BERKENAAN PELAKSANAAN PELAN INDUK PENGANGKUTAN BERSAMA DENGAN AHLI MAJLIS DAN JKKK SEBERANG PERAI

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI
BERKENAAN PELAKSANAAN PELAN INDUK PENGANGKUTAN
BERSAMA DENGAN AHLI MAJLIS DAN JKKK SEBERANG PERAI

20 Januari 2016
8 malam
Auditorium MPSP


Pada hari ini kita semua akan mendengar satu penerangan berkenaan pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bersama dengan SRS Consortium sebagai rakan penyampaian projek Kerajaan bermula sekarang sehingga tahun 2050. Tuan-tuan dan Puan-puan semua bolehlah mengajukan soalan dan pendapat selepas sesi penerangan ini berlangsung selepas ini.

Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius isu kesesakan jalan dan sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang semenjak memerintah negeri ini pada tahun 2008. Kerajaan Negeri telah memulakan inisiatif untuk menjalankan kajian menyeluruh berkenaan keadaan semasa sistem pengangkutan dan lalulintas di Pulau Pinang. Pada bulan Mei 2011, Kerajaan Negeri telah memulakan satu kajian yang dinamakan Kajian Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP).

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Pulau Pinang kini sedang menghadapi masalah utama yang terdiri daripada 3C iaitu Crime (Jenayah), Cleanliness (Kebersihan) dan Congestion (Kesesakan). Masalah ini makin meruncing dengan kemasukan para pelabur dan pelancong ke negeri ini. Negeri Pulau Pinang telah mencatat pelaburan sebanyak RM48.2 bilion dari tahun 2008-2014 berbanding RM24.9 bilion sahaja pada tahun 2001 – 2007. Peningkatan sekali ganda pelaburan ini turut mendorong pertambahan jumlah pelancong.

Sebagai contoh, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dengan kapasiti 6.5 juta pelancong yang patut dicapai pada tahun 2020 telahpun dicapai pada tahun 2015. Ini menunjukkan Pulau Pinang telah mencapai jumlah pelancong yang begitu memberangsangkan dan mendorong kepada kesesakan lalu lintas yang teruk. Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan selain melaksanakan Kajian Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP).

Kerajaan Negeri terpaksa memulakan langkah ini setelah Barisan Nasional (BN) enggan menunaikan janji yang dibuat sebanyak 3 kali untuk membina sistem LRT. PIP dengan sistem LRT yang disyorkan di bawah Barisan Nasional (BN) adalah berbeza kerana PIP merangkumi keseluruhan Pulau Pinang di mana ia tidak tertumpu di bahagian Pulau sahaja tetapi merangkumi bahagian Seberang Perai melalui Butterworth, Perai, Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Batu Kawan.

Bernilai hampir RM27 bilion, ia bukan sahaja pemangkin pertumbuhan ekonomi tetapi juga wadah perpaduan rakyat kawasan Pulau dan Seberang.

Kajian PIP ini mengambil masa selama 16 bulan untuk disiapkan sepenuhnya. Kajian ini merangkumi keseluruhan bahagian Pulau dan Seberang Perai. Hasilnya ialah pendekatan seimbang yang menggabungkan pembinaan lebuhraya baru dan pembinaan sistem pengangkutan awam yang berintegrasi. Hasil daripada kajian PIP ini juga terbahagi kepada 5 komponen utama iaitu :

1. Pembinaan Lebuhraya (Highway Strategy)
2. Pembinaan sistem pengangkutan awam (Public Transport Strategy)
3. Kebolehsampaian (Accesssibility)
4. Kajian pengangkutan air (Water Study)
5. Pembangunan institusi (institutional Plan)

Kajian ini telah diterima sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri pada 25 Mac 2013 dan telah menjadi dokumen rasmi Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan oleh semua agensi serta jabatan yang terlibat. Bermula dari tahun 2013 lagi Kerajaan Negeri telahpun mula melaksanakan strategi di dalam PIP. Ini termasuklah dengan melantik Zenith BUCG pada 6 Oktober 2013 bagi melaksanakan 3 projek lebuhraya dan satu pembinaan terowong bawah laut. Ini merupakan RFP pertama Kerajaan Negeri bagi pelaksanan PIP ini. Selepas itu, Kerajaan Negeri berpendapat bahawa kaedah bagi melaksanakan strategi lain dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang perlu dijalankan secara menyeluruh. Pada bulan Mei 2014, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan strategi pelaksanaan PIP menggunakan konsep Project Delivery Partner (PDP). Ini jelas membuktikan Kerajaan Negeri begitu komited untuk melaksanakan projek-projek yang memberi manafaat kepada rakyat Pulau Pinang.

Pada 8 Ogos 2014, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan RFP bagi pelaksanaan keseluruhan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Sambutan yang diberikan amat luar biasa sekali. Sebanyak lebih 50 set dokumen tender telah terjual pada masa itu. Sesi taklimat juga mendapat sambutan yang mana penender memohon pelanjutan masa bagi penyerahan RFP mereka. Pada 16 Februari 2015, tempoh penyerahan RFP telah ditutup. Sebanyak 6 buah syarikat yang mengambil bahagian. Kerajaan Negeri bersama-sama pihak KPMG telah membuat penilaian terperinci terhadap setiap cadangan yang dikemukakan. Ini merangkumi aspek teknikal, kaedah pembiayaan dan tahap kebolehlaksanaan setiap projek yang dicadangkan. Kerajaan Negeri mengambil masa selama 6 bulan bagi menilai dan memilih penender yang berjaya.

Tanggal 14 Ogos 2015, secara rasminya Kerajaan Negeri mengumumkan melantik SRS Consortium sebagai PDP bagi pelaksanaan keseluruhan strategi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bermula sekarang sehingga tahun 2065 (50 tahun perancangan). Dengan pelantikan ini Kerajaan Negeri akan bekerja dengan lebih rapat bersama pihak SRS Consortium bagi memuktamadkan perjanjian fasa pertama pelaksanaan yang dijangka akan ditandatangani pada bulan Jun 2016. Ini termasuklah memuktamadkan jajaran LRT, Sky Cab dan Terowong bawah laut di persiaran Gurney. Fasa pertama pembinaan dijangka akan bermula pada tahun 2017 dan mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkan. Ini termasuklah menyiapkan 3 lebuhraya dan satu jajaran LRT dari George Town ke Airport.

Pada masa kini, Kerajaan Negeri telah mengorak langkah dengan memulakan sesi penerangan kepada semua pihak yang berkepentingan di Pulau Mutiara ini. Pelbagai sesi telah dijalankan dan akan dirangka bagi memastikan maklumat berkaitan pelaksanaan PIP ini benar-benar sampai dengan tepat kepada semua terutama rakyat Pulau Mutiara. Kerajaan Negeri akan sentiasa update apa jua perkembangan terhadap pelaksanaan PIP dari semasa ke semasa. Jawatankuasa Komunikasi Strategik yang diterajui oleh YB Chow Kon Yeow akan memastikan semua pihak mendapat info yang tepat dan memastikan setiap maklum balas yang diterima diambil kira sebelum keputusan akhir dibuat.

Dari segi pembiayaan kepada PDP pula, Kerajaan Negeri mencadangkan agar kaedah land swap digunakan. PDP telah membuat kajian lokasi yang sesuai adalah di selatan Pulau Pinang. Kawasan ini akan dibangunkan dan semua hasil jualan pembangunan tersebut akan digunakan bagi kos perkhidmatan PDP. Kawasan yang ditambak menjadi hak mutlak kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga mempunyai hak bagi memilih kontraktor dan pembekal yang berpotensi setelah dinilai oleh PDP. PDP akan membantu dari segi perolehan setiap projek yang terlibat dari awal hingga semua projek selesai. Sekiranya berlaku apa jua masalah yang timbul, PDP akan tampil untuk menyambung tugas-tugas berkenaan mengikut masa dan kos yang telah ditetapkan di dalam perjanjian kelak. Inilah salah satu faedah konsep PDP ini digunapakai oleh Kerajaan Negeri. Akhirnya nanti semua projek yang dirancang dapat diterjemahkan dan dapat dinikmati oleh semua rakyat Pulau Mutiara.

SRS Consortium akan memberikan penerangan lanjut mengenai pelaksanaan PIP ini sebentar lagi. Tuan/Puan bolehlah membuat pertanyaan terhadap sebarang kemusykilan berkenaan strategi pelaksanaan PIP bermula sekarang hingga tahun 2065.

Sekian, terima kasih.

 

Penang International Property Summit 2016

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

Chief Minister’s Speech
Penang International Property Summit 2016
8 January 2016

I wish to congratulate the organizer of this event, the Penang State Housing Committee for organizing this second installment of the Penang International Property Summit, at the SPICE Arena.

This summit is a testament to our motto of being Competent, Accountable and Transparent (CAT), the axis upon which we have administered our state.

The Penang State Government has continued engaging with all stakeholders in the property sector in Penang, from the developer to the consumer.

Since we took over the reigns of administration in Penang in 2008, I am confident that I am correct when I say that there has been much positive changes in Penang, which has made Penang in turn, one of the most attractive states to live in and invest in, where property is concerned.

As a result of our CAT governance, which abhors corruption and which prioritizes good governance and clean leadership, citizens throughout Malaysia and even outside of Malaysia, want a piece of the pie in Penang.

This however, has led to Penang seeing, in the recent years, a rise in property prices. The Penang State Government is clearly aware of this phenomenon and in order not to become the victims of our success, we have prioritized the provision of public and affordable housing to Penangites in particular.

In this regard, I am certain all those attending this Summit, are aware of the various affordable housing guidelines that exists in Penang, whereby incentives are given to developers who partake in the state government’s affordable housing initiative.

I would like to commend the private sector who have joined our initiative, especially having regard to the complete failure by the Federal Government to provide affordable housing to Penang under the various Federally initiated affordable housing programmes.

I remember PM Najib Razak announcing that 9,999 units of affordable housing would be built in the constituency of Air Itam and Air Putih, my constituency on the eve of GE13. Clearly, that proved to be but an empty promise.

To-date, it is disappointing to note that despite Penangites being the third highest tax payer in the country whereby last year alone, we have paid a sum of RM6.3 billion, only a mere 2% of that amount has been re-channeled back to Penang. In any event unfortunately, not a single cent, for public affordable and housing.
This is why a Summit like this, is very important, because the Penang State Government engages with the private sector in its Public-Private Partnership mode, so as to listen to the private sector as to how we can enhance the delivery system of housing in particular, of affordable housing to Penangites.

We are all ears to your constructive suggestions and inputs, and I am confident to say that the said suggestions and inputs will be taken into consideration by the State Government and may be even implemented as policies and guidelines.

This is evidenced by the first PIP Summit held last year, whereby I am certain you are aware, several suggestions and inputs by the private sector had in fact not only been considered, but have been implemented, as you have been briefed just now by YB Jagdeep.

In the last quarter of 2015, the State Government having cognizance of the economic crunch facing developers, have addressed their difficulties by allowing corporate guarantees to be accepted for payments of contributions, as opposed to bank guarantees which was hitherto the practice.

However, in order to curb any form of abuse towards this guideline, we have imposed several strict conditions, which include, amongst others, the requirement for a joint and several guarantee to be submitted by the directors and shareholders of the respective companies and also for a registrar's caveat to be entered into the lands being developed.

This is an example of how the Penang State Government is sensitive to the difficulties being faced by the developers, and it is hoped that by introducing such new measures, they will be able to continue with their affordable housing initiatives, which in turn, will generate economic growth for Penang.

Touching on this aspect, whereby we are sensitive to the needs from the angle of the developers, the Federal Government must forthwith approve all outstanding Advertising Permit and Developers' License (APDL) by Penang developers. By not so approving them, the Federal Government is economically sabotaging, not only developers from Penang but all Penangites as a whole, as the housing industry, as far as any one particular housing development is concerned, involves some 140 industry players.

In my new year’s address, I dubbed 2016 as the ‘Transformational year”. I note YB Jagdeep’s new year’s address where housing was concerned was dubbed ‘The year of delivery of housing in Penang’.

In this regard, when I mention transformation it refers largely to the RM27 billion Transport Masterplan (TMP) – a five-in-one “big bang” approach towards resolving traffic congestion involving buses, taxis, cable-car, watertaxis/ferries and LRT/monorail. It would also encompass transformation in the housing and property sector, whereby we see a realization, commencing this year onwards, of the various people-centric policies that have been introduced by the Penang State Government prior to this.

Although it has been a challenging 2015, and economic pundits prospect that 2016 will be equally if not, more challenging, I am confident that Penang, with its continued vision of being an international and intelligent city, coupled with governance Competency, Accountability and Transparency, will be able to weather 2016, even where the housing and property sector is concerned.

Based on Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) approvals for construction projects, the Gross Development Value was RM RM3,565,075,900.00 in 2014. For the first half of 2015, the GDV of approved projects was RM1,981,540,000.00 clearly indicating that 2015 will easily exceed 2014. This shown that the construction industry is still recording strong growth in Penang despite prevailing economic downturn in Malaysia.

Penang will continue to be an attractive place to invest in and at the same time, the Penang State Government will continue to prioritise the provision of affordable housing to Penangites, so that we will be able to fulfill our aspiration of “Satu Rumah, Satu Keluarga” for Penangites.

 

MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PENERIMAAN JAWATAN AHLI MAJLIS-AHLI MAJLIS MPSP 2016

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

 

TEKS UCAPAN

YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG
MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN PENERIMAAN JAWATAN
AHLI MAJLIS-AHLI MAJLIS MPSP 2016
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
8 JANUARI 2016 (JUMAAT), JAM 9:00 PAGI
DI DEWAN KENANGA, MPSP

Selamat pagi dan salam sejahtera.
....................................................................................................................

Terima kasih kerana telah diberi kesempatan berjumpa sekali lagi di dalam Dewan Kenanga, MPSP dalam Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis tahun 2016.

Di pagi yang mulia ini ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis atas perlantikan mereka. Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Majlis yang tamat perkhidmatannya.

Saya juga mengharapkan kerjasama yang terbaik terjalin diantara Ahli Majlis dengan pegawai-pegawai MPSP di dalam menjalankan tugas harian kerana hubungan ini akan dapat memantapkan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

Hadirin sekalian,
MPSP mengamalkan perbelanjaan berhemah dan urus tadbir berasaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus). Ini bermakna segala hasil yang dikutip daripada rakyat akan digunakan untuk membiayai perkhidmatan yang terbaik dan pembangunan kepada pembayar cukai. Majlis telah berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang membanggakan dengan mencatatkan lebihan dalam penyata kewangan untuk tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM4.15 juta untuk tahun 2012, RM2.74 juta untuk tahun 2013 dan RM0.17 juta untuk tahun 2014.

Dalam usaha untuk meningkatkan penyediaan kemudahan awam, MPSP akan melaksanakan beberapa projek pembangunan berdasarkan hasil atau matlamat yang boleh dicapai (outcome-based budgeting). Peruntukan kewangan sebanyak RM1.18 juta telah dirancang untuk digunakan daripada Wang Sumbangan Menggantikan Penyediaan Kemudahan Awam (Tapak dan Bangunan Penjaja) pada tahun 2016 bagi tujuan berkenaan yang merangkumi projek menaiktaraf pasar-pasar awam, kompleks makanan dan tapak penjaja untuk keselesaan orang awam yang akan diteruskan lagi.

Pada amnya, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah diuruskan secara sepenuhnya oleh kakitangan MPSP yang kini dilaksanakan oleh anggota seramai 2508 orang bagi memenuhi hasrat menjaga kebajikan rakyat tempatan.

Bagi tahun 2012, GDV yang diluluskan adalah RM 2,512,956,400.00. Bagi tahun 2013, GDV yang diluluskan adalah RM1,669,385,182.00. Bagi tempoh Januari sehingga Disember 2014, MPSP telah meluluskan projek-projek pembangunan hartanah bagi seluruh Seberang Perai yang menghasilkan GDV berjumlah RM 483,880,000.00. Manakala, bagi tempoh Januari sehingga November 2015 pula, GDV yang dihasilkan mengalami pertumbuhan menggalakkan iaitu berjumlah RM826,300,000.00. Jumlah keseluruhan dari tahun 2012 hinnga November 2015 adalah RM 5,492,521,582.00. Ini menunjukkan bahawa sektor pembinaan di Seberang Perai terus berkembang pesat dan pertumbuhan ekonomi sangat memberangsangkan.

Dalam menyahut inisiatif Kerajaan Negeri bagi mewujudkan Seberang Perai yang lebih bersih, indah, selamat dan sihat, program-program penghijauan akan diteruskan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi tahun 2016. Secara keseluruhan, peruntukan sebanyak RM 3.2 juta telah disediakan bagi tujuan tersebut yang meliputi kerja-kerja penanaman pokok-pokok teduhan, cadangan bagi menaiktaraf taman-taman rekreasi awam serta kawasan lapang, penyelenggaraan taman-taman permainan serta pemasangan kemudahan alatan senaman (outdoor gym). Selain itu, projek pengindahan landskap secara Corporate Social Responsibility (CSR) akan turut dipergiatkan sepanjang tahun 2016 dimana sebanyak 32 buah lokasi telah dikenalpasti untuk tajaan mana-mana pihak swasta yang berminat.

Bagi tujuan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat, sepanjang 18.6km laluan utama telah dikenalpasti dari Pantai Bersih ke Kuala Muda melalui Telok Air Tawar untuk dijadikan sebagai laluan berbasikal yang berkonsepkan 'road sharing'. Ini adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi secara berterusan di Seberang Perai. Sebanyak RM 50,000.00 telah diperuntukkan untuk tujuan pemasangan papan tanda berbasikal di sepanjang laluan tersebut. 

Peruntukan sebanyak RM3 juta telah disediakan untuk penyelenggaraan lampu jalan awam di seluruh Seberang Perai. Peruntukan sebanyak RM500,000.00 juga telah disediakan untuk tujuan menaiktaraf parit di kawasan Taman Senangin yang kerap dilanda banjir kilat. Melalui Program Bandar Selamat, pihak MPSP juga telah menyediakan sebanyak RM500,000.00 bagi melaksanakan pemasangan railing, laluan pejalan kaki, pemasangan lampu jalan dan tempat letak motorsikal berkunci di 4 lokasi yang telah dipilih iaitu Jalan Jenahak, Seberang Jaya, Taman Putri Gunung, Rumah Pangsa Desa Wawasan dan Rumah Pangsa Jalan Mohd Saad.


Bagi program Bandar Selamat, meskipun MPSP tidak termasuk dalam senarai PBT yang menerima peruntukan daripada Kementerian Dalam Negeri, tetapi MPSP telah memperuntukkan melalui Bajet MPSP tahun 2016 sebanyak RM 500,000.00 untuk pelaksanaan Program Bandar Selamat di kawasan Seberang Perai.

Bagi memantau kegiatan jenayah dan masalah trafik, sebanyak 110 buah kamera CCTV telah dipasang yang dapat dipantau dari pusat kawalan bangunan ibu pejabat MPSP di Bandar Perda dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan. Pada tahun 2016, peruntukan sebanyak RM2juta akan disediakan oleh Majlis bagi penyelenggaraan kamera-kamera CCTV.

Dalam usaha meningkatkan kualiti pembersihan parit monsun dan kolam takungan di seluruh Seberang Perai, MPSP telah menyediakan peruntukan sebanyak RM7.5 juta bagi menjalankan penyelenggaraan parit monsun dan kolam takungan.

Pada tahun ini Pulau Pinang akan melaksanakan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (Segregation At Source) mulai bulan Jun 2016 dan saya percaya kita dapat melaksanakannya dengan baik memandangkan kadar kitar semula MPSP sehingga November adalah 39%. Bagi meneruskan cabaran dalam pembersihan, pada tahun ini, sebanyak RM98.99 juta (peningkatan RM5 juta berbanding tahun lepas) diperuntukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kebersihan di Seberang Perai. Walaupun MPSP mempunyai tanggungjawab dalam memastikan Seberang Perai semakin bersih, tetapi kerjasama daripada penduduk juga diperlukan dalam aspek kebersihan.

Dari segi kawalan banjir, MPSP telah menyediakan RM11.51 juta (peningkatan RM3.42 juta) untuk tujuan penyelenggaraan rumah pam, parit monsoon, kolam takungan dan juga akan meneruskan projek kawalan banjir dengan peruntukan wang caruman yang akan dipohon dengan Jawatankuasa Tebatan Banjir Kerajaan Negeri.

Untuk mewujudkan sistem lalulintas yang lebih menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya, peruntukan sebanyak RM17.54 juta (peningkatan RM0.93 juta) untuk penyelenggaraan lampu isyarat, tempat letak kereta, pondok bas, pemasangan lampu dan papan tanda lalulintas.

Para hadirin sekalian,

Berhubung dengan dasar tukang masak tempatan, Kerajaan Negeri memandang serius akan perkara ini. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melipatgandakan usaha dan mengambil tindakan penguatkuasaan, termasuk membatalkan lesen ke atas penjaja, yang masih menggunakan khidmat tukang masak warga asing untuk memasak masakan tempatan.
Larangan dicadangkan hanya terpakai kepada orang asing dan bukan rakyat Malaysia dan hanya untuk gerai-gerai penjaja dan bukannya restoran/ hotel. Dengan pelaksanaan ini, kita akan mampu memelihara citarasa masakan tempatan Pulau Pinang yang sememangnya terkenal di serata dunia.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita perlu ingat bahawa semua kerja kita tidak akan berjaya tanpa semangat berpasukan. Marilah kita mengikis mentaliti silo kerana kerja bersama lebih bernilai daripada kerja seorang diri. Apatah lagi elaun tetap Ahli Majlis sudah pun dinaikkan daripada RM1500 kepada RM2500 sebulan menjadikan keseluruhan elaun Ahli Majlis RM4000. Kita harus berusaha kuat sehingga negeri Pulau Pinang menjadi negeri yang paling bersih, hijau, sihat dan selamat di Malaysia. Barulah Pulau Pinang boleh mencapai taraf negeri antarabangsa dan pintar.

Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan memperkenalkan 3A, B, C, D, E dan yang baru F sebagai panduan kepada semua Ahli Majlis. MPSP bertanggungjawab memberikan perkhidmatan 3A iaitu – yang Available (sedia ada), Accessible (mudah dapat), Affordable (berkemampuan). Ahli majlis mesti bersikap 3B – Bersih, Bijak, Berani untuk mengatasi 3 masalah utama 3C – Cleanliness, Crime, Traffic CONGESTION ,dan rela menjalankan kerja 3D – Difficult, Dirty, Dangerous kerana Kerajaan Negeri Pakatan Harapan adalah Kerajaan Negeri berjiwa rakyat yang 3E – Enable the people (perkasakan rakyat) , Empower the people (perkuasakan ratyat), Enrich the people (perkayakan rakyat). Ingat untuk jadi Ahli Majlis yang menjalankan kerja 3F- Fast (cepat), Firm (tegas), Friendly (mesra).

Sekian, terima kasih.