KURSUS “PENANG PARKINSON’S DISEASE UPDATE 2018”

Posted in Dari Meja Ketua Menteri

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB CHOW KON YEOW
SEMPENA KURSUS “PENANG PARKINSON’S DISEASE UPDATE 2018”

PADA 6 JULAI 2018

DI AUDITORIUM, HOSPITAL PULAU PINANG

Terima kasih saudari Pengacara Majlis.

YB. Dr Afif Bahardin, EXCO Kerajaan Negeri

Yg Berbahagia Dr Elizabeth AP Anthony
Timbalan Pengarah Kesihatan,Jabatan Kesihatan Negeri

Yg Berbahagia Dato Dr Norsidah Ismail
Pengarah Hospital Pulau Pinang

Yg Berusaha Dr. Eow Gaik Bee, 
Ketua Jabatan Neurologi, Hospital Pulau Pinang

Yg Berusaha Dr Kenny Tan
Pakar Neurologi Hospital Pulau Pinang merangkap

Penasihat Perubatan bagi Persatuan Penyakit Parkinson Pulau Pinang

Yang dihormati Dr Madelene Ong
President Persatuan Penyakit Parkinson Pulau Pinang

Yang dihormati En. Samuel Ng
President Persatuan Parkinson Perak

Ketua-Ketua Jabatan, Staf-staf kesihatan,rakan-rakan media dan para hadirin yang saya hormati sekalian,

Salam sejahtera dan selamat pagi.

1. Terima kasih kepada semua hadirin kerana dapat berkumpul di pagi ini untuk mengikuti kursus “Penang Parkinson’s Disease Update & Family Day 2018”. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Penganjur yang terlibat dalam menjayakan kursus pada hari ini terutamanya Persatuan Penyakit Parkinson Pulau Pinang.

2. Untuk makluman para hadirin, penyakit Parkinson sudah tidak lagi asing dalam komuniti masyarakat kita hari ini. Statistik melaporkan 1% daripada populasi dunia dalam lingkungan usia yang melebihi 55 tahun mudah terkesan dengan penyakit Parkinson. Majoriti orang awam mempunyai persepsi bahawa penyakit ini hanya menganggu fungsi fizikal pesakitnya. Malang sekali, penyakit Parkinson mempunyai impak secara menyeluruh ke atasfungsi harian pesakit-pesakit yang terlibat dan menjejaskan produktiviti dan kualiti kehidupan para pesakit.

3. Kerajaan Negeri sedar betapa perlunya orang awam mempunyai kesedaran mengenai penyakit Parkinson dan badan-badan yang dapat member sokongan kepada komuniti pesakit Parkinson. Peningkatan kesedaran orang awam mengenai hal ini diharap dapat membantu untuk membaikpulih kualiti kehidupan pesakit yang terlibat.

4. Justeru itu, kerajaan Negeri sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam menerajui Negeri ini kearah Negeri yang makmur dan rakyatyang sihat. Kita juga menyokong sepenuhnya usaha-usaha yang dapat membantu untuk mempromosikan kesihatan mental dan fizikal rakyat di negeri ini.

5. Saya memahami bahawa tugas untuk mewujudkan kesedaran tentang Penyakit Parkinson adalah sebuah cabaran yang sangat besar, malah mungkin lebih mencabar daripada sebahagian penyakit-penyakit lain, lebih-lebih lagi kerana ia memerlukan masa untuk orang ramai memahami bahawa ia adalah sejenis penyakit dan bukannya hanya masalah mental.

6. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa Penganjur, Unit Neurologi Hospital Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Persatuan Penyakit Parkinson Pulau Pinang dan semua agensi yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana telah melaksanakan kursus ini dengan jayanya.

7. Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan Kursus ‘Penang Parkinson’s Disease Update and Family Day 2018”.

Sekian, terima kasih!