MAJLIS PERASMIAN GEORGE TOWN CITY CENTRE (GTCC)
TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN
GEORGE TOWN CITY CENTRE (GTCC)
27 MAC 2022
KOMTAR Walk
YB Teh Lai Heng
ADUN Komtar
Encik Ahmad Zuhairi Bin Ismail
Ketua Pegawai Eksekutif PDC
Mr C.C. Yeap
Pengurus Besar 1st Avenue Penang
Mr Khoo Boo Wooi
Ketua Pegawai Eksekutif Tech Dome Penang
Mr. Daniel Ng
Pengurus Prangin mall JMB
Ms Josephine
Pentadbir dan Pengurus Pemasaran ICT Mall
Mr KC Chew
Pengurus Besar The TOP
Selamat Petang dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur atas jemputan sempena Majlis Perasmian George Town City Centre (GTCC) pada petang yang berbahagia ini.
Seperti yang boleh dilihat, lokasi majlis kita ini adalah di Komtar Walk yang kini telah berwajah baharu, selepas melalui proses atau kerja-kerja naik taraf, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyuntik nilai tambah dan meningkatkan lagi potensi bangunan ikonik Komtar ini.
Dengan kos keseluruhan adalah RM2.8 juta, kerja pembangunan semula Komtar Walk dilaksanakan dalam dua (2) fasa iaitu fasa 1 melibatkan kerja-kerja perobohan ‘outlet F&B’, manakala fasa 2 pula melibatkan kerja-kerja seperti berikut:
a) Lot parkir direka bentuk semula dengan mengambil kira
keperluan untuk tempat mengambil dan menurunkan
penumpang (pick up & drop off point).
b) “Bus lay-by”
c) Penyediaan lot parkir untuk kereta (58 lot dan motosikal 43 lot).
d) Penaik taraf jubin lantai
e) Landskap di tapak.
f) Pembinaan 7 lot untuk F&B.
g) Menaik taraf tandas sedia ada (bersebelahan Pacific
Hypermarket).
Hadirin yang dihormati sekalian,
Hari ini kita akan melancarkan George Town City Centre (GTCC), di mana ia merupakan satu usaha rangsangan ekonomi khas khusus di kawasan George Town di bawah kolaborasi 6 pusat perniagaan di sekitar Komtar seperti Prangin Mall, 1st Avenue, The Top Penang, Komtar, Penang Tech Dome dan ICT Mall.
Ketika negara sedang berdepan dengan krisis pandemik COVID-19, ianya turut menyaksikan penurunan yang mendadak jumlah pengunjung ke pusat membeli-belah sehingga menjejaskan operasi dan perniagaan pusat ini.
Kerajaan Negeri berharap ia dapat memenuhi kepuasan dan memberikan suatu pengalaman yang hebat kepada para pengunjung, di samping persaingan yang lebih positif terhadap pasaran semasa dan mengembalikan semula peluang perniagaan kepada para pengusaha yang terjejas.
Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang telah menjayakan program yang cukup baik pada hari ini, termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, YB Teh Lai Heng.
Selaras dengan hasrat Pulau Pinang ke arah merealisasikan Visi Penang2030, semoga dengan jalinan dan kerjasama strategik daripada setiap pusat ini, kita dapat melengkapi keperluan dan kehendak antara satu sama lain.
Kerajaan Negeri ingin mengajak lebih banyak pihak penyewa di setiap pusat ini untuk menyertai kolaborasi agar kita dapat bersama-sama menyuntik aktiviti yang mampu menarik lebih banyak pengunjung sekaligus meningkatkan aktiviti dan ekonomi perniagaan.
Sekian, terima kasih.