MAJLIS PENYERAHAN SIJIL MALAYSIA BOOK OF RECORDS - ‘LONGEST NON STOP SPIN BIKE’

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN SIJIL MALAYSIA BOOK OF RECORDS - ‘LONGEST NON STOP SPIN BIKE’

27 MAC 2022

PERSATUAN HIDAYATUL ISLAM, JALAN KEDAH

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Pusat Muslim atau Central Muslim Society (CMS) atas jemputan sempena Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Book of Records pada petang yang berbahagia ini.

Saya dimaklumkan bahawa seramai 25 orang peserta terdiri daripada 15 lelaki dan 10 perempuan telah terlibat dalam acara mengayuh basikal ‘spin bike’ secara bergilir tanpa henti selama 100 jam (5hari) sejak 23 Mac yang lalu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam merealisasikan hasrat dan impian bersama ini.

Sejarah baru ini, bukan sahaja memberikan kelebihan kepada para peserta tetapi mengharumkan nama baik CMS dan membanggakan kawasan Tanjong dan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga CMS yang begitu komited dan dedikasi dalam mencipta rekod dan pencapaian khusus dalam bidang sukan spin bike.

Selaras dengan Visi Penang2030 – Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, Kerajaan Negeri amat- mengalu-alukan sebarang bentuk penyertaan dan penglibatan sebegini kerana kita percaya, dengan kekuatan dan sokongan inilah yang akan mendorong Pulau Pinang untuk terus maju dan membangun pada masa hadapan.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi CMS, Encik Mohd Hassan, Encik Dastagir yang bertindak sebagai Pengerusi Program serta semua yang telah berkorban masa dan tenaga sejak 2 tahun yang lalu dalam membuat persediaan sebelum memutuskan untuk cuba memecahkan rekod sukan dalaman (indoor sports) pada hari ini.

Semoga dengan kejayaan ini akan membawa dan mendorong lebih banyak pencapaian pada masa-masa akan datang, sekaligus menarik lebih banyak penyertaan daripada kalangan anak muda negeri ini.

Sekian, terima kasih.  

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang