MAJLIS PECAH TANAH RESIDENSI BUKIT GELUGOR

UCAPAN YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG, TUAN CHOW KON YEOW PADA MAJLIS PECAH TANAH RESIDENSI BUKIT GELUGOR

27 DISEMBER 2020 | 9.15 PAGI

________________________________________________

 

Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida Kamaruddin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Yang Berhormat Tuan Jadgeep Singh Deo

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa

Yang Berhormat Tuan Ramkarpal Singh

Ahli Parlimen Bukit Gelugor

Yang Berhormat Puan Syerleena Abdul Rashid

ADUN Seri Delima

Yang Berbahagia Dato’ Ar. Yew Tung Seang

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd. Nazri Md. Shariff

Ketua Pegawai Eksekutif

Perbadanan PRIMA Malaysia

Yang Setia Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Saadon Moktar

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Alex Ooi

Pengerusi Eksekutif

Ideal Property Group

Yang Berbahagia Puan Sri Datuk Joanne Phor

Pengarah Eksekutif

Ideal Property Group

Rakan-rakan media dan para hadirin yang dihormati sekalian,

Salam sejahtera.

Saya amat berbesar hati dapat menghadiri upacara pecah tanah projek Residensi Bukit Gelugor pada pagi ini, iaitu sebuah projek yang bakal menyediakan 2,850 unit Rumah Mampu Milik (RMM) kepada rakyat negeri ini hasil usaha sama Kerajaan Persekututuan melalui Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pemaju, Ideal Property Group dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Umumnya, Kerajaan Negeri terlibat dalam kelulusan pelingkungan kawasan dan seterusnya Pelan Kebenaran Merancang diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri komited untuk membantu menyegerakan proses pertimbangan dan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang bagi projek-projek PR1MA selagi mana ianya mematuhi peraturan serta garis panduan yang ditetapkan.

Hadirin sekalian,

Cadangan pada peringkat awal untuk tanah berukuran 16.2 ekar ini merupakan pembangunan bercampur. Atas permintaan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PR1MA telah bersetuju untuk menggunakan tanah ini dengan komponen Rumah Mampu Milik (RMM) sepenuhnya demi kebaikan rakyat Pulau Pinang. Semangat dan kerjasama berpasukan di antara kedua-dua Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri dalam ‘merumahkan’ rakyat Pulau Pinang harus diteruskan di lain-lain projek PR1MA di negeri ini bagi menjamin kesejahteraan rakyat Pulau Pinang secara menyeluruh.

Setakat ini, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan secara rasmi bahawa terdapat empat (4) projek PR1MA dalam peringkat perancangan dan peringkat awal pembinaan termasuk dua (2) di sini seperti berikut:

Bil.

Lokasi

Pemaju

Komponen

1.

Lot 3362 (Plot B), Jalan Lembah/Jalan Bukit Gambir

Tetuan Ideal Capital Venture Sdn. Bhd.

212 unit RMM B dan 905 unit RMM C (Asal)

2.

Lot 3363 (Plot C), Jalan Lembah/Jalan Bukit Gambir

Tetuan Ideal Capital Venture Sdn. Bhd.

1,218 unit RMM C dan 66 unit kedai/pejabat (Asal)

3.

Jalan Sungai Batu, Batu Feringghi

Tetuan Eastscape Vista Sdn. Bhd.

1,248 unit RMM C

4.

Permatang Pauh

Tetuan Excell Focus

1,017 unit RMM C

Dengan persetujuan itu, cadangan pembangunan baharu bagi projek Residensi Bukit Gelugor bakal melibatkan pembinaan sejumlah 2,850 unit RMM C di atas dua (2) lot tanah iaitu Lot 3362 (Plot B) dan Lot 3363 (Plot C). Setiap unit berukuran 850 kaki persegi minima dicadangkan untuk dijual pada kawalan RM300,000 yang merupakan satu tawaran amat baik mengambil kira lokasi strategik berhampiran dengan pelbagai ameniti termasuk dihubungkan dengan Island Glades

Selain itu, komponen pembinaan di projek Residensi Bukit Gelugor ini akan turut mengandungi fasiliti guna sama bagi kegunaan penduduk seperti gelanggang badminton, kolam renang, taman rekreasi, dewan komuniti serta taman permainan kanak-kanak. Projek ini dijangka akan mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan faktor lokasi yang amat strategik. Malah, saya turut dimaklumkan bahawa kerja-kerja awalan pembinaan telah bermula pada Disember 2020 dan dianggarkan siap pada suku ketiga tahun 2024.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas inisiatif serta komitmen mereka yang sememangnya dapat membantu kepentingan rakyat, selain meningkatkan pembekalan Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri Pulau Pinang.

Saudara dan saudari sekalian,

Usaha menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) secukupnya sentiasa menjadi keutamaan pembangunan Kerajaan Negeri yang mana sasaran penyediaan sebanyak 180,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) yang ditetapkan di bawah Visi Penang2030 sebelum ini telah ditingkatkan kepada 220,000 unit.

Berdasarkan rekod sejak 2008 sehingga kini, terdapat peningkatan terhadap pembekalan Rumah Mampu Milik (RMM) sebanyak 106,742 unit membabitkan pelbagai peringkat iaitu dengan komposisi pecahan sejumlah 34,388 unit telah siap, diikuti dengan sejumlah 23,046 unit sedang dalam pembinaan termasuk unit-unit yang dilancarkan hari ini manakala baki 49,308 unit masih dalam peringkat perancangan atau Kebenaran Merancang.

JENIS RMM

SIAP

BINA

RANCANG

JUMLAH

34,388

23,046

49,308

106,742

A

15,453

3,201

7,962

26,616

B

12,751

4,266

9,978

26,995

C

6,184

15579

31,368

53,131

(Nota : 2,866 RMM C mengikut rekod Perumahan bagi PRIMA iaitu 1,312 Plot B dan 1,554 Plot C sebelum ini).

Pada kesempatan ini, saya juga doakan semoga projek Residensi Bukit Gelugor berjalan dengan lancar dan saya yakin bahawa projek ini akan disiapkan dengan jayanya demi kepentingan rakyat secara menyeluruh.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang