Kenyataan Media (Lapangan Terbang Kargo Antarabangsa Kulim)

KENYATAAN SIDANG MEDIA OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG PADA 20 MAC 2019 DI GEORGE TOWN, KOMTAR

 

Susulan pengumuman Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali semalam, berkaitan kelulusan beberapa projek berimpak tinggi di Kedah termasuk pembinaan Lapangan Terbang Kargo Antarabangsa Kulim yang bernilai RM1.6 bilion, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima pelbagai reaksi dan maklum balas terutama dari komuniti perniaga di negeri ini yang mempersoalkan kewajaran pembinaan lapangan terbang kargo tersebut.

Meskipun projek pembinaan lapangan terbang kargo ini difahamkan akan dibiayai oleh dana sektor swasta, namun bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kami masih mengekalkan pendirian bahawa kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengkaji keseluruhan impak termasuk kesan jangka panjang kepada ekonomi Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga berharap agar kerja-kerja pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang kini telah melebihi kapasiti maksimum disegerakan seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan sebelum ini.

 

CHOW KON YEOW

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang