MAJLIS JAMUAN PENGHARGAAN PENGANJURAN KARNIVAL OLIMPIK KOMUNITI PULAU PINANG 2022

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS JAMUAN PENGHARGAAN PENGANJURAN KARNIVAL OLIMPIK KOMUNITI

PULAU PINANG 2022

23 JUN 2022

LEXIS SUITE, TELUK KUMBAR

 ____________________________________________________

 

YB Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain

EXCO Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan

 

YB Soon Lip Chee  

EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang

 

Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria            

Presiden Majlis Olimpik Malaysia

 

YB Dato' Amar Pritpal bin Abdullah

Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Kawasan Sungai Bakap

 

 

YB. Haji Mohd Tuah bin Ismail

ADUN Kawasan Pulau Betong

 

YB. Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik

Ahli Parlimen Balik Pulau

 

Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Senator

 

Dato’ Chong Kim Fatt        

Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia

Dato’ Mohd Nazifuddin      

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia

 

Encik Harry Chai Heng Hua

Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Ahli Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia

Ahli Pengurusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Para Penaja, Para Rakan Media, Para Peserta sekalian,

Salam Sejahtera & Salam LovePenang.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan Majlis Jamuan Penghargaan Penganjuran Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang 2022 pada malam yang berbahagia ini.

Sesungguhnya saya amat gembira untuk turut serta sekali lagi bagi bersama-sama dengan para hadirin sekalian selepas acara berjalan kaki Bendang Walk yang berlangsung di Balik Pulau pagi tadi.

Sejak dimulakan pada 15 Mei 2022 dengan pelbagai jenis penganjuran acara sukan, maka pada malam ini berakhirlah sudah secara rasminya penganjuran Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang 2022.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia (MoM), khususnya kepada semua delegasi dan barisan Jawatankuasa MoM yang telah memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada Pulau Pinang buat kali keduanya untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran karnival ini.

Pulau Pinang amat berbesar hati untuk menerima dan menggalas tanggungjawab ini, selaras dengan semangat LovePenang yang kita telah lancarkan baru-baru ini. Slogan dan laungan LovePenang telah dapat diaplikasikan dalam perkembangan dan pembangunan sukan di semua peringkat masyarakat dan komuniti.

Dengan adanya prinsip LovePenang, saya percaya nilai-nilai murni dan semangat yang diutamakan melalui “Olympism” seperti Kecemerlangan (Excellent), Persahabatan (Friendship) dan Penghormatan (Respect) dapat menjadi panduan dan diterapkan dengan lebih mendalam di kalangan masyarakat di negeri ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Meskipun berdepan cabaran penganjuran dalam Fasa Peralihan ke Endemik, namun pasukan kita di sini telah memberikan komitmen yang begitu tinggi bagi memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) yang terbaik dapat dilaksanakan.

Melalui pelbagai penganjuran acara sukan di kesemua lima daerah di negeri ini, sambutan  yang diterima adalah amat memberangsangkan di mana Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang 2022 telah berjaya merekodkan jumlah penyertaan sebanyak 6000 orang!

Tahniah dan syabas semua.

Saya  tidak bercadang untuk berucap panjang, justeru bagi mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Penganjuran, khususnya Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) yang dipimpin oleh Encik Harry Chai Heng bersama dengan pasukan beliau, semua agensi Kerajaan Negeri, Persatuan-Persatuan Sukan Negeri, pihak penaja, para sukarelawan dan semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan penganjuran Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang 2022!

Tonight is your night. Well done for all the effort that has been put in! Happy Olympic Day!

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang