FLAG-OFF OLYMPIC DAY BENDANG FUN WALK 2022
TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW
SEMPENA FLAG-OFF OLYMPIC DAY BENDANG FUN WALK 2022
23 JUN 2022 (7.15 PAGI)
KOMPLEKS SUKAN BALIK PULAU
_____________________________________________
YB Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Hussain
EXCO Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan
YB Soon Lip Chee
EXCO Belia dan Sukan
Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MoM)
YB Dato' Amar Pritpal bin Abdullah
Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
YB Haji Mohd Tuah bin Ismail
ADUN Pulau Betong
YB Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik
Ahli Parlimen Balik Pulau
Dato’ Chong Kim Fatt
Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MoM)
Dato’ Mohd Nazifuddin bin Mohd Najib
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MoM)
Encik Harry Chai Heng Hua
Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Encik Cheah Ban Cheng
Timbalan Pengerusi ke-2, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Ahli Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MoM)
Ahli Pengurusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Wakil Agensi, Para Penaja & Peserta
Rakan-rakan Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama kepada lebih 1,200 peserta yang cukup bersemangat untuk memulakan acara jalan kaki Oympic Day Bendang Fun Walk pada pagi yang berbahagia ini.
Acara berjalan kaki sejauh 6km ini merupakan acara kemuncak yang amat dinanti-nantikan, sejak Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang 2022 dimulakan pada 15 Mei 2022 dengan pelbagai jenis penganjuran acara sukan, antaranya adalah seperti Pearl of the Orient Rould Island Ultra Run 2022 (PoTOUR), Youth Golf Tournament, Kejohanan Bola Keranjang 3 on 3, Kejohanan Bola Sepak Bawah 14 Tahun, Olympic Day 6KM Fun Run serta Karnival-Karnival Komuniti yang telah dilaksanakan di kelima-lima daerah di negeri ini.
Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) atas peluang yang diberikan kepada Pulau Pinang untuk menjadi tuan rumah sekali lagi bagi penganjuran temasya berprestij yang diadakan bersempena Hari Olimpik Sedunia yang disambut pada 23 Jun setiap tahun.
Sesungguhnya, kepercayaan dan keyakinan yang diberikan ini merupakan salah satu bentuk pengiktirafan dan memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada negeri Pulau Pinang terutama dalam usaha kita untuk melahirkan lebih ramai atlet dan bakat-bakat muda.
Untuk makluman semua, pada tahun 2019 Kerajaan Negeri telah diberikan mandat buat kali pertamanya oleh MoM untuk menganjurkan Karnival Olimpik Pulau Pinang di Padang Kota Lama, dan tahun ini pihak Kerajaan sekali lagi telah diberikan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab tersebut sekali lagi.
Oleh demikian, Kerajaan Negeri melalui MMK Belia dan Sukan di bawah YB Soon Lip Chee, EXCO Belia dan Sukan telah bergerak untuk menganjurkan Karnival Olimpik yang berkonsepkan untuk memupuk semangat perpaduan komuniti dalam wadah sukan.
Saya berharap dengan penganjuran Karnival Olimpik seperti ini, rakyat dari seluruh pelusuk masyarakat dan komuniti, tidak kira bangsa, umur atau agama, dapat sedikit sebanyak menikmati kembali aktiviti bersukan komuniti selepas memerangi pandemik COVID-19 selama dua (2) tahun ini serta diberikan pendedahan kepada Pergerakan Sukan Olimpik dan nilai-nilai
“Olympism”.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama menikmati pemandangan dan suasana yang indah di Balik Pulau ini semasa kita menjalankan Bendang Walk nanti. Saya yakin program ini akan memberi impak yang besar kepada pembangunan sukan kepada komuniti dan industri sukan.
Dengan kata-kata ini, saya merasmikan Olympic Day Bendang Fun Walk 2022!
Happy Olympic Day!
Sekian, terima kasih.