KEMPEN #ANAKANAKMALAYSIA WALK

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA KEMPEN #ANAKANAKMALAYSIA WALK

16 SEPTEMBER 2018
ECOWORLD GALLERY, BANDAR CASSIA

YANG BERBAHAGIA TAN SRI LEE LAM THYE 
PENGERUSI PENGANJUR #ANAKANAKMALAYSIA 2018

YANG BERBAHAGIA DATO' IR. HJ. AHMAD ZAKIYUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
TIMBALAN KETUA MENTERI (1) PULAU PINANG

YANG BERHORMAT AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI PULAU PINANG

YANG BERORMAT AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG BERBAHAGIA TAN SRI DATO' LIEW KEE SIN 
PENGERUSI ECOWORLD DEVELOPMENT GROUP BERHAD

YDH CP DATO' SERI A THAIVEEGAN 
KETUA POLIS PULAU PINANG

YANG BERUSAHA DATO’ AR. YEW TUNG SEANG
DATO’ BANDAR MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

KETUA – KETUA JABATAN DAN WAKIL-WAKIL JABATAN KERAJAAN

DATO’ – DATO’, DATIN – DATIN

PARA PESERTA #ANAKANAKMALAYSIA TAHUN 2018

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Eco World Development Group Berhad dan The Star Media Group sebagai penganjur #AnakAnakMalaysia Walk sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini. Ini merupakan tahun kedua kita berkumpul di Eco Horizon, Galeri Jualan Eco World, Bandar Cassia.

Dengan tema #JomKeHadapan, pada pagi ini kita boleh lihat hampir 4,000 penyertaan daripada pelbagai golongan usia, tanpa mengira bangsa dan agama sebagai simbol semangat perpaduan yang utuh.

Sejak penganjurannya pada tahun 2015, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan telah menjadi seperti acara tahunan kepada Eco World Development Group Berhad. Tahniah dan syabas kepada Ecoworld!

Selari dengan visi Penang2030, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa menyambut baik segala cadangan daripada mana-mana pihak yang membawa kemakmuran kepada rakyat dan pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Akhir kata marilah kita semua mengekalkan keamanan dan membangunkan Negara Malaysia yang kita cintai seiring dengan tema ’#AnakAnakMalaysia Walk’ iaitu #JomKeHadapan. Usaha murni kempen ’#AnakAnakMalaysia Walk’ ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang