MAJLIS JAMUAN MAKAN AMAL ULANGTAHUN KE-22 PERSATUAN BOMBA SUKARELA VALDOR DAN PERASMIAN JENTERA BOMBA BAHARU SKYLIFT  

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS JAMUAN MAKAN AMAL ULANGTAHUN KE-22 PERSATUAN BOMBA SUKARELA VALDOR DAN PERASMIAN JENTERA BOMBA BAHARU SKYLIFT

 

9 SEPTEMBER 2022

DEWAN SRJK © KAMPUNG VALDOR

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas jemputan bagi bersama-sama meraikan Majlis Jamuan Makan Amal Ulang Tahun Ke-22 Persatuan Bomba Sukarela Valdor, Seberang Perai Selatan (SPS) pada malam yang berbahagia ini.

Syabas dan tahniah kepada seluruh Pasukan Bomba Sukarela Valdor atas pencapaian dan sumbangan bakti serta kudrat sepanjang 22 tahun dalam memikul dan melaksanakan kerja-kerja sukarelawan  di negeri ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sambutan Ulang Tahun pada malam ini membuktikan kesepaduan antara pihak pengurusan dan para ahli persatuan ini yang menjadi faktor utama menyumbang kepada kelangsungan pasukan ini secara keseluruhannya.

Sememangnya, untuk bertahan sehingga tahap ini bukan sesuatu yang mudah. Kejayaan pada hari ini dicapai hasil kesepakatan daripada anda semua yang ikhlas dan komited dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Sebagai antara pasukan yang paling aktif menjalankan operasi menyelamat dan memadam bukan sahaja di sekitar kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) tetapi turut meliputi seluruh negeri ini, saya berharap peluang ini dapat digunakan sebaiknya oleh para ahli untuk membina keyakinan dan menaiktarafkan kemahiran masing-masing agar kecekapan kerja-kerja penyelamatan dapat diperkasakan.

Penerimaan masyarakat terhadap Persatuan Bomba Sukarela (PBS) kini semakin baik, justeru anda semua memainkan peranan yang sangat penting untuk menjadi ‘role model’ dalam membantu masyarakat melalui perkhidmatan yang ditawarkan.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada pasukan ini yang berjaya membeli satu lagi jentera bomba baharu (skylift model hino), menjadikan keseluruhan jentera bomba yang dimiliki oleh pasukan ini adalah sebanyak lima (5) buah jentera.

Semoga dengan kelengkapan fasiliti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para ahli pasukan untuk terus memberikan yang terbaik dalam mendepani kerja-kerja penyelamatan di bawah skop Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

 

大家晚上好。感谢大会邀请我出席今晚槟州威南华都志愿消防队晚宴。    

据我了解,华都志愿消防队是在1998年购买第一辆,价值2万令吉的消防车,当时是靠华都村一些善心人士的拨款购买。之后在2000年正式成立了消防队,至今已迈入第22周年。

大家都知道,消防人员的工作并不简单,可说是最危险的工作之一。他们勇敢无畏,把别人的生命放在首位,无论多么艰难,都坚守岗位,挺身而出,为人民服务。就如华都志愿消防队,除了平日的服务,之前槟城面临大制水,他们也到各区分派水源给有需要的人民。此外,他们也曾到灾区,比如彭亨州文冬帮忙赈灾。他们无私的奉献,值得我们敬佩和赞扬。

 

而作为志愿消防队,所面对的挑战不仅仅是艰难的任务,还包括资源,比如土地、会所、资金、消防车、各种设施的问题等等。这需要拥有无私奉献的精神,才能一直坚持,就好像华都志愿消防队坚持了22年,真的很不简单。

我很开心看到,如今的华都志愿消防队设备越来越完善,目前也购买了第五辆云梯消防车,以应付高楼的火患或紧急事件。

 槟州政府向来都秉持着“以民为本”的理念,将人民的福祉放在首位。很欣慰槟州有许多非政府组织团体,包括前线人员们一直以来都配合州政府,尽心尽力协助人民。州政府一直都很珍惜,尤其伟大的前线人员,包括消防人员的付出。因此州政府也尽力协助,比如给予拨款、协助义消队申请土地等等,让他们可以更顺利地为民服务。

最后,我再一次感谢你们的无私奉献。我也希望,槟州威南华都志愿消防队可以继续壮大,善心人士也可以继续多多支持他们。谢谢。

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang