SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN PENGISYTIHARAAN BANDARAYA MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN PENGISYTIHARAAN BANDARAYA MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

4 APRIL 2015 8.30 MALAM

DI JALAN PADANG KOTA LAMA
_____________________________________________

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajjah Majimor binti Shariff kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Pengisytiharan Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sesungguhnya kehadiran Tun Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan cukup bermakna dalam menyerikan majlis yang cukup bersejarah pada malam ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur terutama Bahagian Kerajaan Tempatan di bawah kendalian YB Chow Kon Yeow yang bertindak selaku Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Dato' Seri Farizan bin Darus yang telah berjaya memulihkan status bandaraya kepada MBPP.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana pada 10 Mac 2015 yang lalu telah memperkenankan pengisytiharan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kepada Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP) berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Pengiktirafan ini adalah penuh bersejarah dan bermakna kerana dikembalikan balik status bandaraya yang telah hilang 40 tahun dahulu pada 1974.

Menyingkap kembali sejarah Pulau Pinang (Pulau) setelah dijajah oleh British pada tahun 1786, George Town merupakan pusat pentadbiran negeri bagi kawasan sekitar dan pulau serta seterusnya bagi keseluruhan negeri Pulau Pinang. Pada 1.1.1957 atas perintah Ratu Great Britain Elizabeth II, George Town mencipta sejarah dengan menjadi bandaraya pertama di Malaysia.

Malangnya status bandaraya George Town telah digugurkan apabila ia digabungkan dengan keseluruhan pulau untuk menubuhkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tahun 1974. Sememangnya, MPPP telah lama memenuhi semua kriteria untuk menjadi sebuah bandaraya, khususnya dua syarat utama yakni, pendapatan dari sumber kewangan yang mampan dengan hasil tahunan yang tidak kurang dari RM100juta dan bilangan penduduk sekurang-kurangnya 500,000 orang.

Untuk pengetahuan semua, Malaysia sudah mempunyai 12 bandaraya seperti Alor Star dan Kuala Terengganu yang telah diberikan status sedemikian.

Selain itu, MBPP ini juga telah menggerakkan usaha transformasi di dalam bidang perancangan strategik melalui beberapa pendekatan dengan pembangunan perancangan bandar yang mampan dan mesra alam sekitar. Selaras dengan “Program Cleaner, Greener, Safer dan Healthier Penang” yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri, Pihak Bandaraya George Town telah merangka beberapa cadangan projek penghijauan dalam kawasan Bandaraya untuk mencapai matlamat dan objektif program tersebut.

Pengiktirafan antarabangsa diperolehi pada 7 Julai 2008 apabila UNESCO menyenaraikan George Town sebagai Tapak Warisan dan Budaya Sedunia bersama dengan negeri Melaka. Ia dengan sendiri mengambil maklum usaha memelihara, melindungi dan mempromosi warisan unik dan unggul di rantau ini. Kini menerusi George Town World Heritage Incorporated (GTWHI), Tapak Warisan Sedunia George Town telah hidup semula dengan dinamik dan kreatif sehingga menarik perhatian dan minat badan-badan antarabangsa seperti Agan Khan Foundation.

Di samping itu, MBPP mulai dianggap sebagai hab budaya serta pusat kreatif seni, sastera dan lukisan di mana persembahan bertaraf antarabangsa George Town Festival dan Tropfest Short Film Festival serta pelbagai program yang diraikan telah mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia di peringkat antarabangsa. Bukit Bendera kini kian menjelma nama sebagai pusat peranginan bukit yang indah permai di Malaysia.

Dengan pengisytiharan MPPP kepada MBPP adalah diharapkan seluruh warga MBPP dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh berhemah dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang kian mencabar untuk memberikan perkhidmatan yang baik selaras dengan urustadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

Proses penarafan Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah membawa kepada penambahan perkhidmatan jawatan daripada 3576 jawatan kepada 3964 iaitu penambahan sebanyak 388.

Kerjasama yang berterusan daripada semua pihak telah berjaya menghapuskan persepsi dan tanggapan negatif yang pernah dilontarkan kepada negeri ini apabila digelar sebagai Negeri Darul Sampah pada suatu ketika dahulu oleh Mantan Perdana Menteri. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah membuktikan bahawa dengan menggunakan perkhidmatan dan orang yang sama dan sistem yang terancang serta urustadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), Pulau Pinang kini ditransformasikan kepada sebuah negeri yang bersih, hijau,sihat dan selamat. Pasti Negeri Pulau Pinang boleh bersih kerana Kerajaan Negeri bersih.

Saya percaya dengan komitmen dan iltizam warga MBPP yang mengamalkan perkhidmatan profesional dan cemerlang, kita dapat bersama-sama menggalas amanah murni dalam mentransformasikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya bertaraf antarabangsa dan pintar.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Bandar kita yang pertama, Yang Berbahagia Dato' Patahiyah binti Ismail.

Akhir kata, marilah kita sama-sama membulatkan tekad serta azam ke arah menjayakan kerajaan dan perkhidmatan berjiwa rakyat.

Sekian, terima kasih.

SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN CEK REPLIKA KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH MUBALIGH

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN CEK REPLIKA KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH MUBALIGH

3hb April 2015, 12:30 Tengahari
Auditorium C, Tingkat 5, KOMTAR

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato’/ Datin/ tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penyampaian Cek Replika kepada Sekolah-sekolah Mubaligh Negeri Pulau Pinang.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Penyelaras Hal Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh, PIBG serta Lembaga Pengarah Sekolah dan semua yang terlibat dalam memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan majlis yang cukup bermakna pada hari ini.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, ini merupakan tahun ketujuh majlis sedemikian diadakan sejak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengambil tampuk pemerintahan pada tahun 2008.

Sebanyak RM1,175,000 akan disalur kepada 20 buah sekolah Mubaligh di seluruh Pulau Pinang yang layak. Peruntukan sebanyak RM230,000 iaitu 20% daripada peruntukan keseluruhan telah disalur untuk membaiki kerosakan struktur sekolah seperti bumbung, siling dan tangki sekolah.

21% daripada peruntukan iaitu sebanyak RM 250, 000 adalah untuk membaiki struktur sekolah yang membahayakan keselamatan pelajar seperti pendawaian semula bagi bangunan yang uzur. Manakala pengindahan dan pengubahsuaian sekolah pula diberi peruntukan sebanyak RM60,000 (5%). Kerja-kerja menaiktaraf tandas dan perparitan sekolah merangkumi 14% (RM165,000) daripada jumlah peruntukan. Pembinaan pagar dan pintu diberi sebanyak RM 30,000 (3%) dan penaiktarafan bilik darjah, tapak sukan dan kantin pula adalah sebanyak RM440,000 (37%).

Saya difahamkan bahawa struktur bangunan Sekolah Mubaligh berada dalam keadaan yang agak membimbangkan. Bangunan bagi beberapa buah sekolah sudah berusia lebih daripada seratus tahun dan mengalami kerosakan struktur bangunan seperti bumbung dan pendawaian yang agak serius.

Walaupun pendidikan bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri, tetapi kita tetap memberikan sumbangan bantuan kewangan demi masa depan generasi muda kita kerana saya percaya pelaburan dalam pendidikan adalah perlu untuk masa depan yang lebih baik.

Halatuju Kerajaan Negeri adalah melahirkan modal insan yang berwibawa, berkaliber dan tahan lasak untuk menghadapi sebarang senario atau cabaran pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, seharusnya diingatkan wang yang disalurkan hanyalah bantuan tambahan dan tidak harus dianggap sebagai bantuan utama. Bantuan utama sepatutnya datang daripada Kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri telah mengambil 3 pendekatan untuk mengukuhkan sistem pendidikan kita:

1. Bantuan kewangan kepada Sekolah Persendirian Cina, SJKC, SMJK, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Rakyat untuk pembangunan sekolah.

2. Penerapan konsep pembinaan Pusat Pembelajaran STEM - Sains, Teknologi, Matematik dan pengajaran Bahasa Inggeris.

3. Menarik universiti bertaraf dunia serta menggunapakai sistem sekolah vokasional Jerman dalam syarikat-syarikat antarabangsa. Kami berharap menjadikan Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan pendidikan vokasional Jerman.

Akhir kata, demi merealisasikan matlamat menjadikan Negeri Pulau Pinang sebuah negeri maju, pintar dan bertaraf antarabangsa, syarat utama dalam agenda pembangunan negeri adalah pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi, dilengkapi dengan pengetahuan sains dan teknologi, kompeten dan berintegriti. Maka, marilah kita bersama-samalahberganding bahu menuju ke arah bagi mencapai kemajuan dan kesejahteraan.

Sekian, terima kasih.

PENANG FUTURE FOUNDATION Launching Ceremony

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

PENANG FUTURE FOUNDATION Launching Ceremony
1 April 2015
by
THE RIGHT HONOURABLE CHIEF MINISTER OF PENANG
MR. LIM GUAN ENG

[1] A very warm welcome to each of you. Against the onset of increasing expenditures and tightening of wallets for the man on the street, it is disheartening to admit that a child’s pursuit of tertiary studies will become an insurmountable concern for many families.

[2] On that note, it is my distinct pleasure to announce the launch of our very own Penang Future Foundation (“PFF”). PFF is a scholarship program made possible by generous donations from private sectors and donors, including the Penang Turf Club. The scholarships are awarded by the Penang State Government to outstanding and deserving Malaysian youths to pursue their undergraduate studies in selected fields, at reputable institutions of higher learning in Malaysia.

[3] Despite being the second smallest state in Malaysia, the Penang State Government –

(a) fully embraces the importance of inspiring and allowing our young Malaysian scholars, regardless of race, religion and gender, provided that they are below 25 years of age, to equip themselves with higher education;

(b) aims to provide our youths, with priority be given to Penangites and those from single, low to middle-income families, with ladders of opportunity and escalators to mobility as a foundation for a better future;

(c) is thoroughly committed in exploring initiatives and creating opportunities to stem the tide of brain drain currently plaguing our nation; and

(d) seeks to nurture Penang as a talent hub, by requiring the PFF sponsored scholars to work in Penang after successful completion of studies. This objective is critical in our vision to transform Penang into an international and intelligent city.

[4] Penang faces scarce or hardly any natural resources. Our economic prosperity and material success depend solely on our ability to build, retain, attract and utilise human talent. In short, Penang prospers or withers by our wits and wits alone.
[5] To continue sustainable economic prosperity requires higher productivity growth. Innovation is the key driver for future development. We must establish creative or innovation clusters. Penang has the ‘3Ts’ of talent, technology and tolerance of new ideas to nurture creative clusters.
[6] Talent requires our human resources to be skilled and knowledgeable, regardless whether they are from wealthy or poor backgrounds. The PFF aims to provide the capacity to train bright and promising talents for all Malaysians, particularly Penangites, regardless of race, religion, rich or poor.
[7] The State’s vision for a more prosperous Penang however, relies on the support and commitment from the individuals and parties forming the backbone of PFF –
(a) the Accounts Committee which is headed by the State Finance Officer in managing the fund;
(b) the Selection Committee in which I’m assisted by the following personalities –
(i) Y. Bhg. Dato' Seri Nazir Ariff;
(ii) Y. Bhg. Dato' Daisy Ooi;

(iii) Mr. Koon Yew Yin;

(iv) Mr. P. Ramakrishnan; and

(v) Ms. Loo Lee Lian;

(c) select industry leaders and members of the academia who will further support the Selection Committee in granting the scholarship awards; and

(d) Penang CAT Centre which operates as PFF’s Secretariat.

[8] I highly encourage our young Malaysians seeking to further their studies to visit PFF’s website, www.penangfuturefoundation.my. Interested applicants will get to know more information on the scholarship, including the eligibility requirements, fields of study offered and timelines involved. Scholarship holders will be required to serve in Penang for a stated period depending on the tuition fees awarded. The online application will be made available from 9th to 30 April 2015.
[9] In the meantime, I sincerely hope many more corporate players will step forward and contribute towards PFF as all monetary contributions will be tax-exempted. It is worth emphasising that the cornerstone of Malaysia’s future is made of how well we synergise our present resources. With more financial support, I trust PFF will consider extending our scholarship program in the near future for overseas admissions.

Ladies and gentlemen,

[10] Penang is already known as a location of choice for investors and tourists as well as a habitat of choice for a livable and sustainable environment. Let Penang also be known for our commitment towards maximizing human potential and optimizing opportunity amongst Malaysians for a better future.
[11] To win the future, society must invest in education. Today, we shape our future by investing in excellence and opportunity.

Thank you.