The Mask Of Impartiality And Fairplay Has Dropped Once Again Following The Failure To Arrest Dr Mashitah Ibrahim Under The Sedition Act, Proving That Both BN And The Inspector-General Of Police Practices Selective Investigation In Investigating UMNO Leaders And Those Opposed To UMNO.

The mask of impartiality and fairplay has dropped again following the failure to arrest former UMNO Deputy Minister Dr Mashitah Ibrahim under the Sedition Act, proving that both BN and the Inspector-General Of Police(IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar practices selective investigation in investigating UMNO leaders and those opposed to UMNO.I had asked the IGP to give full public accountability why the police failed to arrest Dr Mashitah Ibrahim for her inflammatory lies during the UMNO General Assembly that the Chinese community in Kedah had burned the Quran in a prayer ritual.

If the IGP is sincere and serious in his commitment towards maintaining multi-racial harmony, then he should deal with all sedition cases equally. If he can arrest human rights activist Eric Paulsen, why then not arrest Dr Mashitah?  The IGP’s explanation is that Mashitah’s case is different as she was investigated under Section 505(b) of the Penal Code and it is a non-arrestable case and as such she cannot be arrested.

To avoid being confirmed as practicing double-standards, why is Dr Mashitah being investigated under a lesser offence in Section 505(b) of the Penal Code which attracts a sentence of only 2 years imprisonment, a fine or both; as compared to the more serious offence under the Sedition Act which attracts a sentence of 3 years imprisonment, a RM5000 fine or both. And as the IGP mentioned, a person can be arrested under the Sedition Act but not under section 505(b) of the Penal Code?

Why such double-standards between Eric Paulsen and Dr Mashitah? Has what Dr Mashitah has said less serious than that done by Ereic Paulsen? What is most disturbing is Dr Mashitah Ibrahim’s lies raised in an inflammatory and provocative manner in falsely blaming the Chinese community in Kuala Kedah had burned the Quran, page by page during a prayer ritual, when the Kedah Menteri Besar had denied this in an earlier statement before her UMNO speech. The Kedah Menteri Besar had said that the Quran was not burnt but torn by a Malay Muslim who was mentally unbalanced and sent to hospital for treatment.

The IGP should not put on the same mask to hide the failure of the Minister of Home Affairs Datuk Seri Zahid Hamidi to explain why Zahid vouched unsolicited, for the integrity and character of gambling kingpin Paul Phua to try to secure Paul Phua’s release from the FBI. Both BN and the IGP’s masks have fallen, by practicing selective prosecution and investigations when it involves those who support BN and those against BN. Is BN trying to distract attention from the failure of the Federal government to deal effectively with the recent national flood crisis and the numerous scandals such as 1MDB and trillions of ringgit lost from illicit funds and corruption?

LIMGUAN ENG

 

-- BM Version --

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 15.1.2015.

Topeng Kesaksamaan dan Keadilan Terlucut Sekali Lagi Berikutan Kegagalan Menahan Dr Mashitah Ibrahim di bawah Akta Hasutan, Lantas Membuktikan BN dan Ketua Polis Negara Mengamalkan Siasatan Terpilih Dalam Menyiasat Pemimpin UMNO dan Mereka yang Menentang UMNO.

Topeng kesaksamaan dan keadilan terlucut sekali lagi berikutan kegagalan menahan bekas Timbalan Menteri Dr Mashitah Ibrahim di bawah Akta Hasutan, lantas membuktikan BN dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengamalkan siasatan terpilih dalam menyiasat pemimpin UMNO dan mereka yang menentang UMNO. Saya telah meminta KPN untuk memperjelaskan dengan penuh mengapa polis gagal menahan Dr Mashitah Ibrahim atas penipuan jahat beliau ketika Perhimpunan Agung UMNO bahawa komuniti Cina di Kedah membakar Al-Quran dalam satu ritual agama.

Jika Ketua Polis Negara ikhlas dan serius dalam komitmennya ke arah mengekalkan keharmonian pelbagai kaum, maka beliau harus menangani semua kes hasutan dengan saksama. Jika beliau boleh menangkap aktivis hak asasi manusia Eric Paulsen, kenapa tidak menangkap Dr Mashitah? Penjelasan KPN adalah kes Mashitah berbeza kerana beliau disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan ia adalah kes yang bukan membolehkan tangkapan dan oleh itu Dr Mashitah tidak boleh ditahan.

Bagi membuktikan lagi betapa KPN memilih bulu, mengapa Dr Mashitah disiasat di bawah kesalahan yang lebih ringan dalam Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang hanya membawa hukuman 2 tahun penjara, denda atau kedua-duanya; berbanding dengan kesalahan yang lebih serius di bawah Akta Hasutan yang membawa hukuman 3 tahun penjara, denda RM5000 atau kedua-duanya. Dan sebagai dinyatakan Ketua Polis Negara, seseorang itu boleh ditangkap di bawah Akta Hasutan tetapi tidak di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan?

Mengapa wujud dwi-standard antara Eric Paulsen dan Dr Mashitah? Adakah apa yang Dr Mashitah katakan kurang serius daripada yang dilakukan oleh Eric Paulsen? Apa yang paling membimbangkan adalah pembohongan Dr Mashitah Ibrahim dibangkitkan secara jahat dan provokatif dengan secara sembarangan menuduh masyarakat Cina di Kuala Kedah membakar al-Quran, lembaran demi lembaran semasa upacara agama, sedangkan Menteri Besar Kedah sendiri telah menafikan tuduhan ini dalam satu kenyataan yang lebih awal. Menteri Besar Kedah berkata Al-Quran tidak terbakar tetapi dikoyakkan oleh seorang Melayu Islam yang mempunyai masalah mental dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Ketua Polis Negara tidak perlu memakai topeng yang sama untuk menyembunyikan kegagalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menjelaskan mengapa Zahid memberi pengesahan tanpa diminta, akan integriti dan perwatakan raja judi Paul Phua sebagai cubaan membebaskan Paul Phua dari FBI . Kedua-dua topeng BN dan KPN telah terlucut, dengan mengamalkan pendakwaan dan penyiasatan terpilih apabila melibatkan antara mereka yang menyokong BN dan mereka yang menentang BN. Apakah BN cuba mengalihkan perhatian daripada kegagalan kerajaan Persekutuan untuk menangani secara berkesan krisis banjir negara baru-baru ini dan banyak skandal seperti 1MDB dan trilion ringgit hilang akibat dana haram dan rasuah?

LIM GUAN ENG

-- CN Version --

槟城州首席部长林冠英于2015115日在乔治市光大发表的文告

既然无法逮捕玛斯达依布拉欣医生,所谓不偏袒及公平的假面具终于被揭开,证明国阵及全国总警长在调查巫统领袖及反对巫统人士的时候,作出选择性调查。

既然无法逮捕玛斯达依布拉欣医生,所谓不偏袒及公平的假面具终于被揭开,证明国阵及全国总警长在调查巫统领袖及反对巫统人士的时候,作出选择性调查。我较早前已经要求全国总警长公开回答警方为何无法逮捕作出煽动谎言的玛斯达医生,她在巫统大会的时候诬蔑吉打华社在祭拜仪式中焚烧可兰经。

如果全国总警长是诚心及严肃看待其欲维护多元种族和谐的承诺,那他应该公平的对待所有的煽动案件。若他可以逮捕艾立保森,为何不能逮捕玛斯达医生?根据全国总警长的解释是玛斯达的案件,分别在于此案在刑事法典505b)条文之下被调查,而且这是不必遭逮捕的案件,因此玛斯达不能被捕。

全国总警长不是曾说过任何煽动的人士可以在煽动法令下被逮捕吗?但却不是如今的505b)条文。既然如此,为了避免双重标准,我们不禁要问为什么玛斯达医生可以在刑责较轻的刑事法典505b)条文之下被调查,此刑罚最高刑责只判监禁2年或罚款或两者兼施,反而不是最高刑责3年监禁、罚款5000令吉或两者兼施的煽动法令?

为何在艾立保森与玛斯达医生之间存在这样的双重标准?是因为玛斯达的言论不比艾立保森的言论来得严重吗?更让人困扰的是,在玛斯达医生于巫统大会诬蔑瓜拉吉打的华社在祭拜仪式一张张焚烧可兰经之前,吉打州务大臣已经声明是一名精神有问题的马来穆斯林在撕破可兰经,并非焚烧,而且已经送往医院治疗。但是,玛斯达医生还一意孤行作出此煽动与挑衅的谎言。

这就跟内政部长无法解释为何堂堂一个内政部长自愿为赌王潘惠生书信作证,好让潘惠生从美国联邦调查局中获释一样,全国总警长别再躲在同一个面具之下。因为采取选择性检控及调查分别对待支持国阵与反对国阵的人士,无论是国阵还是全国总警长的假面具已经被揭开。国阵如今是否还在因为联邦政府无法应付全国水灾的危机、一马基金的丑闻、数兆令吉的黑金外流及贪污,尝试转移焦点?

林冠英