MAJLIS PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2017 KADUN JAWI

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2017 KADUN JAWI

6hb Februari 2017

Terima kasih pengerusi majlis.

Selamat malam dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi dan Persatuan Pertubuhan Dewa Thee Kong Kampung Sanglang kerana berjaya menganjurkan Majlis Perayaan Tahun Baru Cina dalam KADUN Jawi ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Saya bangga Kampung Sanglang yang wujud lebih 40 tahun yang lalu menyaksikan kehidupan yang harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain di kalangan masyarakat berbilang kaum

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Sejak YB Soon Lip Chee ADUN Jawi menjadi ADUN Jawi pada Mac 2013 yang lalu, saya dapat lihat beliau telah mencorakkan pembangunan dalam KADUN Jawi ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan awam seperti membina gelanggang berbumbung bola keranjang Taman Berjaya dengan kos RM 200,000.00 sahaja, membaiki padang awam Taman Berjaya RM 200,000.00 sahaja, membina Dewan JKKK Jawi dengan kos RM 199,990.00 sahaja dan yang terbaru saya meluluskan peruntukan untuk menaiktaraf bumbung Pasar Awam Taman Berjaya sebanyak RM 199,964.00 dan Jeti Nelayan Changkat sebanyak RM 199,900.00 dan beberapa lagi dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM 1,164,054.00 sejak tahun 2014. Inilah pembangunan seimbang Kerajaan Negeri untuk memastikan tidak hanya kawasan Pulau dibangunkan atau kawasan Seberang diabaikan. Pembangunan pesat di Batu Kawan menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk menjadikan seluruh Negeri Pulau Pinang bertaraf antarabangsa dan pintar.

Tabung Amanah Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Pulau Pinang ( RIBI ) Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyalurkan bantuan kewangan kepada Pertubuhan Penganut Dewa Thee Kong ini sebanyak RM 19,983.00. Persatuan Penganut Dewa Kuan Wang Miao yang terletak di Kampung Tonghai juga mendapat peruntukan sebanyak RM 19,949.20 sahaja.

Pertubuhan Penganut Dewa Thee Kong juga telah menerima peruntukan daripada YB. Soon Lip Chee ADUN Jawi untuk menukar bumbung zink biasa kepada bumbung “ Metal deck “ dengan kos 9,962.00 sahaja pada tahun 2015 dan mengecat semula struktur bumbung besi dengan kos RM 3,713 sahaja Disember 2016 yang lalu.

Akhir kata, saya harap tuan-tuan dan puan-puan dapat membantu memberi sokongan kepada kerajaan yang ada hari ini bagi membolehkan kita merancang pembangunan pada masa hadapan dengan lebih baik demi penduduk Negeri Pulau Pinang ini.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang