MAJLIS PERASMIAN VIRTUAL RECORDING DAN STUDIO PENYIARAN DI PERPUSTAKAAN DIGITAL PULAU PINANG FASA 2

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN VIRTUAL RECORDING DAN STUDIO PENYIARAN DI PERPUSTAKAAN DIGITAL PULAU PINANG FASA 2

18 JULAI 2020

 

Y.B. Puan Chong Eng

Pengerusi Task Force Program Komputer E-Pembelajaran

EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga, Ketrangkuman

Gender dan Agama Selain Islam

Y.B. Tuan Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa

Y.B. Dr Hajah Norlela Binti Ariffin

EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan

Luar Bandar dan Kesihatan

Y.B. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji

Ahli Parlimen Jelutong

YBhg. Dato' Azhar Bin Haji Arshad

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)

Yang Berusaha Puan Bharathi A/P Suppiah

Timbalan Pengurus Besar CMI

Puan Rohimah Binti Baharudin

Ketua Penolong Pengarah Kanan JPNPP

Encik Saiful Nizam Bin Ramlee

Ketua Penolong Pengarah JPNPP

Encik Muhamad Radzi Bin Nanyan

Penolong Pengarah

Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPNPP

Ahli-ahli Lembaga Pengarah STEM

Yang Berusaha Encik Ngoo Seong Boon

Pengurus Besar Unit Perbankan Perniagaan, Intel Microelectronics Sdn Bhd.

Yang Berusaha Encik Kelvin Loh Lih Fu

Pengarah Elearningminds Group Sdn. Bhd

 

Yang Berusaha Encik Ko Yun Hung

Pengarah Urusan SNS Network (M) Sdn. Bhd.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.

Selamat Petang dan Selamat sejahtera kepada semua.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke Majlis Perasmian Virtual Recording dan Studio Penyiaran Di Perpustakaan Digital Pulau Pinang Fasa 2 pada petang ini.

Untuk makluman semua, Virtual Recording dan Studio Penyiaran ini merupakan salah satu projek Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) pihak Intel Microelectronic Sdn. Bhd dan eLearningminds Group Sdn. Bhd kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Seperti mana yang kita sedia maklum, sepanjang musim PKP, sektor pendidikan merupakan salah satu sektor yang terjejas. Pengajaran dan pembelajaran secara konvensional tidak dapat diteruskan dan telah ditransfomasikan menjadi pendidikan secara maya melalui sistem e-pembelajaran demi memastikan pembelajaran pelajar tetap lancar diteruskan. Walaupun kelihatan sukar, namun norma baharu ini telah diadaptasi oleh semua pihak bagi memutuskan rantaian jangkitan virus ini secara menyeluruh. Akan tetapi, kekurangan peranti komputer atau perkakasan mudah alih serta sambungan internet yang tidak stabil untuk e-pembelajaran menjadi cabaran baharu kepada warga pendidik dan ibu bapa.

Maka, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan penubuhan Task Force Program Komputer E-pembelajaran pada 21 Mei 2020. Pendekatan ini merupakan inisiatif oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengurangkan ketidaksamarataan yang wujud di antara para pelajar disebabkan kekurangan peranti komputer untuk mengakses internet bagi tujuan e-pembelajaran. Sehingga kini, task force yang ditubuh telah memperbaiki sebanyak 126 buah komputer terpakai dan sedia diedarkan secara percuma kepada para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan. Selain itu, sebanyak 81 buah komputer riba juga telah dipinjam kepada para pelajar di bawah Skim Peminjaman Peranti Komputer. Ini bermaksud, sebanyak 207 orang pelajar yang tidak memiliki komputer telah memperolehi peranti bagi tujuan pembelajaran dalam talian.

Walaupun pelajar-pelajar kini akan kembali ke sekolah secara beransur-ansur, warga pendidik samada di sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi tetap meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PDP) secara atas talian kepada pelajar. Tidak seperti di sekolah atau institusi pengajian yang mempunyai persekitaran yang kondusif, para guru menghadapi cabaran untuk menyediakan ruang e-pembelajaran bagi menjayakan transformasi pengalaman pembelajaran dari persekitaran sebenar kepada persekitaran pembelajaran secara maya. Mereka memerlukan persekitaran yang kondusif, kemudahan internet yang stabil dan kelengkapan digital yang membolehkan guru mengendalikan pembelajaran dalam talian dengan lebih berkesan.

Justeru, pihak Intel dan eLearningminds Group Sdn. Bhd. telah menyediakan satu set Virtual Recording dan Studio Penyiaran beserta kelengkapan seperti Smart Interative TV, CPU, kamera dan hardware lain yang dianggarkan berjumlah RM42,195.00 secara Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PDL-P2. Ianya akan digunakan oleh para guru di Pulau Pinang dalam pembelajaran secara dalam talian.

Penyediaan Virtual Recording dan Studio Penyiaran merupakan lanjutan dari ‘Program Komputer E-pembelajaran’ di mana ia membolehkan para guru mengendalikan e-pengajaran dengan lebih menarik dan sesuai, sama ada dalam bentuk video, lembaran kerja, animasi dan sebagainya kerana latar belakang boleh bertukar mengikut kesesuaian pembelajaran melalui green screen. Kelengkapan tersebut juga membantu para guru menyampaikan pembelajaran digital secara dua hala serta memastikan kesinambungan pembelajaran.

Untuk makluman semua, Virtual Recording dan Studio Penyiaran dijalankan di PDL-P2 dengan menggunapakai Bilik Virtual Reality (VR) PDL-P2 yang telah diubahsuai agar bilik ini bersesuaian dengan konsep studio rakaman digital dan kalis bunyi (soundproof) dengan peruntukan oleh CMI sebanyak RM20,000.00. Studio ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan PDL yang telah mendapat latihan pengendalian daripada pihak Intel dan eLearningminds Group Sdn. Bhd. Malah, tiada bayaran sewaan bilik akan dikenakan sekiranya ianya melibatkan guru sekolah dan Institusi Pendidikan Awam. Manakala pihak pendidikan swasta akan diberikan pengecualian sebanyak 50% mengikut kadar sewaan sedia ada.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Intel dan eLearningminds Group Sdn. Bhd yang telah membangunkan Virtual Recording dan Studio Penyiaran ini secara CSR serta memberikan khidmat nasihat dan latihan kepada kakitangan PDL. Saya juga berasa bangga atas kerjasama di antara pejabat saya dengan CMI, Jawatankuasa Penyelaras Hal-ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh, Penang Science Cluster dan pihak corporat, maka, wujudnya suasana e-pembelajaran dan e-pengajaran yang lebih konduksif kepada para pelajar serta guru.

Untuk makluman semua, pembukaan dan pengoperasian semula Perpustakaan Digital Pulau Pinang Fasa 1 dan Fasa 2 (PDL-P1 & PDL-P2), Perpustakaan Digital Butterworth (BDL) dan Perpustakaan Digital Pulau Pinang @ Batu Maung (BMDL) telah bermula pada 15 Julai 2020 selaras dengan tarikh pembukaan sekolah yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengoperasian Perpustakaan Digital adalah seperti biasa iaitu selama tujuh (7) hari seminggu termasuk hari cuti umum. Di pintu masuk Perpustakaan Digital Pulau Pinang Fasa 1 dan Fasa 2 (PDL-P1 & PDL-P2) juga telah disediakan “Selfcare Body Thermal Kiosk” berkonsepkan kiosk layan diri untuk mengesan suhu badan dan pengesanan pelitup muka pengunjung. Selain itu, pengunjung juga diwajibkan untuk mengimbas kod QR sistem PGCare sebelum memasuki Perpustakaan Digital. Mengikut garis panduan dan SOP, sebanyak 70% daripada ruang kapasiti maksimum perpustakaan digital boleh digunapakai oleh pengunjung dengan mengamal penjarakan sosial 1 meter. Sepanjang pembukaan sejak 15 Julai 2020, statistik pengunjung di Penang Digital Library adalah seramai 179 orang, 39 orang di Butterworth Digital Library dan 24 orang di Batu Maung Digital Library. Disamping itu, pengoperasian kafe Love a Loaf Bakery di PDL dan kafe Frank Laurent Trading di Batu Maung Digital Library juga telah beroperasi seperti biasa dan mengamalkan SOP.

Sepanjang tempoh PKP, Penang Digital Library telah menyediakan 2000 e-card secara percuma sejak 1 April 2020 sehingga 31 Julai 2020. Inisiatif ini memberi peluang kepada pengguna untuk membaca e-books secara percuma melalui laman web serta aplikasi.

Dengan ini saya merasmikan ruang Virtual Recording dan Studio Penyiaran.

Akhir kata, saya ingin terus mengingatkan kepada semua untuk terus pastikan mengama lkan 4P bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti sekeliling daripada perebakan wabak COVID-19 iaitu Penjarakan sosial; Pakai pelitup muka; Pencucian tangan dengan sabun serta Perhatikan gejala COVID-19 ini. Kita sudah hampir memenangi perang ini dan marilah kita bersama-sama terus memerangi wabak ini. PENANG LAWAN COVID-19!

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang