MAJLIS PENYERAHAN BENDERA OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW KEPADA CHRISTOPHER A/L SOOSAI YANG BERJAYA MELAYAKKAN DIRI KE ‘ATHLETICS ROAD RUNNING WORLD CHAMPIONSHIP 2023’  

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW KEPADA CHRISTOPHER A/L SOOSAI YANG BERJAYA MELAYAKKAN DIRI KE ‘ATHLETICS ROAD RUNNING WORLD CHAMPIONSHIP 2023

 

21 SEPTEMBER 2023 (KHAMIS) ; 1 PETANG ;

BILIK NILAM, TINGKAT 53 KOMTAR

 

YB Daniel Gooi Zi Sen

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan

Encik Lau Keng Ee

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang

Encik Harry Chai Heng Hua

Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

Datuk Tom Khoo

Penasihat Penang Forward Sports Club yang juga penaja utama

Encik Lim Choo Hooi

Pengerusi Penang Forward Sports Club

Yang diraikan, Encik Christopher a/l Soosai iaitu pelari Penang Forward Sports Club yang terpilih untuk mewakili negara dalam Athletics Road Running World Championship di Latvia

Barisan Ahli Jawatankuasa Penang Forward Sports Club;

Para jemputan, barisan media, saudara dan saudari sekalian,

Selamat petang, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

NOTA PERCAKAPAN:

> Terlebih dahulu, terima kasih kepada semua pihak yang dapat hadir pada hari ini terutamanya kepada yang diraikan, Encik Christopher a/l Soosai. Sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan melayakkan diri ke Athletics Road Running World Championship yang akan diadakan di Latvia pada 1 Oktober 2023;

> Kejayaan Encik Christopher yang merupakan atlet acara larian dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penang Forward Sports Club berjaya mencatatkan masa 1 jam 09 minit dalam acara Half Marathon 21km di Gold Coast Marathon pada 30 Jun 2023, yang mana ia telah melayakkan beliau menyertai Athletics Road Running World Championship dengan masa rujukan kelayakan adalah di bawah 1 jam 10 minit;

> Sebagai anak jati negeri Pulau Pinang, kejayaan Encik Christopher adalah wajar dibanggakan yang mana beliau hanya merupakan pelari amatur yang menabur khidmat dengan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bukannya profesional yang berlatih sepenuh masa dalam pasukan kebangsaan;

> Walau bagaimanapun, disebabkan Encik Christopher bukan pelari berdaftar dari pasukan kebangsaan negara, maka beliau menghadapi beberapa kesukaran termasuk pada aspek kewangan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan;

> Dengan ini, bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Tom Khoo yang telah bersetuju menaja dan membiayai segala perbelanjaan Encik Christopher yang keseluruhan berjumlah RM10,000 meliputi tiket penerbangan, penginapan, kos pendaftaran, makan dan lain-lain berkaitan;

> Dengan ini, selamat maju jaya dan semoga Encik Christopher dapat berentap dan pulang dengan kejayaan mengharumkan nama Pulau Pinang dan juga negara Malaysia di persada antarabangsa;

> Syabas dan all the best!


Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang