MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BADMINTON PIALA KETUA MENTERI 2023

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BADMINTON PIALA KETUA MENTERI 2023

 

29 MEI 2023 | HOTEL ICONIC

YB Goh Choon Aik

ADUN Bukit Tambun

YB Gooi Hsiao Leung

ADUN Bukit Tengah

Encik Harry Chai Heng Hua

Pengarah, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

Bekas Pemain dan Ikon Badminton Pasukan Negara:

  1. Ong Ewe Hock
  2. Mohd Roslin bin Hashim
  3. Lee Yin Yin
  4. Ong Ewe Chye

 

Encik Farid Yunus

CEO, redONE Networks Sdn. Bhd.

Dato’ Seri Tan Kean Tatt

Pengarah Urusan, Iconic Worldwide Berhad

Encik Lee Cheun Wei

Pengarah Urusan, Ancom Berhad

Encik Lau Chee Keong

COO Kumpulan & Pengarah Eksekutif, UMC Berhad

 

Encik Wong Hon Weng

Pengarah Eksekutif, Farlim Group Berhad

 

Encik Tan Kah Hean

Baguss Trophy

Encik Tang Soon Lai

Jessell Ball Pearl City Sports Centre

 

Encik Aldent Khor

Crystal Pure Water

Ivy Heng

Celsius

Para Pasukan & Peserta Piala Ketua Menteri 2023

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Nota Percakapan:

  • Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Badminton Piala Ketua Menteri 2023 yang diatur pada malam yang berbahagia ini.
  • Secara peribadinya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dari Pusat Khidmat Parlimen Batu Kawan, para penaja dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan badminton yang telah berlangsung selama dua (2) hari pada Sabtu dan Ahad yang lalu.
  • Saya gembira dengan komitmen, keazaman dan semangat kerja berpasukan yang telah ditunjukkan oleh kesemua 150 peserta yang terdiri daripada 12 pasukan di bawah empat (4) kategori bagi merebut Piala Ketua Menteri 2023.
  • Kalah dan menang itu adat permainan, dan saya berharap kesemua pemain dan 12 pasukan yang telah beraksi dalam pertandingan ini memperolehi pengalaman dan pendedahan yang cukup berharga.
  • Tahniah dan syabas kepada empat (4) pasukan yang akan menerima hadiah sebentar nanti, masing-masing sebanyak RM5,000 untuk juara, RM3,000 (naib juara), RM1,500 (tempat ketiga) dan RM1,000 (tempat keempat).
  • Dengan pemberian ini, diharapkan ia dapat menaikkan lagi semangat semua peserta agar terus berusaha untuk meningkatkan prestasi dan mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.
  • Seperti yang saya katakan semasa ucapan pembukaan tempoh hari, kita di peringkat Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) akan terus memberi perhatian khusus dalam agenda pembangunan dan kemajuan seperti sukan badminton ini sebagai platform untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat muda yang suatu hari nanti mampu menjadi pelapis dalam sukan badminton ini.
  • Selain menggalakkan rakyat bergiat aktif dalam sukan dan memastikan kekal cergas dan sihat, program ini turut memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan, selaras dengan hasrat Visi Penang2030 untuk mewujudkan komuniti yang cergas dan cerdas di samping melahirkan modal insan yang aktif dan produktif.
  • Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita berpeluang untuk bekerjasama lagi pada program-program yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

PIALA KETUA MENTERI

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang