BANTAHAN KE ATAS PENGURANGAN BILANGAN FERI YANG BEROPERASI DI NEGERI PULAU PINANG

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

PSUKPP/21/0353/3 klt.2 (4)

14 Disember 2015

YB Dato' Sri Liow Tiong Lai
Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4,
62100 W.P. Putrajaya
Tel: 03-8000 8000 Fax: 03-8888 0158

Yang Berhormat Dato' Sri,

BANTAHAN KE ATAS PENGURANGAN BILANGAN FERI YANG BEROPERASI DI NEGERI PULAU PINANG

Adalah saya merujuk kepada kenyataan media Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) melalui The Star Online bertarikh 3 Disember 2015 (Khamis) bertajuk "Penang to run only three ferries from 1 January 2016".

2. Kerajaan Negeri dukacita dengan kenyataan media tersebut dan membantah sekeras-kerasnya pengurangan bilangan feri yang beroperasi setiap hari dari empat buah feri sekarang kepada tiga buah feri pada tahun 2016. Pengurangan bilangan feri tidak memberi manfaat kepada pengguna dan kepada Penang Port sendiri kerana bilangan penumpang akan terus menurun sejajar dengan pengurangan bilangan feri.

3. Tidak ada alasan kukuh diberikan untuk pengurangan ini kecuali mungkin disebabkan oleh kos operasi yang meningkat sehingga kerugian tahunan mencecah sebanyak RM25 juta! Ini adalah dalam jangkaan kerana macam mana boleh mengurangkan kerugian sekiranya perkhidmatan feri dikurangkan dan tidak ditambah. Hanya dengan menerima pakai konsep "scale" dengan memperbanyakkan perkhidmatan feri barulah kos operasi boleh dikurangkan.


4. Kerajaan Negeri turut membantah perubahan jadual waktu baru pelepasan feri yang pertama pada jam 6.30 pagi berbanding jadual lama yang mana feri yang pertama berlepas pada jam 5.20 pagi sebelum ini. Pelepasan waktu yang lewat akan menyukarkan pengguna dan seterusnya pengguna terpaksa mencari alternatif lain dan tidak menggunakan perkhidmatan feri lagi. Penambahan selang masa juga tidak wajar dilaksanakan kerana perkara ini akan menjadikan waktu menunggu (waiting time) lebih lama.

5. Perkhidmatan feri adalah satu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang diamanahkan oleh rakyat Pulau Pinang. Pengurangan perkhidmatan feri boleh dianggap sebagai tindakan yang "pecah amanah" yang diberikan oleh rakyat. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan pengurangan bilangan feri dari empat buah feri kepada tiga buah feri yang beroperasi setiap hari bermula pada 1 Januari 2016. Penang Port Sdn. Bhd. sewajarnya mencari jalan penyelesaian atau cadangan penambahbaikan agar bilangan penumpang dapat ditingkatkan bukannya dengan mengurangkan bilangan feri atau tempoh masa perkhidmatan yang hanya akan memberi impak yang lebih negatif kelak.

Sekian, terima kasih.

“CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang ikhlas,




LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang


s.k
Pengerusi,
Penang Port Sdn. Bhd.,
No. 1, Pesara King Edward,
10300 George Town,
Pulau Pinang

-- CN Version --

2015年12月14日

致交通部部长拿督斯里廖中莱

抗议减少横跨槟威两地的渡轮班次

我就2015年12月3日(星期四)由槟州港务局发表在《星报在线》,一则题为《从1月1日起,槟城只有3艘渡轮运作》一文,特此致函。

2. 槟州政府对是项声明感到非常失望,我们坚决反对将现有的每天4艘渡轮川行,降至2016年起的每天3艘。减少渡轮服务不论是对渡轮使用者或槟城港口而言都没有任何好处,因为渡轮使用人次将会随着班次的减少而进一步下降。

3. 此次的减少班次,除了营运开支增加、导致年度亏损高达2500万令吉之外,当局完全没有给予强而有力的理由。这一切是意料中事,因为当渡轮服务减少而不是增加的当儿,要怎样减少亏损呢? 只有采纳正确的比例概念,将渡轮服务多元化,营运成本才能相对的降低。

4. 州政府也强烈反对港务局将原有第一班5点20分的首班渡轮,更改为6点30分。延迟开始服务的渡轮将为乘客带来诸多不便,并进一步逼使乘客作出其他的选择,不再继续使用渡轮服务。加长渡轮抵站的间隔时间也是不恰当的,因为此举将导致等候的时间更久。

5. 渡轮服务是槟州人民委托给联邦政府的任务。减少渡轮班次可被视为是对人民失信的行为。因此,州政府谨此强调,我们绝不同意从2016年1月1日起将现有的每天4艘渡轮川行减至3艘的决定。槟城港口有限公司理应寻找对策,强化服务以增加客流量,而不是减少渡轮班次或延长渡轮抵站的间隔时间来减少亏损,因此举将对该公司造成更严重的负面影响。

谢谢!

槟州首席部长林冠英 启


副本呈:
槟州港口有限公司主席

THE LAUNCHING OF THE 1st “AUTOMATED EXTERNAL DEFRIBILATOR”

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

SPEECH BY CHIEF MINISTER OF PENANG

THE LAUNCHING OF THE 1st “AUTOMATED EXTERNAL DEFRIBILATOR”

AED'S PLACEMENT IN PENANG IN CONJUCTION WITH THE PENANG HEART-SAFE PROGRAMME

16 December 2015 Concourse Level 3 KOMTAR


Good afternoon and welcome to the launching of the 1st “Automated External Defribilator” AED's placement in Penang in conjuction with the Penang Heart-Safe Programme.

Sudden cardiac arrests result in the sudden death of hundreds of people in Penang each year regardless of age and background, leaving behind devastated families.

We know that sudden cardiac arrests are due to abnormal rhythms in the heart that result in total loss of the heart's ability of pump normally. Simple life-saving measures like performing CPR and using the AED may potentially save the life of this person. However, there is only a small window of opportunity, a period of a few minutes after it happens, when these life-saving measures work best. This means that such skills must be learnt and performed by each and every one of us, so that we may help save the life of a friend, or family member when needed.

Therefore the Penang Heart-Safe Program is aimed at teaching us ALL, the life-saving skills of CPR and we are placing more AEDs in public places so that such trained members of the general public may use them to save a life.

Together with our friends in Lions Club Goergetown Central , St John Ambulance Malaysia, Penang General Hospital, Seberang Jaya Hospital, Penang State Health Department and the Malaysian Red Crescent, and with expert guidance from the Penang CPR society, the Penang State Govt is embarking on this endeavour, to actively support public CPR education, and to work to increase the number of AEDs placed in public places in Penang.

We are taking the lead by placing 10 AEDs in public areas under our direct supervision, starting with this AED for the KOMTAR community. These 10 AEDs are only a beginning. The state government has spent RM41,340 for this programme. We will continue by increasing in phases the AEDs installed in other areas.

But this is not something we can do by ourselves. We call upon our friends in the corporate world, in our industries, NGOs to implement similar CPR and AED programs in their work areas. I hope they will extend those programs to the community around them too under CSR initiatives, remembering that their precious staff deserve a Heart-Safe environment both when they are at work as well as when they are outside work.

In many countries, AEDs are placed in transportation hubs, community centres, areas of public gathering, retail outlets, sporting venues and all health care facilities.

Let us make Penang a heart-safe community!

Thank you.


-- BM Version --

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PELANCARAN ALAT 'AUTOMATED EXTERNAL

DEFRIBILLATOR' (AED) BERSEMPENA DENGAN 'PENANG HEART-SAFE PROGRAMME'
16 Disember 2015 Konkos Tingkat 3, KOMTAR


Selamat petang diucapkan kepada semua hadirin. Saya mengalu-alukan kedatangan semua pihak ke Majlis Pelancaran Pemasangan 'Automated External Defribillator' (AED) Bersempena Dengan 'PENANG Heart-Safe Programme'

Serangan jantung yang menyebabkan jantung terhenti secara tiba-tiba meragut ratusan nyawa di Pulau Pinang tanpa mengira umur dan latar belakang mangsa. Ini meninggalkan kesan yang negatif kepada orang tersayang.

Kita mengetahui bahawa serangan jantung ini disebabkan oleh kadar denyutan jantung yang abnormal dan seterusnya menyebabkan jantung kita hilang fungsi untuk mengepam. Dalam keadaan sedemikian, teknik ringkas seperti CPR dan penggunaan alat AED berpotensi untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Namun demikian, langkah-langkah ini hanya berkesan jika dimulakan dalam masa singkat sejurus selepas serangan jantung. Ini bermaksud, teknik CPR dan AED wajib dipelajari oleh semua masyarakat. Teknik-teknik yang dipelajari ini bakal menyelamatkan nyawa seseorang pada bila-bila masa ketika kecemasan berlaku.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Program “Heart-Safe Penang” diwujudkan dengan tujuan untuk melatih semua lapisan rakyat mengenai teknik-teknik CPR dan penggunaan AED dengan betul. Alat-alat AED ini bakal disediakan di tempat-tempat awam untuk penggunaan orang ramai yang sedia terlatih.

Program ini mendapat sokongan padu Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan dianjurkan bersama oleh Kelab Lions Georgetown Central, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya, Persatuan CPR Pulau Pinang, Bulan Sabit Merah Malaysia, dan St. John Ambulans Malaysia. Kami berharap semua warga Pulau Pinang dari setiap lapisan masyarakat dapat mengambil bahagian dalam latihan CPR dan penggunaan AED, dan seterusnya mewujudkan komuniti yang selamat.

Program ini telah mengenalpasti 10 tempat awam di kawasan pulau dan Seberang Jaya bagi tujuan penempatan AED yang dimiliki Kerajaan Negeri. Hari ini, kita akan menyaksikan pelancaran alat AED yang pertama di Komtar. Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM41,340 untuk program ini. Oleh yang demikian, kami akan terus memasang AED ini secara berperingkat di setiap kawasan di Pulau Pinang.

Program ini tidak boleh dijayakan tanpa sokongan dan penyertaan anda semua. Saya juga menyeru rakan-rakan dari pihak swasta, dunia korporat dan NGO untuk menganjurkan program-program CPR dan AED yang seumpama di tempat kerja masing-masing dan melanjutkan program sedemikan untuk orang ramai sebagai salah satu projek CSR untuk komuniti. Langkah ini akan mewujudkan suasana kerja yang selamat untuk semua pekerja yang sedang bertugas.

Di banyak negara maju, mesin-mesin AED ini ditempatkan di stesen-stesen bas, LRT, pusat komuniti, gelanggang sukan dan pusat-pusat membeli-belah.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Akhir kata, marilah kita sama-sama mewujudkan komuniti Pulau Pinang yang selamat.

“Let us make Penang a heart-safe community!”

Sekian, terima kasih.

 

THE LAUNCHING OF ONLINE POLL FOR DEVELOPMENT CORRIDOR, SEBERANG PERAI SELATAN

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

SPEECH BY CHIEF MINISTER OF PENANG
THE LAUNCHING OF ONLINE POLL FOR DEVELOPMENT CORRIDOR, SEBERANG PERAI SELATAN

15 December 2015 (1.00 pm)
Bilik Gerakan, Level 28, Komtar

Good morning.

The State Government, through the PDC, has initiated a development corridor /enclave of Southern Seberang Perai i.e. from Juru, southwards to Byram/Changkat that encompasses areas in Bukit Minyak, Nibong Tebal and Batu Kawan which includes PDC’s Batu Kawan Industrial Park, Penang Science Park and Bukit Tengah Industrial Park. The catalyst of this development corridor is the RM4.5 billion Sultan Abdul Halim Shah (Second Penang Bridge) which has connected the south of the island to the southern part of the mainland.

This concept of development corridor is also in line with PDC’s 5- year Strategic Plan 2016-2020, whereby PDC will look into the creation of new attractive corridors of growth across the State of Penang. The strategies will include land acquisition plans, developing master plans for infrastructure and value added programmes in targeted corridors, compiling data and developing stronger capability to support decision making.

The overall area involved in this Development Corridor, at Seberang Perai Selatan, is about 30,000 acres (120 sq km) and is bounded by Sg Juru (in the North) and Sg Krian (in the South) and to the east by the Federal Expressway.

This Development Corridor has the potential to be developed into a manufacturing, services and commercial/residential hub that will promote economic and social growth.

As the State undertakes this programme, it is also our commitment and effort to preserve the eco system, natural habitat historical landmarks and traditional kampungs as heritage kampungs for tourism and homestay.

The entire programme on the development corridor will take 20 -25 years. The concept of the development will create jobs for all levels of society, and will accelerate economic and population growth.

With the development corridor in place, the State will emphasise on the infrastructure in terms of connectivity, transport master plan which includes MRT/LRT serving the area. The qualities of amenities, services and infrastructure will definitely be an added value to the areas.

To get public feedback and engagement, the PDC will carry out an online poll over a 6-month period for the public to choose a suitable name for the development corridor. Examples of suggested names are Penang Mutiara, Penang Jaya, Penang Raya, Penang Maju, Penang Putra and Mutiara Seberang.

The public is also welcomed to suggest any other names that they consider suitable. The online poll will be available in the PDC and State Websites.

Thank you.

-- BM version --
UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN UNDIAN DALAM TALIAN BAGI KORIDOR PEMBANGUNAN, SEBERANG PERAI

15 DISEMBER 2015 (1.00 PETANG) BILIK GERAKAN, TINGKAT 28, KOMTAR

Selamat pagi.

Kerajaan Negeri melalui PDC, telah memulakan pembangunan koridor / wilayah Selatan Seberang Perai iaitu dari Juru, ke arah Selatan ke Byram / Changkat yang merangkumi kawasan di Bukit Minyak, Nibong Tebal dan Batu Kawan, termasuk Taman Perindustrian Batu Kawan, Penang Science Park dan Taman Perindustrian Bukit Tengah. Pemangkin koridor pembangunan ini ialah Jambatan Kedua Pulau Pinang Sultan Abdul Halim Shah dengan kos binaan RM4.5 bilion yang menyambungkan Selatan Pulau dengan kawasan Selatan Seberang Perai.

Konsep pembangunan koridor ini juga selaras dengan Pelan Strategik 5-tahun PDC untuk tahun 2016-2020, di mana PDC akan melihat kepada pembinaan koridor baru yang menarik bagi pertumbuhan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Strategi-strategi ini termasuk rancangan pengambilan tanah, membangunkan pelan induk untuk infrastruktur dan program nilai tambah dalam koridor yang disasarkan, menyusun data dan membangunkan keupayaan yang lebih kukuh untuk menyokong dalam membuat keputusan.

Keseluruhan kawasan yang terlibat dalam pembangunan koridor di Seberang Perai Selatan, kira-kira 30,000 ekar (120 km persegi) dan disempadani oleh Sungai Juru (di Utara) dan Sg Krian (di Selatan) ke Timur Lebuhraya Persekutuan.

Pembangunan koridor mempunyai potensi untuk dibangunkan untuk bidang pembuatan, perkhidmatan dan hab komersial/kediaman yang akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial.

Apabila Kerajaan Negeri menjalankan program ini, ia juga merupakan komitmen dan usaha untuk mengekalkan ekosistem, habitat semula jadi mercu tanda bersejarah dan kampung tradisional sebagai kampung warisan bagi pelancongan dan “homestay”.

Seluruh program pembangunan koridor ini akan mengambil masa selama 20 -25 tahun. Konsep pembangunan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan bagi semua lapisan masyarakat dan akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan penduduk.

Dengan pembangunan koridor ini, Kerajaan Negeri akan memberi penekanan kepada infrastruktur dari segi perhubungan (connectivity), pelan induk pengangkutan yang termasuk MRT / LRT yang akan disediakan untuk kawasan itu. Kualiti kemudahan, perkhidmatan dan infrastruktur pasti akan menjadi satu nilai tambah kepada kawasan pembangunan koridor ini.

Untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas orang ramai, PDC akan menjalankan undian secara online daripada orang awam dalam tempoh 6 bulan untuk memilih nama yang sesuai untuk pembangunan koridor. Sebagai contoh nama-nama yang dicadangkan ialah Pulau Pinang Mutiara, Pulau Pinang Jaya, Pulau Pinang Raya, Pulau Pinang Maju, Pulau Pinang Putra dan Mutiara Seberang.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk memberi cadangan nama lain yang sesuai. Undian dalam talian ini boleh didapati dalam Laman Web PDC dan Kerajaan Negeri.

Sekian, terima kasih.

 

 

ECO-TOURISM FORUM: SEBERANG PERAI’S POTENTIALITY

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
DI ECO-TOURISM FORUM: SEBERANG PERAI’S POTENTIALITY

PADA14 DISEMBER 2015 (9:30 PAGI)
HOTEL THE LIGHT, SEBERANG JAYA

Selamat pagi dan salam sejahtera.
…………………………………………………………………

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana sudi menjemput saya ke forum pada pagi ini.

Eko-pelancongan merupakan satu bidang yang mempunyai potensi perkembangan yang paling besar dalam industri pelancongan dunia. Negeri Pulau Pinang khususnya Seberang Perai mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi destinasi eko-pelancongan di rantau ini dengan kehijauan semulajadinya.

Saya difahamkan bahawa Seberang Perai mempunyai beberapa kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi eko-pelancongan. Di antaranya, Air Hitam Pelajaran Air Hitam Dalam di Lahar Yooi, dan kawasan sekitar bakau Kuala Bekah di Penaga, Seberang Perai Utara. Kawasan-kawasan ini juga menjadi destinasi persinggahan untuk beribu-ribu ekor burung yang terdiri dari beratus-ratus spesies pada setiap tahun.

Sementara itu, di Teluk Air Tawar - pantai Kuala Muda juga merupakan satu kawasan yang penting bagi persinggahan burung-burung di mana pencinta burung mendapat beberapa spesis burung yang jarang ditemui telah dilihat di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini. Pemerhati burung dari Jepun dan Korea juga sering melawat tempat-tempat ini untuk aktiviti memerhati burung. Jika kawasan itu dipromosikan sebagai tempat eko pelancongan, ia akan menarik pencinta alam semula jadi dari seluruh dunia dan menjadikan Seberang Perai sebuah destinasi eko-pelancongan utama di rantau ini.

Dengan menjadikan eko-pelancongan sebagai salah satu produk pelancongan, Pulau Pinang akan menjadi destinasi utama para pelancong dengan kepelbagaian produk pelancongannya. Dengan harapan tersebut, saya dengan ini merasmikan Eko-Tourism Forum: Seberang Perai’s Potentiality pada hari ini.
Sekian, terima kasih.