PESTA TANGLUNG KADUN SUNGAI PINANG

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

YAB TUAN CHOW KON YEOW SEMPENA PESTA TANGLUNG KADUN SUNGAI PINANG

 

30 SEPTEMBER 2023 (SABTU) ; 845 MALAM

AUTOMALL, PERSIARAN KARPAL SINGH

 

 

YB Lim Siew Khim

ADUN Sungai Pinang merangkap Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam               

YB Teh Lai Heng                   

ADUN Komtar

YB Connie Tan Hooi Peng            

ADUN Seri Delima

YB RSN Rayer                                   

 Ahli Parlimen Jelutong

Barisan Ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Dato’-Dato’, Datin-Datin; rakan-rakan media; barisan penaja dan para hadirin sekalian,

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani kepada semua.

Terima kasih kepada pengerusi majlis dan sekalung penghargaan kepada jawatankuasa penganjur yang menjayakan sambutan program pada malam ini. Juga terima kasih kerana menjemput saya untuk bersama-sama anda semua di sini.

Syukur, di bawah cahaya bulan mengambang pada malam ini, kita dapat berkumpul bersama-sama bagi meraikan salah satu perayaan terpenting kepada masyarakat berketurunan Cina di seluruh dunia selain sambutan Tahun Baru Cina.

Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai ‘Perayaan Kuih Bulan’, dan dalam bahasa Mandarin, ‘中 秋 节’ merupakan perayaan untuk meraikan hasil tuaian. Ia membawa makna ‘perjumpaan semula’ atau ‘reunion’ kepada masyarakat Cina. Pada hari sambutan berkenaan, iaitu hari ke-15 bulan kelapan pada kalendar Cina, ahli-ahli keluarga akan berkumpul bersama-sama di bawah cahaya bulan mengambang sambil menikmati kuih bulan dengan diterangi tanglung-tanglung dan juga lilin-lilin. Malah, secara tradisinya, ia juga dianggap sebagai hari bertuah untuk mengadakan majlis perkahwinan.

 

Sinonimnya di sini, kita dapat merasai semangat serta nilai perayaan berkaitan dengan cahaya tanglung-tanglung comel berwarna-warni yang mewarnai seluruh pelosok Persiaran Karpal Singh di sini. Begitu indah dan amat unik! Inilah keharmonian dan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Pulau Pinang, kita sentiasa bersama meraikan kepelbagaian hidup bermasyarakat di bumi yang kita cintai ini.

Hadirin sekalian,

各位来宾,以及双溪槟榔的朋友们,大家晚上好!

首先,感谢大会邀请我出席《爱在中秋 · 情暖双溪槟榔》中秋庆典,让我们在这个美好的中秋夜晚欢聚一堂。

中秋节,是一个节日象征着“团圆”的节日,对华人社区来说有着特殊的意义。一般华裔家庭在中秋节,都会选择在月光下团聚,品尝着美味的月饼、提着灯笼、点燃蜡烛。

今晚在这里,我们能够在缤纷多彩的彩灯下一起庆祝中秋节,让这美丽而独特的景象,点缀着卡巴星道的每一个角落,令人陶醉。这正是槟城人民所展现的和谐与团结精神,也是我们一直在庆祝这片土地上的多样性和共融。

Saudara dan saudari sekalian,

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghargai kepercayaan dan amanat yang telah diberikan kepada kita. Justeru, dalam penggal ini, saya dan barisan kepimpinan saya akan terus bekerja keras dalam merealisasikan segala manifesto yang telah dirangka.

Semuanya demi rakyat negeri ini yang mana berteraskan 16 tema utama, pembangunan sosial akan terus menjadi agenda utama sebagaimana ditekankan pada Manifesto Nombor Satu iaitu berhubung penubuhan Tabung Pembangunan Sosial bagi memanfaatkan golongan yang memerlukan. Dalam pada itu, turut ditekankan adalah Pusat Warga Emas Aktif yang akan diwujudkan di setiap daerah ke arah usaha berterusan dalam melahirkan masyarakat aktif tanpa mengira peringkat umur.

Tidak terhenti di situ, di bawah Tema 13 - Keharmonian Masyarakat Majmuk juga, sebanyak RM10 juta akan diperuntukan untuk keperluan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) sehingga tahun 2028 dengan sesi perbincangan atau ‘engagement’ berhubung pelaksanaan Sistem e-RIBI bagi permohonan secara dalam talian akan dipergiatkan selaras dengan era pendigitalan kini. Kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negeri Pulau Pinang, kita juga akan memperuntukkan geran RM2 sebagai tanda sokongan berterusan.

Adalah ditekankan bahawa, dalam usaha Kerajaan Negeri mempergiatkan pembangunan sosial, kita sama sekali tidak akan melupakan projek-projek infrastruktur mega yang akan kita realisasikan iaitu aliran transit ringan (LRT), projek pembesaran lapangan terbang kita dan kini, kita syukur setelah bertahun menunggu akhirnya projek ‘Silicon Island’ di selatan pulau negeri ini telah mula dilaksanakan. Ada lagi, pada akhir tahun ini, promenade yang kita tunggu-tunggukan di Persiaran Gurney iaitu ‘Gurney Bay’ juga akan dibuka kepada umum. Ia bakal satu lagi ikon kepada Pulau Pinang.

Hadirin sekalian,

今晚,我想借此机会赞赏双溪槟榔州议员林秀琴,她在当选州议员10年以来,一直都致力带动选区内的人文发展,特别是逢年过节时,她都会号召选区内的乡村社区管理理事会、连同相关的非政府组织等,善用加巴星道这个地标的优势,举办各族传统活动,通过庆典,凝聚人民在一起,互相认识彼此。

大家都知道,人文发展亦是巩固软实力的基础,而一个州属的发展,也不能只有硬体发展。所以我希望各区州议员们,不要忽略人文发展。我相信,多一份尊重,就会多一份了解;团结的根基就是从尊重彼此的文化开始。

今晚,我也想借着这个难得的时刻特别恭贺林秀琴,因为她最近荣升为槟州社会发展、福利及非伊斯兰事务委员会主席,这将使她有更多机会为广大社会民众服务,并为我们的州属带来更多的进步。

这是林秀琴多年来不懈努力的结果,也可以说是本州内女性政治领域的杰出代表。因为她为我们展示了女性在领导层面的不容易和重要性。

她的成功不仅仅是个人的荣耀,也是双溪槟榔社区的骄傲,为我们的州属和国家树立了榜样。

正如中秋节象征着团圆和共享的时刻一样,让我们共同团结,以槟城的多元文化为骄傲,努力成为马来西亚多元文化的楷模。无论是什么背景,我们都可以一起庆祝,共同推动我们州属的繁荣发展。在这个特别的中秋佳节,我要祝愿大家中秋快乐!让我们一起欢庆这个充满爱与团圆的时刻!


Saudara dan saudari,

Sebagai penutup kata, saya mengambil peluang ini menyeru seluruh rakyat negeri ini untuk terus mengekalkan keharmonian yang kita dinikmati dan banggakan ini. Kita bersama-sama bergandingan demi terus memacu kecemerlangan Pulau Pinang di mata dunia.

Kita inginkan bumi ini dapat terus didiami, dinikmati nikmatnya oleh anak cucu kita. Semoga pengertian sambutan Kuih Bulan ini menyuntik pengertian mendalam kepada kita semua untuk terus mengekalkan ikatan perpaduan demi negeri yang kita cintai ini.

Dengan ini, sekian terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang