SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,
YAB TUAN LIM GUAN ENG

SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) TAHUN 2015

12 DISEMBER 2015 (SABTU),
TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA


Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua,

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana memberi peluang dan ruang untuk kita semua bertemu pada hari ini, bersempena dengan Majlis Penyerahan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sesi Akademik 2015/2016 ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Zon Seberang Jaya bagi lepasan STPM / Matrikulasi/ Diploma dan setaraf.

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada 1,321 orang pelajar yang akan menerima cek bantuan pendaftaran pelajar ke IPT berjumlah RM1,000.00 dalam majlis pada hari ini. RM 1,000 diberikan tanpa kira kaum, agama dan yang penting sekali latar belakang politik. Asalkan anda adalah anak negeri Pulau Pinang, RM 1,000 tetap akan diberikan.

Turut dirakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa penerima yang telah memainkan peranan yang cemerlang dalam memastikan kejayaan anak masing-masing. Kita berasa amat bersyukur kerana program bantuan ini dapat diteruskan pada setiap tahun dan statistik penerima juga telah bertambah dari tahun ke tahun sejak 2011 :
Daerah Timur Laut - 2,986 penerima (RM2,986,000.00)
Daerah Barat Daya - 1,511 penerima (RM1,511,000.00)
Seberang Perai Utara - 3,045 penerima (RM3,045,000.00)
Seberang Perai Tengah - 3,508 penerima (RM3,508,000.00)
Seberang Perai Selatan-1,482 penerima (RM1,482,000.00)
Jumlah Keseluruhan : 12,532 penerima (RM12,532,000.00)
Kerajaan negeri mampu buat pembayaran kerana jalankan pentadbiran bersih. Kerajaan Negeri telah mencatat lebihan Bajet setiap tahun malah lebihan Belanjawan sejak tahun 2008 adalah sebanyak RM507 juta dalam tempoh 7 tahun iaitu dari tahun 2008 – 2014 di mana angka ini jauh lebih baik berbanding tempoh 50 tahun sebelum ini iaitu dari tahun 1957 – 2007 sebanyak RM373 juta.

Program pemberian bantuan pendaftaran pelajar ini bermula pada tahun 2008 dengan bantuan sebanyak RM500.00 kemudian ditingkatkan kepada RM1,000.00 bermula pada tahun 2011. Ini adalah bayaran kerajaan negeri yang tertinggi kepada mahasiswa di Malaysia.

Untuk meringankan bebanan kos tanggungan pengajian yang kian meningkat kerana adanya GST, Kerajaan Negeri juga telah mengecualikan pembayaran cukai pintu kepada semua pemilik rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah di Pulau Pinang.

Dalam pada masa yang sama, rakyat Pulau Pinang juga telah dikecualikan daripada membayar GST untuk perkhidmatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Ini akan menjimatkan rakyat RM32 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk dibayar kepada Kerajaan Persekutuan. Tanpa melaksanakan GST Kerajaan Negeri pun mampu mengecualikan bayaran cukai pintu dan tidak jadi bankrap.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada urusetia dan warga Pejabat Daerah dan Tanah di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan majlis ini. Saya, berserta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa, waris dan kesemua pelajar kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran dan bertuah kerana turut menerima bantuan kewangan ini bagi meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa serta waris para pelajar yang terlibat.
Sekian, terima kasih.

 

SEMPENA ANUGERAH JKKK TERBAIK NEGERI PULAU PINANG 2015

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

TEKS UCAPAN YAB TUAN LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA ANUGERAH JKKK TERBAIK NEGERI PULAU PINANG 2015
10 Disember 2015 8 Malam

Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua yang dapat berkumpul pada hari ini sempena Anugerah JKKK Terbaik Negeri Pulau Pinang 2015. Hari ini kita dapat menyaksikan sebanyak 15 buah JKKK daripada keseluruhan 293 buah JKKK yang akan naik ke pentas bagi menerima Anugerah JKKK Terbaik daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai penghargaan kepada mereka.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.

Sesungguhnya, Kerajaan Negeri amat berterima kasih kepada semua pimpinan JKKK Negeri Pulau Pinang di atas kesediaan menerima amanah yang diberikan selaku wakil perantara Kerajaan Negeri dengan rakyat di peringkat bawah. Tanpa komitmen yang tinggi daripada JKKK, segala dasar Kerajaan Negeri tidak akan dapat disalurkan dengan baik dan berkesan.

Selain itu, inspirasi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat dapat direalisasikan dengan adanya kerjasama daripada semua pihak termasuk JKKK yang merupakan agensi Kerajaan Negeri yang paling hampir dengan rakyat.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli JKKK daripada parti PAS yang berkhidmat untuk Kerajaan Negeri selama ini sebelum mereka kesemuanya meletakkan jawatan secara beramai-ramai sepertimana yang diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan menghormati pengumuman Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan semua ahli-ahli JKKK daripada parti PAS akan tamatkan perkhidmatan kepada Kerajaan Negeri pada 31 Disember 2015.

Selain itu, JKKK perlu memainkan peranan penting untuk menangkis fitnah jahat dan tohmahan melulu daripada parti lawan. Di kalangan orang Melayu, kami dipersalahkan keluarkan lesen judi, di kalangan orang Cina, kami dipersalahkan kerana enggan keluarkan lesen nelayan sungguhpun lesen judi dan nelayan dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Di kalangan orang India, pula kami dipersalahkan robohkan Kampung Buah Pala sungguhpun ia adalah hasil arahan perintah mahkamah dan kerajaan negeri telahpun berjaya kekalkan Kampung Buah Pala dengan menggantikan rumah dua tingkat yang diberikan kepada penduduk. Mereka yang buat fitnah ini sudah tidak kenal malu dan rakyat harus jauhkan diri daripada golongan perosak ini.

Sekarang timbul pula isu tebus guna laut oleh parti lawan. Kerajaan Negeri Pakatan Harapan hanya meluluskan 60 ekar berbanding dengan 3241 ekar oleh Kerajaan BN dahulu. Kerajaan Negeri akan serahkan kepada rakyat untuk putuskan samada menerima tebusguna tanah baru yang besar untuk bina sistem LRT dan sistem pengangkutan awam yang bernilai RM 27 billion. Kerajaan negeri juga sedia mendedahkan semua surat perjanjian konsesi tebus guna tanah bukan macam Kerajaan BN. Semua ahli-ahli JKKK juga perlu berdisiplin dan berpegang teguh kepada keputusan yang dibuat secara kolektif atau bersama dalam mesyuarat. Janganlah bersikap macam sesetengah pemimpin seperti gunting dalam lipatan, dengan bersetuju dalam mesyuarat tetapi menentang di luar.

Harapan saya, semoga barisan kepimpinan JKKK ini terus memberikan yang terbaik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dan semoga dengan Anugerah JKKK Terbaik yang diperolehi dapat memberi keazaman yang kuat untuk terus maju ke hadapan. Di kesempatan ini saya merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada semua pengerusi, setiausaha dan ahli jawatankuasa yang telah menerima penghargaan ini.
Sekian, terima kasih.

 

SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI TANDAS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2015

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI TANDAS SEDUNIA

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2015

PADA 10 DISEMBER 2015
DI MBPP, TOWN HALL

Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai kerana telah berjaya menganjurkan Kempen Tandas Bersih Negeri Pulau Pinang. Terima kasih juga kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan Quality Restroom Association of Malaysia (Q-RAM) Pulau Pinang yang turut membantu Kerajaan Negeri dalam menjayakan kempen ini.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

Kebersihan tandas bukanlah sesuatu perkara yang harus dipandang enteng. Amat mengecewakan apabila masih terdapat rungutan mengenai tandas awam yang tidak diselia dengan sempurna. Adalah tidak adil sekiranya kita membelanjakan wang rakyat bagi memberikan kesedaran tentang peri penting kebersihan tandas, namun pengakhirannya mentaliti masyarakat masih di takuk lama.

Kita perlu ingat sekiranya Pulau Pinang ingin berjaya menjadi sebuah negeri yang bertaraf antarabangsa dan pintar, maka taraf tandas juga mesti bertaraf antarabangsa. Adalah penting bagi kita untuk memastikan generasi akan datang hidup dalam persekitaran yang berkualiti dan bersih.
Selain dari memastikan kebersihan tandas awam, saya juga ingin menyeru semua pihak untuk turut sama mementingkan aspek tandas yang mesra pengguna khususnya kanak-kanak, wanita dan orang berlainan upaya (OKU).

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

Dengan mengekalkan tema “Tandas Bersih, Rakyat Selesa, Pulau Pinang Sejahtera”, Kerajaan Negeri sentiasa beriltizam untuk memastikan kesihatan rakyat Negeri Pulau Pinang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Sebagaimana World Toilet Organization (WTO) telah memilih 19 November pada setiap tahun untuk meraikan Hari Tandas Sedunia, maka Kerajaan Negeri juga bersedia menjadi role model dalam menyediakan persekitaran tandas yang bersih dengan membuat penambahbaikan ke atas tandas-tandas awam yang sedia ada di negeri ini.

Bagi memastikan hala tuju kempen tandas bersih negeri lebih bermatlamat dan memberi kesan langsung kepada masyarakat, Kerajaan Negeri akan terus memperkemaskan Strategi 4P iaitu Strategi Pemulihan, Strategi Pengiktirafan, Strategi Pendidikan Awal dan Strategi Pemantauan dan Penguatkuasaan. Pelaksanaan Strategi 4P ini akan berlandaskan kepada inisiatif Cleaner, Greener, Safer & Healthier Penang yang memberikan penekanan kepada kriteria-kriteria yang telah digariskan oleh PBT. Tumpuan akan diberikan kepada tandas-tandas awam yang terletak di kawasan tumpuan pelancongan. Manakala bagi masyarakat pula, saya mencadangkan Prinsip 3K dipegang iaitu Kesedaran (tentang perkara asas iaitu kebersihan harus bermula di rumah), Kepedulian (mengambil berat hal-hal berkaitan kebersihan) dan Kesediaan (untuk membantu Kerajaan Negeri dalam nenyediakan persekitaran yang kondusif).

Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan institusi swasta dan NGO-NGO berkaitan dalam memberikan pendidikan dan kesedaran secara konsisten kepada rakyat Pulau Pinang. Usaha penting ini amat signifikan membentuk perancangan jangkamasa pendek dan panjang.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

Saya ingin berterima kasih kepada semua peserta dan panel penilai yang terdiri daripada PBT, pelbagai syarikat, organisasi kerajaan, sekolah dan lain-lain kerana telah menjayakan program tandas ini dan juga mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang telah dipilih. Saya dimaklumkan sebanyak 8 kategori dipertandingkan pada tahun ini. Saya berharap, pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini akan meningkatkan kesedaran pengguna dan menjadi pemangkin kepada pemenang untuk terus menyediakan kemudahan tandas yang bersih dan mesra pengguna.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kempen ini bagi tahun 2015. Saya dengan ini merasmikan Majlis Sambutan Hari Tandas Sedunia 2015 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

 

REOPENING OF ANCESTRAL TEMPLE & OFFICIAL OPENING OF INTERPRETATION CENTER

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 Speech of YAB Lim Guan Eng

REOPENING OF ANCESTRAL TEMPLE & OFFICIAL OPENING OF INTERPRETATION CENTER

A very Good morning to everyone.


Today, Wednesday the 9th Dec in the year 2015, we are gathering here - guests from home and overseas - to celebrate the reopening of Cheah Kongsi's ancestral temple and the opening of its Interpretation Centre.

This is by far the most major restoration of the ancestral temple since its establishment and many efforts have been made to bring back the glory of this temple. Materials have particularly been chosen to match the materials of used when the temple was originally built and the structure of the building has also been preserved. To restore the original structure and details, the Cheah Kongsi even brought in artisans from China to carry out the traditional craftmanship such as "Jian Nian".

Not only that, Cheah Kongsi also set up an Interpretation Centre which is among the first in Malaysia, and this will accelerate the efforts of research into the history and culture of Chinese society here in Malaysia.

In line with the concept of a cleaner, greener Penang and the efforts of the Penang government to made Penang a more liveable city, the Cheah Kongsi has collaborated with the state government in many ways, especially in Arts, Culture and Heritage. It has generously allowed its properties to be painted by the artists and, as a reward, it has the very first famous wall mural on its wall at Armenian Street, ‘children on a bicycle’, and this will for certainly be written into the Cheah Kongsi’s rich history.

The Cheah Kongsi has even opened up its landscaped garden to the public, so the community will have a green place to spend their leisure time and hold some healthy activities.

In the core of George Town UNESCO World Heritage Site, clans associations own two third of the properties, this is in itself contribute to the unique skyline and streetscape of George Town. The city has come alive due not just our status as a UNESCO heritage city but also to the energy expertise and entrepreneurship of our clan assistance that contributed towards a revival. Witness Lonely Planet listing George Town as the 4th best to travel to city in the world!

Thank you Cheah Kongsi for spending RM900K over 2 years 9 months to complete the restoration. You have made Penang Proud!