SAMBUTAN PESTA PADI ANTARABANGSA PULAU PINANG 2020 (SECARA MAYA)

UCAPAN PERASMIAN BERSEMPENA SAMBUTAN PESTA PADI ANTARABANGSA PULAU PINANG 2020

(SECARA MAYA)

OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB TUAN CHOW KON YEOW PADA 22 OGOS 2020

-------------------------------------------------------------------

 

Selamat Pagi dan Salam Padiku Warisanku Rezekiku.

Sebagai pembuka kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, YB Dr. Norlela Ariffin; pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti; barisan jawatankuasa ‘Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 2020’ yang mana tahun ini diadakan secara maya atau virtual version dengan bertemakan “Pesta Padi to Your Home”.

Pada tahun lalu, saya berpeluang merasmikan sambutan Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 2.0 dan saya yakin penganjuran tahunan ini akan terus berkembang ke peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

Umumnya, publisiti sambutan pada tahun lalu khususnya menerusi platform media sosial seperti Facebook dan YouTube telah berjaya menarik 5000 pengunjung bukan hanya penduduk tempatan malah juga pelancong dari luar negara. Syabas!

Malah pada awal tahun ini, projek Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang telah memenangi Anugerah Cemerlang Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA) Tahun 2020 dalam “Green Initiative Category” pada peringkat kebangsaan. Kemenangan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Pulau Pinang bukan hanya setakat berupaya memajukan sektor pelancongan di bahagian pulau Negeri, malah juga telah memperkasakan agro-pelancongan berasaskan platform ‘Pelancongan Hijau’ di bahagian Seberang Perai.

Menerusi penganjuran serta publisiti yang diusahakan, saya yakin bahawa sektor ‘Pelancongan Hijau berasaskan sumber pertanian penting iaitu tanah bendang atau sawah padi di seluruh negeri Pulau Pinang dapat dikomersialkan lagi.

Serentak itu, Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang juga turut berupaya menyampaikan mesej kepentingan tanah sawah padi yang perlu dipelihara sebagai penyediaan jaminan makanan jaminan atau food security yang berterusan kepada negeri Pulau Pinang terutamanya pada krisis pandemik COVID-19 ini.

Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 2020. Pesta Padi, Padiku Warisanku, Rezekiku.

Sekian terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang