MAJLIS PELANCARAN PEMBINAAN DEWAN BANQUET AMPANG JAJAR, SEBERANG PERAI UTARA PULAU PINANG

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PEMBINAAN DEWAN BANQUET AMPANG JAJAR,
SEBERANG PERAI UTARA PULAU PINANG

26 OGOS 2017 (SABTU)
9.00 PAGI

 

Saya berasa amat berbesar hati pada pagi ini kerana dapat bersama–sama untuk Majlis Pelancaran Projek Dewan Banquet Ampang Jajar.

Dewan Banquet Ampang Jajar, yang berharga RM42.6 juta dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, dan dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di mana PDC telah merekabentuk bangunan tersebut dan juga bertanggungjawab untuk memanggil tender dan kemudian memantau kerja-kerja pembinaan. Syabas kepada PDC.

Saya juga gembira untuk memaklumkan bahawa dewan serbaguna 2 tingkat ini di Ampang Jajar adalah yang terbesar di Seberang Perai Utara yang mana dewan ini sangat sesuai untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan program dan memberikan impak ekonomi positif kepada kawasan berhampiran.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Objektif projek ini adalah untuk:-

• Menyediakan kemudahan sosial-sivik dan fasiliti untuk
rekreasi kepada komuniti di Ampang Jajar
• Keperluan penting untuk komuniti mengadakan aktiviti dan jamuan makan yang kini berkurangan
• Dewan ini sesuai untuk digunakan oleh masyarakat tempatan memandangkan saiznya dapat menampung jumlah yang besar
• Ia adalah satu-satunya dewan tertutup berhawa dingin dan bertaraf antarabangsa di Ampang Jajar yang kondusif untuk mengadakan acara/program

Bangunan Dewan Ampang Jajar merupakan komitmen dan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan seimbang untuk Seberang Perai setaraf dengan kawasan Pulau dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam. Ini boleh dilihat dengan siapnya Seberang Perai Arena (SPA) yang kini menjadi dewan paling cantik di Seberang Perai. Ia terbukti apabila sebanyak 77% perbelanjaan pembangunan di Pulau Pinang tertumpu di bahagian Seberang Perai dengan perbelanjaan sebanyak RM2,379 juta. Manakala bagi bahagian pulau pula, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 23 peratus atau RM698 juta dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3,077 juta sehingga 2016.

Selaras dengan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti & Telus), PDC telah memanggil tender terbuka dan dimenangi oleh pihak Lumson Bina Engineering Sdn Bhd. Kontrak untuk projek ini bermula pada 17 April 2017 dan tarikh siap dijangka pada 16 Januari 2019. Pada masa ini, kemajuan kerja adalah 6%.

Untuk makluman pada hadirin sekalian, kawasan tapak seluas 16.6 ekar akan dibangunkan dengan 2 fasa iaitu Fasa 1 yang merupakan dewan di kawasan seluas 10.2 ekar. Keluasan untuk bangunan bagi dewan ini adalah 192,000 kaki persegi manakala Fasa 2 dengan kawasan seluas 7.15 ekar ditetapkan untuk pembinaan kolam renang bertaraf antarabangsa pada masa depan.

Dewan banquet moden ini dibina mengikut pematuhan dengan rekabentuk universal (yang mana boleh diakses untuk golongan OKU) merangkumi:-

• Dewan banquet berhawa dingin dengan kapasiti 300 meja (3,000pax) - boleh dibahagikan kepada 3 ballrooms
• Bilik VIP untuk setiap ballroom
• Kawasan untuk ‘pre-functions’
• Pentas dengan bilik persalinan
• 4 buah bilik untuk kegunaan pelbagai (4 function rooms)
• 2 dapur berasingan
• Surau dan tandas
• Lif berkaca panaromik (panoramic glass lift)

Kemudahan asas lain yang disediakan adalah seperti 600 tempat letak kereta, 4 tempat letak untuk golongan istimewa (OKU), 400 tempat letak motosikal bagi memastikan kemudahan parkir yang disediakan adalah mencukupi.

Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Pembinaan Dewan Banquet di Ampang Jajar, Seberang Perai Utara Pulau Pinang.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang