SAMBUTAN PERAYAAN CHAP GOH MEH 2019

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN CHAP GOH MEH

19 FEBRUARY 2019
ESPLANADE

YB Yeoh Soon Hin
EXCO Pembangunan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang

YB Teh Lai Heng
ADUN Komtar

YB Daniel Gooi Zi Sen
ADUN Pengkalan Kota

YB Mustafa Kamal bin Ahmad,
ADUN Telok Ayer Tawar

YB Ong Ah Teong
ADUN Batu Lanchang

Mr. Kanoya,
Konsult Jeneral Jepun and wife

Mr. Lu Shi Wei
Konsul Jeneral China

Rakan-rakan dari Media

Tuan-tuan dan Puan-puan

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Yeoh Soon Hin, EXCO Pembangunan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dan jentera pentadbirannya atas penganjuran sambutan Perayaan Chap Goh Meh peringkat Negeri Pulau Pinang pada petang yang berbahagia ini.

Pesta Tanglung atau Chap Goh Meh dirayakan pada hari ke-15 pada bulan pertama mengikut kalendar Cina dan menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Walau pun begitu, perayaan ini tetap disambut penuh meriah dengan pelbagai aktiviti meriah. Seperti tahun-tahun yang lepas, acara tradisi membaling limau ke laut di Padang Kota Lama ini akan sentiasa menjadi acara wajib menjelang perayaan ini dan sangat dinantikan serta menjadi aktiviti pilihan rakyat negeri ini.

Ia sekaligus membuktikan perbezaan kaum dan agama tidak pernah menjadi penghalang kepada rakyat negeri ini untuk terus meraikan perbezaan yang wujud sejak sekian lama.

Bagi pihak kepimpinan Kerajaan Negeri, kami akan memastikan tiada tembok atau sempadan yang akan menjadi penghalang kepada pergaulan dan perpaduan yang terjalin di antara rakyat negeri ini. Kerajaan Negeri akan sebaik mungkin berusaha untuk memupuk dan memantapkan lagi hubungan dan integrasi kaum supaya rakyat di negeri ini akan sentiasa hidup dalam keadaan harmoni demi kesejahteraan negeri yang tercinta ini.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang