MAJLIS PERASMIAN PEJABAT PASUKAN TINDAKBALAS KECEMASAN KOMUNITI (CDERT-C) MPKK PAYA TERUBONG

 TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PEJABAT PASUKAN TINDAKBALAS KECEMASAN KOMUNITI (CDERT-C) MPKK PAYA TERUBONG

6 JUN 2022

LINTANG PAYA TERUBONG 3

YB Yeoh Soon Hin

ADUN Paya Terubong merangkap Penaung CDERT-C MPKK Paya Terubong

YB Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ahli Parlimen Bukit Gelugor

Yang Setia Kol. (PA) Ishak bin Mohd. Radzi

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pulau Pinang

Para Pegawai & Anggota APM Negeri Pulau Pinang

Para Pengerusi MPKK & Ketua Komuniti

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas jemputan sempena Majlis Perasmian Pejabat Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komuniti (CDERT-C) pada pagi ini.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, kita amat menyambut baik inisiatif penubuhan CDERT di pelbagai peringkat termasuklah yang melibatkan penyertaan dan penglibatan komuniti seperti di bawah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paya Terubong.

Dengan tertubuhnya CDERT di bawah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Paya Terubong ini juga, ia telah menjadikan keseluruhan 14 buah Pasukan Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT-C) yang ada di negeri ini.

Tahniah dan syabas kepada semua dan saya berharap inisiatif ini dapat diperluaskan lagi di seluruh negeri ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Khidmat CDERT yang bertindak sebagai ‘first responder’ ini sangat diperlukan dalam memberikan bantuan awal ketika berlakunya kecemasan.

Sebagai pemimpin dan wakil masyarakat yang dilantik untuk menganggotai pasukan ini, anda amat bertuah kerana ia bukan sahaja memberikan nilai tambah kepada diri sendiri tetapi kemahiran asas ini sangat bermanfaat untuk menyelamatkan keluarga dan orang-orang sekeliling.

Dengan pelbagai bentuk latihan dan perkongsian kepakaran yang diadakan secara berterusan dan konsisten, penglibatan peringkat komuniti ini bukan sahaja dapat memupuk kesiapsiagaan di kalangan penduduk setempat, malah lebih signifikan lagi sebagai pemudah cara kepada agensi penyelamat untuk menyalurkan bantuan memandangkan tuan-tuan adalah orang yang telah diberi kepercayaan untuk memimpin komuniti kampung sekali gus lebih dekat dengan penghuni setempat masing-masing.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang telah menyumbang ke arah pembentukan CDERT-C ini.

Adalah diharapkan agar matlamat kita untuk melihat penglibatan aktif seluruh masyarakat di dalam pengurusan bencana seperti banjir, ribut dan sebagainya akan dapat dicapai.

Semoga Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti MPKK Paya Terubong ini akan terus ke hadapan dalam menabur bakti kepada komuniti, negeri dan negara yang dicintai ini.

Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan Pejabat Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komuniti (CDERT-C) MPKK Paya Terubong.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang