UPACARA PENGAKUAN PENERIMAAN JAWATAN AHLIMAJLIS-AHLIMAJLIS MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

DI UPACARA PENGAKUAN PENERIMAAN JAWATAN
AHLIMAJLIS-AHLIMAJLIS MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

7 JANUARI 2016 (9:00 PAGI)
DI DEWAN BANDARAYA, PULAU PINANG

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis atas pelantikan mereka oleh Pihak Berkuasa Negeri. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menamatkan perkhidmatannya. Sebagai Ahli Majlis, tuan-tuan dan puan-puan akan menghadapi banyak cabaran memandangkan harapan rakyat akan lebih besar dengan pencapaian status Bandaraya oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 1.1.2015.

MBPP mengamalkan perbelanjaan berhemah dan urus tadbir berasaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus). Ini bermakna segala hasil yang dikutip daripada rakyat akan digunakan untuk membiayai perkhidmatan yang terbaik dan pembangunan kepada pembayar cukai. Majlis telah berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang membanggakan dengan mencatatkan lebihan dalam penyata kewangan untuk tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM80.09 juta untuk 2012, RM47.57 juta untuk 2013 dan RM177.95 juta untuk 2014.

Dalam usaha untuk meningkatkan penyediaan kemudahan awam, MBPP akan melaksanakan beberapa projek pembangunan berdasarkan hasil atau matlamat yang boleh dicapai (outcome-based budgeting). Peruntukan kewangan sebanyak RM118.97 juta telah disediakan pada tahun 2016 bagi tujuan berkenaan yang merangkumi projek menaiktaraf pasar-pasar awam, kompleks makanan dan tapak penjaja untuk keselesaan orang awam yang akan diteruskan lagi.

Perbelanjaan sebenar bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM43 juta bagi pengurusan sisa pepejal dan RM40.78 juta untuk pembersihan awam. MBPP telah memperuntukkan sebanyak RM94.52 juta bagi tahun 2015 dan RM100.31 juta bagi tahun 2016 untuk kedua-dua pengurusan kebersihan tersebut.

Pada amnya, perkhidmatan pungutan, mengangkut dan pembuangan sampah adalah diswastakan kecuali kerja-kerja pembersihan awam adalah diuruskan secara dalaman oleh kakitangan MBPP yang kini dilaksanakan oleh anggota seramai 895 orang bagi memenuhi hasrat menjaga kebajikan rakyat tempatan. MBPP akan mengisi tenaga pekerja tambahan sebanyak 101 orang anggota pada awal tahun ini secara kontrak.

Sungguhpun kos perbelanjaan modal dan operasi dari segi pembersihan awam meningkat, ia adalah perlu berdasarkan kepada keutamaan untuk menjaga rakyat tempatan daripada pekerja asing dan sekaligus boleh membuktikan kesanggupan rakyat Malaysia untuk melaksanakan cabaran tugas yang dianggap dirty, difficuilt and dangerous (3D).

Nilai Pembangunan Kasar (GDV) merupakan projek-projek yang diluluskan oleh MBPP berdasarkan Pelan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan serta telah mempunyai Notis Mula Kerja (Borang B), yang mana ia menggambarkan nilai sebenar nilai pembangunan di bahagian Pulau.

Pada tahun 2014, GDV di bahagian Pulau adalah berjumlah RM3,565,075,900.00 hasil daripada pembangunan yang telah diluluskan oleh MBPP dan GDV bagi separuh tahun 2015 yang pertama adalah sebanyak RM1,981,540,000.00 yang mana jumlah ini akan melebihi dan bertambah bagi keseluruhan tahun 2015. Ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi dan sektor pembinaan masih berkembang dengan pesat.

Pada masa yang sama, MBPP akan terus melaksanakan program-program penghijauan dan keceriaan bandar seperti penanaman pokok, kerja-kerja landskap, menaiktaraf taman dan kawasan permainan kanak-kanak serta pemasangan lampu hiasan. Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM4.283 juta telah disediakan.

Bagi memperkasa pengurusan lalu lintas dan pengangkutan awam, MBPP akan meneruskan projek pembinaan dan menaiktaraf jalan yang termasuk menambahbaik saliran serta menaiktaraf laluan pejalan kaki seperti Projek Pembinaan Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong serta membina dan menaiktaraf Jalan Masjid Negeri, persimpangan Jalan Mount Erskine dan Jalan Zoo serta menaiktaraf sebahagian Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di mana RM63 juta diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

Lorong basikal merupakan KPI yang dapat membezakan sebuah Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya. MBPP telah berusaha untuk menggalakkan penggunaan basikal yang mesra alam dan untuk tujuan rekreasi. Sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk Projek Membina dan Menaiktaraf Laluan Basikal dari Tanjung Tokong ke Jambatan Sultan Abdul Halim dan Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas. Ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan kos projek sebanyak RM30 juta untuk lorong basikal sepanjang 33km daripada Tanjung Tokong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, di mana kos sebanyak RM30 juta ini adalah termasuk juga kos yang dibiayai oleh pihak swasta.

Peruntukan sebanyak RM2 juta telah disediakan untuk penyelenggaraan lampu jalan awam di seluruh pulau. Peruntukan sebanyak RM2 juta juga telah disediakan untuk tujuan menaiktaraf parit di kawasan Bandar George Town serta RM1 juta untuk menaiktaraf bahu jalan dan laluan pejalan kaki mengikut konsep rekabentuk sejagat.

Dalam usaha Kerajaan mengurangkan kadar jenayah di kawasan perumahan, Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000 kepada MBPP bagi tahun 2016 untuk projek-projek inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 NKRA Bandar Selamat - Pemutihan Kawasan Black Spot.

Bagi memantau kegiatan jenayah dan masalah trafik, sebanyak 558 buah kamera CCTV telah dipasang yang dapat dipantau dari pusat kawalan MBPP di Komtar serta Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. Pada tahun 2016, peruntukan sebanyak RM9.36 juta akan disediakan oleh Majlis bagi pemasangan dan penyelenggaraan kamera-kamera CCTV. Sebanyak 180 buah kamera CCTV tambahan akan dipasang pada tahun 2016.

Portal pelancong internet terbesar di dunia, Lonely Planet pada Oktober 2015 telah menyenaraikan George Town sebagai salah satu daripada 10 bandar raya terbaik untuk dilawati di dunia dan Los Angeles Times pada Disember 2015 telah menyenaraikan Pulau Pinang (pulau) sebagai bandaraya yang perlu dilawati pada tahun 2016. Forbes dan Yahoo Travel juga menyebut George Town sebagai destinasi tarikan ramai. Ini menunjukkan bahawa George Town dan Pulau Pinang mempunyai impak yang positif sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang lestari dan hijau.

Dalam usaha untuk membangunkan dan menghidupkan kembali kawasan di sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Kerajaan Negeri kini sedang menimbang cadangan untuk mewujudkan satu lagi terminal bas ekspres di sekitar kawasan ini yang telah dihentikan operasinya pada 1 Jun 2014 yang lalu. Ini selaras dengan usaha untuk menjadi kawasan Komtar sebagai hab teksi, bas dan LRT/monarail. Walau bagaimanapun, ia masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Berhubung dengan dasar tukang masak tempatan, Kerajaan Negeri memandang serius akan perkara ini. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melipatgandakan usaha dan mengambil tindakan penguatkuasaan, termasuk membatalkan lesen ke atas penjaja, yang masih menggunakan khidmat tukang masak warga asing untuk memasak masakan tempatan.

Larangan dicadangkan hanya terpakai kepada orang asing dan bukan rakyat Malaysia dan hanya untuk gerai-gerai penjaja dan bukannya restoran/ hotel. Dengan pelaksanaan ini, kita akan mampu memelihara citarasa masakan tempatan Pulau Pinang yang sememangnya terkenal di serata dunia.
Disiplin harus menjadi agenda utama berikutan suatu peristiwa yang memalukan MBPP. Saya mencadangkan agar disiplin semua kakitangan MBPP dikaji dan dirombak semula berikutan kes 2 orang pegawai MBPP yang telah ditahan kerana terlibat dalam pengedaran dadah. Ini adalah penting dalam melahirkan kakitangan yang lebih disiplin dan bertanggungjawab.

Kita perlu ingat bahawa semua kerja kita tidak akan berjaya tanpa semangat berpasukan. Marilah kita mengikis mentaliti silo kerana kerja bersama lebih bernilai daripada kerja seorang diri. Apatah lagi elaun Ahli Majlis sudah pun dinaikkan daripada RM1000 kepada RM4000 sebulan. Kita harus berusaha kuat sehingga Pulau Pinang menjadi bandaraya yang paling bersih, hijau, sihat dan selamat di Malaysia. Barulah Pulau Pinang boleh mencapai taraf negeri antarabangsa dan pintar.

Sekian, terima kasih.

 

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROJEK MENAIKTARAF JALAN DAN SALIRAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN SIRAM, BUTTERWORTH, DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

TEKS UCAPAN Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG,
KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROJEK MENAIKTARAF JALAN DAN SALIRAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN SIRAM, BUTTERWORTH, DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Jabatan Kerajaan yang telah terlibat di dalam penganjuran majlis yang amat bermakna pada pagi ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para jemputan serta pihak media yang sudi hadir bagi memeriahkan Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan dan Saliran Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan Siram, Butterworth, Daerah Seberang Perai Utara. Ianya merupakan sebuah lagi projek yang direalisasikan dengan jayanya oleh Kerajaan Negeri untuk faedah rakyat.

Dalam menunaikan komitmen Kerajaan Negeri untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di bandar dan luar bandar, dalam tahun 2016, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sejumlah RM26.11 juta bagi meneruskan dengan pelaksanaan enam (6) projek pembinaan dan menaiktaraf jalan yang telah diperincikan dalam Bajet 2015 dan sejumlah RM17.45 juta lagi untuk pembiayaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan Negeri. Bagi meningkatkan akses dan menaiktaraf jalan-jalan kampung pula, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM2 juta di samping RM5 juta yang boleh dibiayai untuk tujuan tersebut daripada pemberian Kerajaan Persekutuan di bawah Peruntukan MARRIS (Malaysian Road Information System). Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telahpun mengagihkan peruntukan sejumlah RM1.0 juta untuk membiayai kerja-kerja menaiktaraf jalan kampung dan sebanyak RM3 juta untuk pembiayaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan kampung.

Para hadirin yang saya dihormati,

Projek Menaiktaraf Jalan Siram ini telahpun dimulakan pelaksanaannya pada 9 Mei 2014 dan sepatutnya disiapkan pada 9 April 2015 iaitu dalam tempoh hampir setahun. Walau bagaimanapun, projek ini hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada 30 November 2015 berikutan mengalami masalah pengalihan utiliti sediada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). Projek ini mengambil masa selama 81 minggu 4 hari untuk disiapkan (571 hari). Walaupun menghadapi pelbagai masalah di tapak projek, Kerajaan Negeri khususnya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama-sama dengan pihak kontraktor, ADZ Prima Sdn. Bhd. telah bertukus-lumus untuk memastikan supaya projek ini dapat disiapkan secepat yang mungkin. Tidak dilupakan juga kepada pihak Pejabat Tanah Seberang Perai Utara yang telah melaksanakan proses pengambilan balik tanah bagi menjayakan projek ini. Syabas saya ucapkan kepada Jabatan-jabatan Kerajaan yang sentiasa bekerja keras untuk kesejahteraan rakyat.

Para hadirin yang saya dihormati,

Sepertimana yang telah disampaikan melalui ucapan saya ketika Majlis Pecah Tanah bagi projek ini pada 30 Januari 2015, projek ini melibatkan penaiktarafan jalan sepanjang 1 kilometer dari persimpangan Jalan Lingkaran Luar Buttterworth atau Butterworth Outer Ring Road (BORR) – Jalan Sungai Nyior hingga ke Persimpangan Jalan Telaga Ayer – Jalan Raja Uda. Projek ini melibatkan pelebaran jalan daripada 2 lorong kepada 4 lorong iaitu 2 lorong sehala kiri dan kanan. Ketika itu, kos projek dianggarkan berjumlah RM4,290,770.00, manakala kos pengambilan balik tanah pula berjumlah RM4,422,589.50. Ianya menjadikan anggaran keseluruhan kos adalah sebanyak RM8,713,359.50. Setelah projek disiapkan, kos keseluruhan yang dibelanjakan adalah sebanyak RM8,097,840.46 iaitu RM3,266,400.00 untuk kos projek dan RM4,831,440.46 untuk kos pengambilan balik tanah. Ini bermakna, Kerajaan Negeri telah menjimatkan wang rakyat sebanyak RM615,519.04 dan ianya bolehlah digunakan untuk menampung pembiayaan projek-projek lain. Walaupun kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri adalah tinggi, namun Kerajaan Negeri sanggup melaksanakan projek menaiktaraf jalan ini demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Ini sebagai bukti sumbangan Kerajaan Negeri kepada rakyat di kawasan Parlimen Bagan.

Para hadirin yang saya dihormati sekalian,

Projek ini merupakan sebuah projek yang mencerminkan keperihatinan Kerajaan Negeri terhadap keperluan infrastruktur rakyat di Negeri Pulau Pinang amnya dan penduduk di sekitar kawasan Bagan Dalam, Butterworth khususnya. Dengan siapnya projek ini, kesesakan lalulintas yang telah lama membelenggu masyarakat setempat dapat dikurangkan. Akhir kata, saya dengan sukacita dan berbesar hati merasmikan Jalan Siram, Butterworth, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang telah siap dinaiktaraf.

Sekian, terima kasih.

 

 

George Yeo Book Launch

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

Speech of Chief Minister
George Yeo Book Launch
4 January 2016 at St. Giles Wembley Hotel @ 4.30pm

Good afternoon and happy new year to all.

I am honoured to be here today to launch this very meaningful book. It is a book by someone whom I respect deeply, and whom I am proud to call a friend. We all remember George Yeo as a statesman, a sterling Foreign Minister for Singapore, a prolific speaker and writer who would constantly surprise and enlighten us with his ideas that span a great variety of topics, both worldly and esoteric. It is therefore most appropriate that some of his best speeches and writings over the years have now been captured in this book entitled, “George Yeo on Bonsai, Banyan and Tao.”
Ladies and gentlemen,

I think the unusual title of the book says it all. It is certainly difficult to classify George Yeo. As a student leader, he was described as both radical and conciliatory. In the Singapore Armed Forces, he had moved from the Army to the Air Force before becoming Director of Joint Operations and Planning. In politics, he has been called both a liberal and a conservative. As a public intellectual, his speeches touch on a wide range of issues. As a person, he is fondly regarded by everyone, from politicians on both sides of the divide to diplomats, journalists and his constituents.

George Yeo served under the late Lee Kuan Yew early in his political career in the 1980s, and held four ministerial positions over 23 years. In his maiden Parliamentary speech, he spoke of the importance of democracy but has repeated many times that democracy is only a means and not an end in itself. He has played a key role in shaping the city’s development during a crucial period in its history. He is also seen as Singapore’s thinker politician – a man with a curious and effective mind.

In the book, the bonsai and the banyan are metaphors George Yeo uses for Singapore. According to him, Singapore is a city-state which must never have an inflated view of itself. The bonsai describes Singapore modestly, but he also adds that the bonsai can be intensely interesting and valuable. The banyan provides shade and Singaporeans are grateful for it, but too much of it will make her weak. As for the Tao, that perhaps is what gives unity to his many interests.

In his book, George Yeo also describes Singapore as a “little speed boat” needing to nimbly navigate the potentially treacherous waters between “supertankers” such as the US and China. His best-known speech, reflected in the title of the book, is from 1991, when he was the Minister for Information and the Arts. He spoke of the need for Singapore’s banyan tree to be pruned – in other words, for the state to take a step back and allow civil society the room to grow. I believe that is an important notion that we can relate to here in Penang and Malaysia. In Malaysia we may have freedom of speech but only in Penang do we have freedom after speech.

Ladies and gentlemen,

As a matter of fact, Penang and Singapore have very similar roots and humble beginnings. Both were once part of a colonial territory called the Straits Settlement alongside Melaka. Both were prosperous entrepots, though in the 1960s, both ventured down different paths. The rest, as they say, is history. Today, Singapore is now a highly developed and modern city-state, while Penang is still an adolescent, albeit one with a dream of becoming an International and Intelligent City. Since 2008, we have made great strides, and today we are Malaysia’s most liveable city, producing 7.4% of Malaysia’s GDP, 12.3% of Malaysian foreign tourist arrivals, 22% of Malaysia’s balance of trade surplus, 25% of Malaysia's total imports and exports besides having the lowest unemployment rate in the country and the highest recycling rate of 32.8%.

Similarly with Singapore, Penang does not have any natural resources. Thus, our human talent has become our most treasured resource. Therefore, in order to win our future, we have decided to invest in our future. Investing in the future means investing in education, public infrastructure and innovation. In this case, our young talents. Last year, we instituted the Penang Future Foundation, a scholarship programme that will enable many young Malaysians to fulfil their academic ambitions in the fields of science, technology, engineering, mathematics and accounting, with only one caveat – they need to work in Penang after they graduate.

In an effort to further increase our talent pool, we have also recently launched the Penang Science Café, Penang’s biggest and most sophisticated Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) education and innovation centre at Wisma Yeap Chor Ee. Science Cafés will soon be spread out around the whole of Penang to impart STEM knowledge to the community throughout the year, especially to the kids.

In addition, we have launched the first German Dual Vocational Training (GDVT) Programme in Malaysia, which is designed to bolster vocational training in Penang and to up-skill the local workforce with internationally recognized skills. This is another step to enhance our talent pool to face the upcoming challenges as the AEC Economic Community comes into fruition.

Looking back at how Singapore developed herself over the last 50 years, human capital and public infrastructure are among the key focus in their development. Penang, blessed with a superior quality of human talents – as Singapore has undoubtedly benefited from, now faces the challenge to develop first class infrastructure.

However one very important feature is the need to have sound institution and the ability to bring about institutional change. In his Nobel lecture for economics in 1993, Douglas North identified three lessons that policymakers should draw from his research. First, what determines economic performance is the mix of “formal rules, informal norms, and enforcement characteristics”. Second, politics have a major impact on economic performance because they “define and enforce the economic rules”. And, finally, adaptive efficiency (how the rules are changed), not allocative efficiency (the most effective rules right now), is the key to long-term growth.

Unlike Singapore, Penang faces many hurdles in terms of transportation and infrastructure development. With very limited funds available and just as limited authority due to the over-centralisation of power in the hands of the Federal Government, Penang has been at their mercy in terms of large-scale infrastructure and public transport development. However, we have decided that we will no longer be held to ransom. We have since launched the RM27 billion Penang Transport Master Plan project to develop a 5-in-1 transport solution involving buses, taxies, LRT/monorail, water taxies/ferries and cable car. Having appointed the Project Delivery Partner in August last year through an open competitive tender, we hope to see the roll-out of this project by 2017.

I believe this book is extremely timely. There is much for us to learn from George Yeo’s writings about the development of Singapore. Although the situations differ in our two states, there are many lessons to be gained and much food for thought, especially where the principles and approaches to government and governance are concerned. Therefore, it is with great pleasure that I officiate this event.

Thank you.

 

THE KERRY LOGISTICS OPENING CEREMONY

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

SPEECH BY CHIEF MINISTER OF PENANG

AT THE KERRY LOGISTICS OPENING CEREMONY

4th JANUARY 2016


Good morning, everyone. I am pleased to be here today for the opening ceremony of Kerry Logistics Network development center in One Precinct, Penang. It’s an honor for Penang to welcome Asia’s premier logistics service provider to set up their Global Business Services (GBS) or formerly known SSO, centre here.

It felt as if it was just yesterday when I was here to welcome the opening of two prominent GBS companies in Penang which is Wilmar and Citigroup. It feels great to be back to see that the number of GBS companies has grown and it is a great pleasure to welcome Kerry Logistics on board.

KLN operates here are as a shared services center to provide IT Application Development & Maintenance for Global Logistics Supply Chain to Kerry Logistics Network Limited (KLN). KLN is a global conglomerate with annual turnover of USD 250 million and worldwide workforce of 20,000. The headcount for the Penang office is around 10 and it is expected to expand to cover 30 by 2016 and more than 50 by 2017.

Having Kerry on board Penang investment arena will help Penang to build competitive IT resources with global experience. Penang's availability of talent, energy and entrepreneurship will combine well with Kerry's experience and expertise. We are positive that Kerry can lead Penang towards the next wave of Internet on logistics supply chain for South East Asia by combining the IT and Data Technology with strong business and operation domain knowledge on global logistics supply chain.

Bayan Baru as a Hub for Penang Global Business Services

Kerry Logistics has made a right choice in choosing Penang. Penang is the first state in Malaysia after Cyberjaya, Selangor to be awarded the MSC Malaysia Cybercity status. Furthermore, Penang Development Corporation signed a RM1.3 billion joint venture agreement with Singapore-based Temasek and Economic Development Innovation Singapore (EDIS) for the development of a BPO Prime Project here in Bayan Baru. BPO Prime will help to fulfill the demand for Grade A office space and help make Penang a hub for Global Business Services.


GBS ecosystem in Penang

We are grateful for Kerry’s confidence towards Penang and its GBS scene. Kerry has chosen Penang because Penang is one of the sustainable fast growth state in Malaysia with world-class Forbes 500 companies. Penang GBS sector has achieved rapid growth over the years and Malaysia has consecutively been ranked the world's third GBS destination by global management consulting firm AT Kearney since 2004 after India and China.

In Penang, the cumulative investments for GBS companies with MSC status between 2009 and 2014 have reached RM4.073 billion. The GBS sector here is also providing more than 8,000 high income jobs to locals and serving both regional and global markets. The biggest is Citigroup which set up their global financial credit hub here. With a headcount of 1,400, 32 million transactions world-wide and a value of USD 7.2 trillion, Penang is capable of providing world-class service to international companies. And now we have Kerry Logistics in Penang. The numbers are expected to increase by 60 per cent in the next three years due to the high quality, good and clean governance in Penang. Remember we are the only government in Malaysia to be praised by Transparency International.

Ladies and Gentlemen,

In progressing towards an international and intelligent city, Penang builds it strength around its existing competencies. We need to attract the best international companies here and in Kerry Logistics, we have one of the best in the world. I wish Kerry Logistic every success.

Thank you.