MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF KEMENANGAN SUKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (SKIMAS) KEPADA PEMENANG PINGAT KEJOHANAN PARALIMPIK REMAJA ASIA 2021 DI BAHRAIN
MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF KEMENANGAN SUKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (SKIMAS) KEPADA PEMENANG PINGAT KEJOHANAN PARALIMPIK REMAJA ASIA 2021 DI BAHRAIN
23 FEBRUARI 2022 (RABU), 1.45PM
TINGKAT 28, KOMTAR
YB. Soon Lip Chee
EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Sukan Negeri Pulau Pinang
Encik Harry Chai Heng Hua
Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Encik Ilias Bin Yahaya, Presiden
Persatuan Sukan dan Rekreasi Kurang Upaya Pulau Pinang (PESRON)
Cik Rashidah Binti Mat Saad
Setiausaha Kehormat, Persatuan Sukan dan Rekreasi Kurang Upaya Pulau Pinang (PESRON)
Saudara Zy Lee Kher
Atlet Para Remaja bagi Sukan Renang
Saudara Muhammad Amin bin Azmi
Atlet Para Remaja bagi Sukan Badminton
Puan Aminah binti Mohd Hashim
Ibu kepada Muhammad Amin bin Azmi
- Kejohanan Paralimpik Remaja Asia 2021 telah dilangsungkan pada 2 hingga 6 Disember 2021 di Bahrain.
- Seramai 13 atlet remaja telah mewakili Malaysia dalam kejohanan tersebut.
- Penyertaan atlet ke kejohanan berkaitan adalah berlandaskan kepada penyertaan melalui Majlis Paralimpik Malaysia yang mana telah mengambil bahagian dalam enam (6) jenis sukan daripada sembilan (9) jenis yang dipertandingkan merangkumi sukan Olahraga, Badminton, Boccia, Ping Pong, Renang dan Powerlifting membabitkan barisan atlet golongan ‘luar biasa’ berusia di antara 13 hingga 23 tahun.
- Secara keseluruhannya, kontinjen negara berjaya membawa pulang sejumlah tiga (3) pingat Emas, lima (5) pingat Perak dan lima (5) pingat Gangsa.
- Daripada 13 atlet remaja tersebut, dua (2) atlet merupakan anak kelahiran Pulau Pinang, iaitu:-
- Adik Zy Lee Kher, dari acara renang para, berumur 15 tahun merupakan anak jati Pulau Pinang yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
- Adik Muhammad Amin Azmi, dari acara para badminton, berumur 18 tahun juga berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
- Menerusi acara renang para, atlet Pulau Pinang menerusi Zy Lee Kher telah berjaya menyumbang satu (1) pingat Emas, satu (1) Pingat Perak dan satu (1) Pingat Gangsa dalam Kategori Renang Para iaitu:-
PINGAT |
JENIS ACARA & CATATAN MASA |
Emas |
Men's 200m Freestyle S1-5 with a time of 3:02.91 |
Perak |
Men's 50m Butterfly S2-7 event with a time of 59.09 |
Gangsa |
Men's 200m Ind. Medley SM5-10 - with a time of 3:58.69 |
- Manakala menerusi acara badminton para pula, atlet Pulau Pinang menerusi Muhammad Amin Azmi telah berjaya menyumbang satu (1) Pingat Perak dalam Kategori Badminton Para.
- Umumnya, Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SKIMAS) tidak memperuntukkan penyaluran insentif kewangan kejayaan bagi temasya sukan untuk Kategori Remaja.
- Namun, berlandaskan kepada kejayaan cemerlang dua atlet berkaitan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbesar hati meluluskan pemberian insentif kewangan kepada kedua-dua mereka pada kadar 10 peratus nilai insentif mengikut jadual di bawah.
Kejohanan Sukan Bertemasya Antarabangsa untuk Sukan PARA ASIA:-
ATLET PARALIMPIK / DEAFLYMPIC |
||
NILAI SEBENAR SKIMAS / PARA ASIA/ SUKAN PEKAK ASIA PASIFIK |
INSENTIF |
|
INDIVIDU PERAK GANGSA |
24,000.00 12,000.00 6,000.00 |
2,400.00 |
- Jumlah peruntukan yang diluluskan untuk pembayaran insentif kemenangan kepada dua atlet tersebut adalah berjumlah RM5,400.00, iaitu sebanyak RM4,200.00 kepada Zy Lee Kher (1 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa) dan Muhammad Amin Azmi (1 pingat Perak, RM1,200.00).