MAJLIS SUMBANGAN KOMPUTER DARI HOTAYI DI BAWAH PROGRAM KOMPUTER e-PEMBELAJARAN

SUMBANGAN KOMPUTER DARI HOTAYI DI BAWAH PROGRAM KOMPUTER e-PEMBELAJARAN

16 FEBRUARI 2021

BILIK GERAKAN, KOMTAR

_____________________________________________

YB Puan Chong Eng

Eexco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Task Force Program Komputer e-Pembelajaran Pulau Pinang

Dato' Seri Lee Hung Lung

Pengerusi Hotayi Electronic (M) Sdn. Bhd. 和泰电子董事长拿督斯里李鸿隆

Cik Goh Guek Eng

Pengarah Urusan Hotayi Electronic (M) Sdn. Bhd. 和泰电子总经理吴贵樱

Dr. Ngoo Seong Boon

Naib Pengerusi Task Force Program Komputer e-Pembelajaran Pulau Pinang

Encik Ryan Lim

Pengurus Besar, Swisspac Resources Sdn. Bhd.

PENGHARGAAN ditujukan kepada Hotayi Electronic (M) Sdn. Bhd. atas sumbangan 100 buah komputer terpakai (25 komputer riba dan 75 desktop) yang keseluruhannya bernilai RM100,000, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah diterima oleh Task Force Program Komputer e-Pembelajaran Pulau Pinang kini adalah sebanyak 927 komputer.

Sehingga kini, program ini telah memberi manfaat kepada 730 pelajar terpilih untuk menerima komputer berkaitan secara percuma. Sebanyak 97 komputer juga turut diagihkan secara percuma kepada 6 sekolah terpilih.

Di samping itu, sejumlah 438 orang pelajar dan enam (6) guru juga turut menerima manfaat di bawah Skim Pinjaman Komputer. Bukan sahaja komputer, tetapi sebanyak 224 buah telefon bimbit pintar dan 60 router juga disediakan kepada mereka dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Saya difahamkan masih terdapat kira-kira 200 pelajar masih belum memperoleh komputer untuk tujuan e-pembelajaran. Oleh itu, di kesempatan ini, saya ingin menyeru supaya ada lagi pihak korporat dan juga orang perseorangan untuk terus menderma komputer lama kepada Kerajaan Negeri bagi dibaiki agar kita dapat sama-sama membantu lebih ramai pelajar sekaligus merealisasikan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara untuk mengurangkan ketidaksamaan Pendidikan pembelajaran dalam talian.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang