MAJLIS PERASMIAN PENGUBAHSUAIAN BALAI BOMBA SUKARELA TAMAN MERAK JAYA

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENGUBAHSUAIAN BALAI BOMBA SUKARELA TAMAN MERAK JAYA

4 JUN 2022

YB. Phee Boon Poh

EXCO Alam Sekitar Dan Kebajikan

YB. Goh Choon Aik

ADUN Bukit Tambun

YBrs. Tuan Mohd Hafiz Hafizal Bin Timaradin

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang

YBrs. Tuan Yuhannas Faizal Bin Othman

Penolong Kanan Penguasa Bomba Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang

YBrs. Tuan Mohd Tarmizi Bin Abdul Salam

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap

 

YBrs. Tuan Goh Then Lai

Penaung Penasihat Bomba Sukarela Taman Merak Jaya

YBrs. En Loh Han Meng (PJK)

Penasihat Undang Undang Bomba Sukarela Taman Merak Jaya

Para Jemputan

Rakan - Rakan Media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Taman Merak Jaya atas jemputan ke Majlis Perasmian Pengubahsuaian Balai Bomba Sukarela pada hari yang berbahagia ini.

Saya secara peribadi amat gembira untuk menerima jemputan ke program sebegini kerana inilah platform untuk saya bertemu dengan anda semua yang sungguh bersemangat dalam menjalankan tugas-tugas tanpa batas masa dan cuaca secara sukarela demi menjaga komuniti yang tinggal dalam kawasan Simpang Ampat khususnya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya dimaklumkan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian ini telah bermula pada bulan Oktober 2021 dan telah dapat disiapkan pada Disember 2021 dengan menelan kos sebanyak RM177,437.00 di mana skop projek ini melibatkan pengubahsuaian ruang pejabat, hiasan dalaman, kerja-kerja elektrik dan mekanikal.

Saya amat gembira melihat kemajuan projek pengubahsuaian ini yang dilihat sangat perlu bagi memberikan sedikit keselesaan kepada keseluruhan keluarga Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Taman Merak Jaya yang dianggotai seramai 80 orang termasuk kakitangan pengurusan dan mungkin juga dapt menampung penambahan ahli pada masa-masa akan datang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seperti mana yang sering saya ulangi, Kerajaan Negeri amat menghargai segala usaha dan keringat yang telah diberikan oleh semua pasukan sukarelawan daripada pelbagai bidang yang sungguh bersemangat dan sanggup mengambil risiko demi berkhidmat kepada masyarakat dan negeri.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus menyokong penyertaan dan penglibatan anda semua, terutama ketika turut sama membantu dalam mengekang penyebaran wabak COVID-19.

Akhir kata syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) atas kemajuan yang dikecapi hari ini.

Adalah diharapkan dengan kemudahan dan persekitaran yang lebih kondusif ini dapat menaikkan semangat anda semua untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang