MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN TARIAN SINGA DI ATAS TIANG PULAU PINANG KALI KE-11  

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN TARIAN SINGA DI ATAS TIANG PULAU PINANG KALI KE-11

 

30 OKTOBER 2022

PUSAT ECO PELANCONGAN SPU, PINANG TUNGGAL

 

 

YB Yeoh Soon Hin

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif

 

Encik Lay Hock Peng

Pegawai Penyelaras, Pejabat Pegawai Penyelaras Khas Ketua Menteri

 

Encik Tan Hock Lai

Pengerusi Persatuan Sukan dan Kebudayaan Tiong Hua Kepala Batas

Para Peserta

Rakan-rakan Media

Tuan- tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Salam Sejahtera.

Setelah berentap selama tiga (3) hari bermula 28 Oktober (Jumaat), maka malam ini secara rasmi tamatlah sudah pertarungan 21 buah pasukan bagi merebut kejuaraan sempena Pertandingan Tarian Singa Di Atas Tiang Antarabangsa Pulau Pinang Kali Ke-11 yang diadakan buat julung kalinya di Pusat Eko Pelancongan SPU, Pinang Tunggal ini.

Setelah lebih dua (2) tahun “berehat” akibat pandemik COVID-19, hari ini kita semua berpeluang untuk menyaksikan kehebatan “singa” dan “naga” beraksi kembali.

Ini merupakan tahun ke-11 Kerajaan Negeri menganjurkan pertandingan sedemikian, dan saya amat gembira kerana penyertaan kali ini tidak hanya terhad kepada pasukan dari Malaysia sahaja, tetapi juga turut menarik para peserta dari Singapura, Vietnam dan Indonesia.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, suka untuk saya rakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada jawatankuasa penganjur dari Pejabat Pegawai Penyelaras Khas Ketua Menteri bersama-sama dengan Persatuan Sukan & Kebudayaan Tiong Hua Kepala Batas dan Pusat Eko Pelancongan SPU selaku tuan rumah yang begitu komited dalam memastikan kelancaran dan kemeriahan program ini.

Meskipun saya difahamkan para peserta berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri di tapak yang baharu, namun saya percaya dengan kemampuan dan keupayaan para peserta untuk mengatasinya permasalahan dengan sebaiknya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sepertimana yang semua sedia maklum, tarian singa dan naga ini adalah antara warisan dan budaya yang cukup tinggi nilainya. Peredaran masa telah menyaksikan penyertaan tarian ini tidak lagi hanya terhad kepada kaum cina, sebaliknya ia telah menarik minat kaum-kaum lain untuk turut menyertainya.

Perkembangan sihat ini menunjukkan semangat harmoni dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini dan saya berharap semangat ini akan terus mekar dalam diri setiap peserta.

Diharapkan melalui penganjuran acara ini juga, kita bukan sahaja mempromosikan tarian singa dan naga ini secara meluas tetapi juga turut meletakkan Pulau Pinang khususnya kawasan Seberang Perai sebagai destinasi pelancongan kebudayaan pilihan di rantau ini.

大家晚上好,感谢大会邀请我出席为今晚第十一届槟城国际高桩舞狮邀请赛。

据我了解,这场邀请赛是从10月28日(星期五)开始,经过3天的奋战,今晚将是21支队伍的冠军之战。

过去两年,我们经历了史无前例的新冠肺炎疫情,而这赛事也因此被迫停了2年。很开心今天再一次参与见证高桩舞狮表演/比赛的盛况。

这是槟州政府第11年举办这样的比赛,很欣慰看到这次的参赛队者不仅限于来自马来西亚的队伍,还吸引了来自新加坡、越南和印尼的海外参赛队伍。

各位,舞狮和舞龙是华人旅行悠久的文化之宝。值得欣慰的是,舞龙舞狮不在限于华人,反而也吸引了其它种族的参与。这体现了我国人民和谐团结的精神,也希望所有的团员们继续提倡这样的精神,在国内甚至国际舞台上,为大家献出独特的“马来西亚式“演出。

最后,希望通过这次活动的举办,可以更广泛推广这项运动,也让槟城,尤其是威省定位为槟州首选的文化旅游目的地。谢谢。

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang