MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ECO SCHOOL VOCATIONAL TRAINING

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM

ECO SCHOOL VOCATIONAL TRAINING

 

22 JULAI 2023 (SABTU)

SMK VALDOR

__________________________________

 

YB Phee Boon Poh

Exco Alam Sekitar Dan Kebajikan

 

Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

 

Yang Berusaha Tuan Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid

Setiausaha Bandaraya, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

 

Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Rashid bin Abdul Samad

Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP)

 

YBhg. Dato’ Lee Teong Li

Pengurus Projek Pengumpulan Komputer Terpakai Kelab Lions Bayan Baru

 

Yang Berusaha Encik Aye Choy

Pengetua SMK Valdor

 

Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) & Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP)

Seluruh Kakitangan Lions Club, Politeknik Metro Tasek Gelugor dan Flextronics

 

Rakan-Rakan Media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Pada petang yang berbahagia ini, saya amat gembira dan teruja untuk menerima jemputan ke Majlis Perasmian Program Eco School Vocational Training di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Valdor, daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Sepertimana yang dinyatakan dalam ucapan Datuk Bandar sebentar tadi, pujian harus diberikan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP),  SMK Valdor, syarikat Flextronics Penang, Kelab Lions Bayan Baru dan Politeknik Metro Tasek Gelugor atas kolaborasi an kerjasama cemerlang bagi menjayakan projek perintis ini.  

Dan seperti yang dinyatakan juga, gerak kerja pada hari ini adalah kesinambungan daripada satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani di antara kedua-dua PBT negeri (MBSP dan MBPP), bersama bandar Maia dan Villa de Famalicao di Portugal di bawah kelolalan International Urban and Regional Cooperation (IURC) European Union pada tahun 2022 yang lalu bagi berkongsi dan mempelajari amalan terbaik setiap bandar terutamanya berkaitan dengan aktiviti eko komuniti.

Berbekalkan pengalaman yang diraih sewaktu bekerjasama dengan pihak IURC, hari ini saya gembira apabila MBSP telah mengorak langkah setapak maju ke hadapan dengan memulakan inisiatif ini.

Tahniah dan syabas kepada MBSP!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengetua SMK Valdor, para guru dan khususnya kepada 25 pelajar yang terpilih atas kesudian untuk meneroka peluang baharu ini demi kemajuan pelajar dan sekolah secara keseluruhannya.

Dalam program ini, para pelajar yang terpilih akan diberi latihan secara praktikal berkenaan cara-cara membaiki komputer. Dengan skop pembelajaran yang disediakan oleh pihak politeknik dan kepakaran tenaga pengajar dari Flex, diharap selain membantu pihak sekolah membaiki komputer-komputer milik sekolah yang rosak, program berbentuk TVET seperti ini akan memberi nilai tambah kepada para pelajar yang terpilih dan saya difahamkan selepas akhir program ini, para pelajar yang terlibat akan memperoleh sijil yang akan dikeluarkan oleh Politeknik Metro Tasek Gelugor.

Kita berharap model program ini dapat dijadikan contoh dan mampu menarik minat para pelajar untuk mendalami bidang teknikal dan vokasional, sekaligus membuka peluang kepada MBSP dan para pemain industri untuk meneruskan projek ini.

Di Pulau Pinang, kita bangga untuk menyatakan bahawa inisiatif seumpama yang telah digerakkan sangat membantu pembangunan modal insan bernilai tinggi di negeri ini.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu anak-anak negeri ini ke arah   meningkatkan nilai pendidikan, antaranya melalui Penang Skill Development Centre (PSDC) di mana peruntukan RM175,000 di bawah program German Dual Vocational Training, Penang Science Cluster (PSC) dan Penang Youth Development Corporation (PYDC).

Melalui kerjasama strategik yang mengguna pakai elemen Public Private Partnership (PPP) melibatkan perkongsian kepakaran dalam memberi latihan berbentuk program pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), maka kita yakin aspirasi Visi Penang2030 dan agenda dalam memperkasakan TVET mampu direalisasikan dengan jayanya.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada MBSP, SMK Valdor, syarikat Flextronics Penang, Kelab Lions Bayan Baru, Politeknik Metro Tasek Gelurog dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Dengan ini saya merasmikan Program Eco School Vocational Training SMK Valdor.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang