MAJLIS PECAH TANAH PROJEK TEBATAN BANJIR BAYAN BARU, DAERAH BARAT DAYA

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH PROJEK TEBATAN BANJIR BAYAN BARU, DAERAH BARAT DAYA

5 November 2018

Jalan Mayang Pasir 3, Bayan Baru, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang

 

Terima kasih Saudari Pengacara Majlis.

Yang Berhormat, Tuan Zairil Khir Johari
EXCO Kerja Raya, Utiliti Dan Tebatan Banjir Pulau Pinang

Yang Berhormat, Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain
EXCO Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Dan Pembangunan Keusahawanan
Merangkap ADUN Batu Maung

Yang Berbahagia, Dato Ar. Yew Tung Seang
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Yang Berusaha, En Mohd Azmin Bin Hussin
Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang

Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Wakil-Wakil Ahli Parlimen dan DUN

Ketua-Ketua dan Wakil-Wakil Jabatan

Pihak Kontraktor, Lumson Bina Engineering Sdn Bhd

Pihak Perunding, Pusaka Runding Sdn. Bhd

JKKK Kawasan dan Penduduk-Penduduk Sekitar

Rakan-rakan Media

Para Jemputan

dan Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengarah JPS Pulau Pinang atas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Bayan Baru ini. Saya juga berasa gembira kerana dimaklumkan bahawa projek ini telah mendapat milikan tapak untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan. RM 20.1 Juta peruntukan Kerajaan Negeri telah disalurkan bagi pelaksanaan projek Tebatan Banjir Bayan Baru ini dan dijangka kerja pembinaannya akan mengambil masa selama 2 tahun.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pembinaan Projek Tebatan Banjir Bayan Baru ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan JPS Pulau Pinang dalam mengurangkan risiko banjir. Saya yakin dan percaya bahawa pembinaan projek ini dapat mengurangkan masalah banjir dan kebimbangan penduduk setempat terutamanya di kawasan sekitar Bayan Baru dan hulu Sg. Relau yang merupakan kawasan mix development di mana merangkumi kawasan kediaman dan komersial.

Saya amat berharap projek Tebatan Banjir Bayan Baru ini dapat berjalan dengan lancar. Kerjasama di antara pihak JPS Negeri Pulau Pinang dan JKR Negeri Pulau Pinang serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) amat penting dalam pelaksanaan projek ini. Kerja-kerja pembinaan Box Culvert Jaking dan menaiktaraf Road Side Drain yang dilaksanakan oleh JPS di Jalan Mahsuri, Persiaran Mahsuri 1, Persimpangan Jalan Tun Dr. Awang, Jalan Mayang Pasir, Jalan Tengah dan Jalan Dato Ismail Hashim kemudiannya akan diserahkan kepada pihak berkuasa jalan iaitu JKR and MBPP. Justeru, kerjasama yang jitu di antara pihak JPS dan Jabatan-Jabatan berkenaan amat penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek akan terus mampan untuk jangka masa panjang.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang dalam pelaksanaan Projek-projek Berimpak Tinggi (High Impact Projects) dengan jangkaan perbelanjaan sebanyak RM 150 juta peruntukan Kerajaan Negeri. Di antara 8 projek itu, 6 projek telah mendapat milikan tapak iaitu Projek Tebatan Banjir Mak Mandin di Seberang Perai Utara. Projek Tebatan Banjir Parit 5, Projek Tebatan Banjir Parit 4 dan Projek Tebatan Banjir Permatang Rawa di Seberang Perai Tengah. Projek Tebatan Banjir Taman Iping dan Projek Tebatan Banjir Bayan Baru ini di Daerah Barat Daya. Baki 2 tender iaitu Kolam Alma di SPT dan Kampung Naran di DBD dijangka akan diiklankan selewat-lewatnya pada Disember 2018. Lumson Bina Engineering Sdn Bhd merupakan tender bagi menjalankan kerja pembinaan Tebatan Banjir Bayan Baru ini.

Selain Projek-projek Berimpak Tinggi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga sedang melaksanakan projek mitigasi banjir dengan menggunakan Peruntukan Caruman Infra Negeri iaitu Projek Tebatan Banjir Jelutong Diversion yang bernilai RM 13.3 Juta. Selain itu, projek-projek lain yang telah dikenalpasti adalah Projek Tebatan Banjir Sungai Bayan Lepas dan Projek Tebatan Banjir Kampung Batu Maung di Daerah Barat Daya serta Projek Tebatan Banjir Bagan Jermal Fasa II di Daerah Timur Laut dengan anggaran kos projek masing-masing sebanyak RM 7 juta, RM 4 juta dan RM 5 Juta. Panggilan tender bagi kesemua projek ini dijangkakan akan dilaksanakan pada Mac 2019 demi mengurangkan risiko di kawasan “hotspot” banjir yang telah dikenalpasti.

Hadirin yang dihormati sekalian,

JPS Pulau Pinang turut akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang dengan Peruntukan Persekutuan sebanyak RM 150 juta bagi mengurangkan masalah banjir di Jalan P. Ramlee, Lorong Kulit, Kampung Masjid dan Jalan Dato Keramat. Kerja-kerja di tapak RTB Sungai Pinang ini dijangkakan akan bermula pada April tahun hadapan yang kini sedang dalam proses rekabentuk terperinci oleh pihak perunding.

Akhirnya, sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Bayan Baru ini. Dengan ini, dengan sukacitanya saya merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Bayan Baru, Daerah Timur Laut.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang