MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA/IPTS) DAN POLITEKNIK TAHUN 2018 DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA/IPTS)

DAN POLITEKNIK TAHUN 2018 DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

 15 DISEMBER 2018 (SABTU)

DEWAN SERBAGUNA JAWI, SEBERANG PERAI SELATAN

 

Yang Berhormat Dato' IR. Hj. Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang

Yang Berhormat Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang

Yang Berhormat Dato’ Seri Hj. Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Ali bin Sebran
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berusaha Tuan Yazman bin Yahya
Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan

Yang Berhormat Tuan Goh Choon Aik
ADUN Bukit Tambun

Yang Berhormat Tuan H’ng Mooi Lye
ADUN Jawi

Yang Berhormat Dr. Amar Pritpal bin Abdullah
ADUN Sungai Bakap

Yang Berhormat Tuan Zulkifli bin Ibrahim
ADUN Sungai Acheh

Para pelajar yang diraikan

Para ibubapa dan waris

Yang Berbahagia Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

Salam sejahtera dan selamat petang.

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan kesyukuran kepada Tuhan kerana kita diberi peluang untuk berkumpul di petang yang mulia ini di sini bersempena dengan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) dan Politeknik Tahun 2018. Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada Urus Setia daripada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS) atas kejayaan penganjuran majlis yang penuh bermakna pada hari ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seramai 260 orang pelajar cemerlang di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang telah berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta Politeknik di seluruh negara. Syabas diucapkan. Kejayaan ini seharusnya menjadi pendorong untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Majlis yang diadakan hari ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk meraikan kejayaan anak Negeri Pulau Pinang yang cemerlang dalam bidang Pendidikan. Bantuan kewangan sebanyak RM1,000 diberikan kepada para pelajar yang akan mengikuti pengajian tertiari di IPTA / IPTS di Semenanjung Malaysia dan sebanyak RM1,200 pula diberikan kepada para pelajar yang mendapat tawaran belajar di Sabah dan Sarawak. Manakala, pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Politeknik diberikan bantuan pendaftaran sebanyak RM300.

Tuan-tuan dan Puan-puan Para Hadirin sekalian,

Kerajaan Negeri sentiasa menghargai warganya yang banyak menyumbang bakti dan menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang mereka kepada negeri Pulau Pinang. Sebagai buktinya, Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institusi Pendidikan Tinggi untuk tahun 2018 ini sahaja, Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah RM460,800 untuk membantu sejumlah 502 orang pelajar di daerah Seberang Perai Selatan. Sesi pertama telah diselesaikan pada 21 September 2018 yang lalu melibatkan 242 orang pelajar. Sesi kedua pada hari ini akan melibatkan seramai 260 orang pelajar.

Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar terutamanya ibu bapa serta waris pelajar untuk menampung perbelanjaan yuran pendaftaran di IPTA / IPTS dan Politeknik. Kerajaan Negeri sedar akan kepentingan Pendidikan bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang akan menyumbang kepada kesejahteraan dan kelestarian sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri Pulau Pinang.

Tuan-tuan dan Puan-puan Para Hadirin Sekalian,

Sesungguhnya, Kerajaan Negeri sememangnya prihatin terhadap pelbagai aspek kebajikan rakyat negeri ini termasuklah dalam pembangunan modal insan masa hadapan Pulau Pinang yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Seterusnya, kumpulan ini diharapkan akan dapat kembali menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang yang lebih mampan seiring dengan harapan dan impian Penang 2030. Dalam tempoh 12 tahun akan datang, pelajar-pelajar ini telah berusia 30 tahun dan akan menjadi penggerak visi Pulau Pinang 2030: Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga yang Menginspirasikan Negara (Penang 2030: A Family Focused, Gree and Smart State that Inspires the Nation).

Tuan-tuan dan Puan-puan Para Hadirin Sekalian,

Selain dari itu, menerusi pelbagai Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (i-Sejahtera) yang merangkumi program Warga Emas, Waris Warga Emas, Ibu Tunggal, Waris Ibu Tunggal, Anak Emas, Pelajar Emas dan Ibu Emas sehingga 30 November 2018 yang lalu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4.877 juta yang telah memberi manfaat kepada 38,212 orang penerima bantuan di Daerah Seberang Perai Selatan.

Semasa Ucapan Belanjawan Negeri Pulau Pinang yang telah saya bentangkan pada 9 November 2018 yang lalu, Program i-Sejahtera telah dinikmati oleh hampir 1.6 juta rakyat negeri Pulau Pinang dengan jumlah bantuan kewangan yang diberikan sebanyak RM412.63 juta sejak ia dilaksanakan bermula tahun 2008. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa kajian semula wajar dilaksanakan bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM45 juta untuk program ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan Para Hadirin Sekalian,

Bagi memacu budaya Revolusi Industri 4.0 dalam Pendidikan bagi penduduk di Kawasan Seberang Perai, Kerajaan Negeri sedang membina sebuah perpustakaan digital yang dikenali sebagai Butterworth Digital Library (BDL) yang dijangka siap pada Oktober 2019 dengan kos keseluruhan sebanyak RM4.6 juta. Walaupun sektor Pendidikan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Negeri akan turut memberikan peruntukan sebanyak RM12 juta di bawah program bantuan pendidikan untuk beberapa kategori sekolah di negeri Pulau Pinang.

Adalah menjadi harapan saya dan juga barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yang baru ini agar kerjasama yang lebih erat dan baik dapat dijalinkan dengan Kerajaan Pusat yang baharu ini. Inilah masanya untuk kita melihat semula perancangan-perancangan yang tertangguh dan merealisasikannya mengikut kesesuaian semasa. Kita amat yakin bahawa Pulau Pinang akan terus berkembang dan seterusnya dapat membina reputasi sebagai pusat kecemerlangan untuk menarik minat bakat-bakat baru dan terbaik selaras dengan revolusi digital IR4.0, meningkatkan pelaburan dalam bidang baharu dan merealisasikan impian untuk keluarga hidup dalam persekitaran yang bersih, hijau dan selamat serta memiliki peluang Pendidikan dan pekerjaan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada petang ini, saya amat berharap agar kita dapat bersama-sama berusaha dan bekerjasama untuk menggembleng tenaga, menyumbang idea dan bakat demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pulau Pinang tercinta ini. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya pada hari ini.

Akhir kata, dengan sukacita saya merasmikan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) dan Politeknik Tahun 2018 bagi Daerah Seberang Perai Selatan.

Sekian, terima kasih.

42TH PENANG GOSHIN RYU KARATE ASSOCIATION CELEBRATION DINNER

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

SPEECH BY CHIEF MINISTER OF PENANG
FOR 42TH PENANG GOSHIN RYU KARATE ASSOCIATION CELEBRATION DINNER

13 December 2018 (8.30pm)
Gurney Resort Hotel, Penang

 

YB Soon Lip Chee
State Exco Chairman Youth & Sports

YB Ong Ah Teong
State Assemblyman Batu Lancang

Dato Patrick Lim
President Penang Goshinryu Karate Association

Datuk Soke Clement Soo & Datin Soo

Dato Ong Poh Eng
Vice President OCM

Distinguished guest

Ladies and gentlemen.

A very good evening to all of you.

I understand that tonight is a very special and memorable occasion where we celebrate the 42 years anniversary of Penang Goshinryu Karate. At the same time I am informed that we are having the Karate training camp which began yesterday morning.

There is a total of 250 participants. The participants not only consist of our own Penang athletes and coaches, but we also received good response from other states. Foreign athletes and coaches from Indonesia, Sri Lanka, Dubai, and our very own Polis DiRaja Malaysia are taking part as well.

I am very happy to see such a big gathering of Karate exponents here tonight. I believe that this is a proof of the continuous dedication and commitment of our Penang Karate coaches and athletes in producing successful athletes who brought honours to the state at International platform such as SEA Games, Asian Games and World Championships.

In the just concluded SUKMA Perak, Penang emerged as the overall champion again in Karate. This is the 10th SUKMA series that Penang has consecutively hold on to the overall champion title.

I’m sure this amazing feat would not have been possible without the ongoing programs and promotions regularly conducted by the Karate fraternity in Penang. As mentioned by Dato Patrick, Karate is not just a Martial Art but a way of life too. I believe it has become an institution in grooming individuals to be respectful and disciplined in their daily life.

My heartiest congratulations and best wishes to Penang GoshinRyu Karate for being here for last 42 years and I’m sure it will continue to prosper and progress for many more years to come.

Thank you all the Karatekas and not forgetting the wonderful parents who had made the right decision to enrol their children to take up Karate as a sport.

Thank you.

MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KEPADA PEMENANG-PEMENANG PINGAT SUKAN ASIA KE-18 JAKARTA 2018 DAN SUKAN PARA ASIA JAKARTA 2018

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KEPADA PEMENANG-PEMENANG PINGAT

SUKAN ASIA KE-18 JAKARTA 2018 DAN SUKAN PARA ASIA JAKARTA 2018

12 DISEMBER 2018
BILIK GERAKAN, TINGKAT 28, KOMTAR

 

YB Soon Lip Chee
EXCO Belia dan Sukan

Encik Federick Tan
Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Wakil-wakil Persatuan Sukan

Para atlet yang diraikan

Para Ibubapa atlet-atlet

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Salam Sejahtera.

Pada hari ini, kita mengalu-alukan kehadiran atlet Pulau Pinang yang telah mewakili kontinjen Malaysia yang telah berjaya merangkul pingat sempena Kejohanan Sukan Asia Ke-18 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada 18 Ogos hingga 2 September 2018 dan Kejohanan Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia yang telah berlangsung pada 6 hingga 13 Oktober 2018 baru-baru ini.

Saya dimaklumkan terdapat lapan (8) orang atlet Pulau Pinang yang menyertai Kejohanan Sukan Asia Ke-18 dan telah berjaya menyumbang 3 pingat emas, 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa daripada keseluruhan 7 pingat emas, 13 pingat perak dan 16 pingat gangsa yang telah dimenangi oleh kontinjen negara.

Manakala untuk Kejohanan Sukan Para Asia 2018 pula, dua (2) daripada 7 orang atlet Para Pulau Pinang yang mewakili kontinjen negara telah berjaya memenangi 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa daripada keseluruhan 17 pingat emas, 26 pingat perak dan 25 pingat gangsa.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh kesemua atlet Pulau Pinang yang telah mengambil bahagian dan sekaligus telah mencipta kemenangan di sana. Tahniah dan syabas kepada kesemua.

Oleh itu, pada hari ini Kerajaan Negeri sangat berbesar hati untuk menyampaikan insentif kejayaan di bawah Skim Insentif Kemengan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SKIMAS) kepada kesemua atlet yang telah mengharumkan nama Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya di kejohanan sukan bertaraf antarabangsa ini.

Insentif ini telah diperkenalkan pada tahun 2014 bertujuan untuk meningkatkan, menggalakkan serta memberi motivasi kepada atlet-atlet Pulau Pinang yang mewakili negara Malaysia di sukan-sukan bertemasya peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh badan induk sukan di Malaysia.

Oleh itu, hari ini sejumlah RM81,200 akan dianugerahkan kepada para pemenangan pingat untuk kedua-dua kejohanan ini. Jumlah besar yang akan dianugerahkan bagi pemenang pingat Sukan Asia Ke-18, Jakarta Palembang 2018 adalah sebanyak RM63,800.00. Manakala jumlah besar yang akan dianugerahkan bagi pemenang pingat Sukan Para Asia, Jakarta 2018 pula adalah sebanyak RM17, 400.00.

Akhir kata, saya berharap kejayaan ini akan menjadi titik permulaan kepada kita semua untuk terus mengorak langkah dan mencipta kemenangan yang lebih besar pada masa hadapan dan seterusnya menjadi pemangkin kepada atlet-atlet untuk sama-sama memajukan pembangunan sukan negeri ini ke landasan yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.