MAJLIS PERASMIAN SEMINAR MANUAL OF SOCIAL IMPACT ASSESSMENT

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SEMINAR MANUAL OF SOCIAL IMPACT ASSESSMENT

19 FEBRUARI 2019 (SELASA)
8BERTEMPAT DI HOTEL OLIVE TREE, BAYAN LEPAS

 

Terima kasih Saudara Pengacara Majlis

YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang

YB Tuan Prof. Dr Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang

YB Tuan Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa

Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri

YB Dato’ Seri Hj Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri

Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri

Yang Berbahagia Dato’ TPr. Hajah Rokibah binti Abdul Latiff
Ketua Pengarah PLANMalaysia

Yang Berusaha TPr. Haji Idris bin Abdul Rahim
Pengarah PLANMalaysia@Pulau Pinang

Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan

Dato’-dato’ / Datin-datin / Tuan-tuan dan Puan-puan

Para hadirin yang saya hormati sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kepada jawatankuasa penganjur yang sudi menjemput saya sempena Seminar Penang2030 : Manual Of Sosial Impact Assessment (SIA) pada pagi yang berbahagia ini. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada PLANMalaysia@Pulau Pinang di atas penganjuran seminar yang memberikan begitu banyak manfaat dan pengetahuan kepada semua.

Penganjuran seminar berskala besar seperti ini membuktikan PLANMalaysia@Pulau Pinang telah mengorak langkah ke hadapan dalam memberi pendedahan kepada Penilaian Impak Sosial atau Social Impact Assessment (SIA), terutamanya di dalam aspek perancangan bandar yang lebih berkualiti dan memenuhi keperluan dan kehendak secara menyeluruh.

Selaras dengan visi dan misi untuk membawa Negeri Pulau Pinang menjadi sebuah negeri pintar dan bertaraf antarabangsa, seminar ini merupakan satu-satunya peluang keemasan kepada semua peserta untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan daripada panel-panel penceramah berpengalaman yang telah melaksanakan keperluan SIA di dalam kajian-kajian di lapangan, di mana saya percaya hasil daripada pelaksanaan SIA ini dapat memandu ke arah mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti, sejahtera dan mampan menjelang tahun 2030.

Para hadirin sekalian,

Pada majlis hari ini juga, saya telah diberi kesempatan untuk melakukan gimik pelancaran awal berkaitan pemetaan SIA atau SIA Mapping. Pemetaan SIA merupakan satu panduan yang diterjemahkan daripada pelaksanaan SIA yang menerangkan dengan lebih interaktif dan mudah difahami dan seterusnya dapat digunakan oleh semua pihak di pelbagai peringkat dan sektor. Pemetaan ini juga diharapkan akan dapat memudahcara penyampaian maklumat dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang dapat meningkatkan impak positif kepada semua peringkat pelaksanaan.

Selaras dengan Visi Penang2030, penambahbaikan yang berterusan ke arah revolusi digital dilihat semakin berkembang maju dan memberikan perubahan yang memberansangkan di dalam perancangan pembangunan negeri. Harus kita akui bahawa teknologi kini telah berjaya mengembangkan pelbagai aplikasi untuk digunakan dan dengan kelebihan ini telah memberikan inisiatif dan peluang kepada PLANMalaysia@Pulau Pinang untuk membangunkan “SMARTPLAN” yang merupakan satu Aplikasi Geoportal yang menggunakan Teknologi GIS terkini iaitu ArcGIS Server menggantikan JPBDGeoportal yang terdahulu.

SMARTPLAN adalah gerbang bagi mengakses Data Geospatial seperti Data Gunatanah, Lot Kadaster, Zoning dan sebagainya melalui Intranet dan Internet serta melalui Smartphone. Melalui inovasi terbaru ini, Portal SIA Mapping diwujudkan untuk membantu di dalam proses membuat keputusan yang berkesan di dalam mengurus isu-isu sosial yang terhasil daripada sesuatu projek pembangunan berdasarkan dari Laporan SIA yang disediakan. Dengan lontaran idea untuk membangunkan SIA Mapping ini, Negeri Pulau Pinang akan menjadi Negeri Yang Pertama membangunkan dan menyediakan SIA Mapping – Penang Always One Step A Head.

Di kesempatan ini juga, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada PLANMalaysia@Pulau Pinang kerana dengan inisiatif dan kreativiti telah berjaya membangunkan SIA Mapping. Syabas diucapkan kepada PLANMalaysia@Pulau Pinang.

Sidang hadirin yang dihormati,

Justeru itu, adalah diharapkan agar seminar pada hari ini bukan sahaja dapat memberi pulangan ilmu pengetahuan yang baru dan berfaedah kepada semua malah penglibatan dan sumbangan idea-idea yang bernas, komen dan maklumbalas amatlah dihargai untuk menambahbaik SIA Mapping dan aplikasi SMARTPLAN ini.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya mengadakan program yang sangat bermanfaat ini. Saya sesungguhnya akan sentiasa menyokong penuh program-program yang mampu memberi impak terhadap perancangan pembangunan di negeri ini. Saya dengan ini juga merasmikan Seminar Penang2030 : Manual Of Sosial Impact Assessment (SIA) & PORTAL SIA MAPPING.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang