KENYATAAN MEDIA OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG INKUIRI KHAS SIASAT PUNCA KEMATIAN DOKTOR PELATIH HPP)

KENYATAAN MEDIA OLEH

KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB TUAN CHOW KON YEOW

PADA 5 MEI 2022 DI KOMTAR, GEORGE TOWN

 

JAWATANKUASA INKUIRI KHAS SIASAT PUNCA KEMATIAN DOKTOR PELATIH HPP

 

Menteri Kesihatan digesa supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa inkuiri khas berhubung insiden kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP) baru-baru ini.

Penubuhan inkuri berkaitan adalah penting bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut dan mengelakkan kisah sedih serupa berulang lagi terutamanya melibatkan doktor-doktor pelatih di negara ini.


Pada dasarnya, Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak-pihak berkenaan perlu segera tampil menjelaskan kejadian yang berlaku, dan pada masa sama mengkaji serta merombak semula sistem pengurusan sedia ada sekiranya perlu terutamanya membabitkan tempoh masa penugasan doktor-doktor di institusi-institusi perubatan kini.

KKM tidak wajar berdiam diri dan membiarkan perkara ini berterusan. Strategi serta jalan penyelesaian yang wajar adalah perlu disegerakan demi jaminan sistem perubatan negara kita secara menyeluruh.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang