MAJLIS PENYERAHAN CEK BIASISWA KECIL NEGERI

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN CEK BIASISWA KECIL NEGERI

PULAU PINANG TAHUN 2020

28 OKTOBER 2020

 

BILIK GERAKAN, TINGKAT 28, KOMTAR

YB Profesor Dr. Ramasamy a/l Palanisamy

Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang

YB Dato’ Abdul Razak bin Jaafar

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Encik Amat Sazali bin Abu Hassan

Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP)

[Wakil Pengarah]

Para Pegawai Pendidikan JPNPP

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke Majlis Penyerahan Cek Biasiswa Kecil Negeri (BKN) Pulau Pinang Tahun 2020.

Berikutan pandemik COVID-19, Majlis Penyerahan Cek Biasiswa Kecil Negeri (BKN) yang lazim diadakan dengan menjemput para ibu bapa dan pelajar terpaksa ditangguhkan dan diadakan secara ringkas pada petang yang berbahagia ini.

Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah meluluskan pemberian biasiswa kepada 1,460 orang pelajar dari 117 buah sekolah di seluruh Negeri Pulau Pinang, yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM999,840.00. Pecahan adalah seperti berikut:

  1. Daerah Timur Laut - 242 orang pelajar dari 35 buah sekolah dengan perbelanjaan sebanyak RM171,360.00
  1. Daerah Barat Daya – 189 orang pelajar dari 13 buah sekolah dengan perbelanjaan sebanyak RM132,840.00
  • Daerah Seberang Perai Utara – 361 orang pelajar dari 25 buah sekolah dengan perbelanjaan sebanyak RM241,320.00
  1. Daerah Seberang Perai Tengah – 411 orang pelajar dari 29 buah sekolah dengan perbelanjaan sebanyak RM278,280.00
  1. Daerah Seberang Perai Selatan – 257 orang pelajar dari 15 buah sekolah dengan perbelanjaan sebanyak RM176,040.00

Jumlah pemberian adalah sebanyak RM600 kepada pelajar menengah rendah dan RM840 kepada pelajar menengah atas. Pemberian BKN ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008 dan telah memanfaatkan seramai 11,000 orang pelajar dengan kos perbelanjaan sebanyak RM23.39 juta.

Seperti mana yang semua sedia maklum, Kerajaan Negeri telah menaikkan kadar bayaran BKN ini sebanyak dua (2) kali iaitu pada tahun 2009 dan 2013.

Kenaikan kali pertama yang dibuat pada tahun 2009 melibatkan peningkatan sebanyak 100% iaitu dari RM240 kepada RM480 bagi pelajar menengah rendah dan dari RM360 kepada RM720 bagi pelajar menengah atas. Manakala kenaikan kali kedua pula ialah pada tahun 2013 dengan melibatkan kenaikan sebanyak RM120 bagi setiap kategori menjadikan kadar baru BKN adalah RM600 bagi menengah rendah dan RM840 untuk menengah atas.

Kerajaan Negeri berharap agar pemberian BKN ini dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh para ibu bapa terutama daripada keluarga berpendapatan rendah dan sekaligus menjadi penyuntik semangat kepada para pelajar untuk meneruskan pembelajaran meskipun berdepan pelbagai kesukaran dan cabaran terutama ketika pandemik COVID-19 ini.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang