MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH BAGI PERSATUAN BOMBA SUKARELA TAMAN SUKUN BUKIT MERTAJAM

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH BAGI PERSATUAN BOMBA SUKARELA

TAMAN SUKUN BUKIT MERTAJAM

31 JULAI 2022

YB Phee Boon Poh

EXCO Alam Sekitar dan Kebajikan

Yang Berusaha Tuan Mohd Hafiz Hafizal bin Timaradin

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang

Yang Berusaha Tuan Yuhannas Faizal Bin Othman

Penolong Kanan Penguasa Bomba Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang

 

Yang Berbahagia Dato Lee See Nee

Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela kawasan Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah

YBrs. En. Loh Choon Chuan

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Persatuan Bomba Sukarela Taman Sukun Bukit Mertajam

YBrs. En. Loh Soon Lee

Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Taman Sukun Bukit Mertajam

Ybrs. Tuan Mohamad Shahir Bin Samsudin

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bukit Mertajam

Anggota – Anggota Bomba Sukarela Taman Sukun, Bukit Mertajam

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada atas jemputan sempena Majlis Pecah Tanah Pembinaan Balai Bomba Sukarela Taman Sukun Bukit Mertajam pada petang yang berbahagia ini.

Selepas mengalami kesulitan apabila tapak yang didiami sebelum ini seringkali mengalami banjir, kini impian Persatuan Bomba Sukarela Taman Sukun untuk mempunyai sebuah balai yang lebih selesa hampir dapat direalisasikan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang telah memberikan kerjasama yang sewajarnya bagi membolehkan penyewaan tanah dibuat bagi membina balai yang baharu dengan bayaran hanya RM112.00 setahun.

Sejak ditubuhkan secara rasminya pada 26 Mac 2014, pembangunan projek ini sudah tentu dilihat sebagai suatu keperluan bagi memberikan keselesaan kepada pasukan ini yang kini telahpun mempunyai keanggotaan seramai 41 orang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya dimaklumkan bahawa projek pembinaan Balai Bomba Persatuan Bomba Sukarela Taman Sukun Bukit Mertajam ini  menelan kos sebanyak RM350,000 namun disebabkan sumbangan ini masih tidak mencukupi, saya berharap lebih ramai lebih ramai individu, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat dapat tampil menghulurkan bantuan.

Sumbangan ini amat penting bagi memudahkan kelancaran projek pembinaan ini, sekaligus meningkatkan kecekapan pasukan ketika menjalankan tugas-tugas secara sukarela demi menjaga rakyat yang tinggal dalam kawasan Bukit Mertajam ini khususnya dan Daerah Seberang Perai ini amnya.

Sumbangan kelompok ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Dengan adanya pasukan bomba sukarela di komuniti, mereka sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang menghadapi kesulitan terutamanya apabila berlaku kebakaran.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang menjayakan majlis ini. Saya berharap projek pembinaan ini dapat berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dijadualkan.

Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacita merasmikan Majlis Pecah Tanah Balai Bomba, Persatuan Bomba Sukarela Taman Sukun, Bukit Mertajam.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang