MAJLIS IFTAR & MERAIKAN PENERIMA-PENERIMA DARJAH KEBESARAN NEGERI PULAU PINANG

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS IFTAR & MERAIKAN PENERIMA-PENERIMA DARJAH KEBESARAN NEGERI PULAU PINANG ANJURAN PERSATUAN SAUDAGAR-SAUDAGAR PERMATA DAN PENUKAR WANG MUSLIM PULAU PINANG

 

21 APRIL 2021

YB Daniel Gooi Zi Sen

ADUN Pengkalan Kota

 

YB Teh Lai Heng

ADUN Komtar

Yang Dihormati Dr. Haji Anvar Hussain

Presiden Persatuan Saudagar-Saudagar Permata Dan Penutian Wang Muslim Pulau Pinang

Naib-Naib Presiden Persatuan Saudagar-Saudagar Permata Dan Penutian Wang Muslim Pulau Pinang

1)Tuan Haji Munower Sadiq

2)Tuan Haji Kader Ali Khan

Barisan Ahli Jawatankuasa  Persatuan Saudagar-Saudagar Permata Dan Penutian Wang Muslim Pulau Pinang

Para Jemputan

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan  Persatuan Saudagar-Saudagar Permata Dan Penutian Wang Muslim Pulau Pinang (MJMC) kerana sudi menjemput saya dan rakan-rakan ADUN di Parlimen Tanjong untuk turut serta dalam Majlis Iftar dan Majlis Meraikan Penerima-Penerima Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang pada petang yang berbahagia ini.

Sebagai sebuah persatuan yang berteraskan perniagaan, komitmen yang dimainkan oleh setiap individu dalam persatuan adalah sangat dipuji dan dihargai.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1973, MJMC  yang terdiri daripada gabungan dua (2) perniagaan berbeza yang terdiri daripada Peniaga Kedai Emas dan Pengurus Wang (Money Changer) dan diletakkan di bawah satu payung mempunyai keunikannya yang tersendiri.

MJMC bukan sahaja memainkan peranan yang penting dalam membantu kepentingan ahli-ahli persatuan dalam perihal urusan perniagaan tetapi turut mengambil pendekatan dengan membenarkan bangunan persatuan digunakan sebagai dewan masyarakat bagi manfaat dan kemudahan sokongan kepada masyarakat setempat.

Saya difahamkan bahawa pada tahun-tahun sebelum ini, bantuan kepada lebih kurang 250 orang akan disampaikan dalam Majlis Iftar sebegini, namun pada tahun ini bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dijaga, bantuan disampaikan terus kepada para penerima oleh ahli-ahli persatuan.

Ini merupakan satu langkah yang bijak dan terbaik kerana sememangnya dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19, kita semua perlu bersatu dan bekerjsama.

Kerajaan Negeri ingin memuji kepada semua ahli persatuan atas usaha murni ini yang tidak menjadikan COVID-19 sebagai alasan untuk berhenti daripada meneruskan aktiviti tanggungjawab korporat dan kebajikan sosial.

Saya dimaklumkan bahawa majlis pada malam ini turut meraikan ahli persatuan yang telah menerima Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang. Tahniah dan syabas saya ucapkan dan semoga dengan penghargaan ini dapat meningkatkan iltizam dan menjadikan anda semua terus bersemangat dalam menberikan khidmat dan bakti kepada masyarakat, sekaligus membantu merealisasikan Visi Penang2030.

Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi kepada barisan jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan majlis pada petang ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang