“SOFT LAUNCHING” JENTERA LORI BOMBA SERBAGUNA PASUKAN BOMBA SUKARELA KUALA SUNGAI PINANG BALIK PULAU

NOTA PERCAKAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW SEMPENA “SOFT LAUNCHING” JENTERA LORI BOMBA SERBAGUNA PASUKAN BOMBA SUKARELA KUALA SUNGAI PINANG BALIK PULAU

 

7 JANUARI 2024 (AHAD) | 6 PETANG

 

FLAT FOCUS HEIGHT, BALIK PULAU

 

YB Dato' Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Ahli Parlimen Balik Pulau

 

YBrs. Saudara Gooi Seong Kin

Pegawai Penyelaras Khas Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang

 

Haji Tuah Ismail

Mantan ADUN Pulau Betong

 

Dato' Lim Ah Lai @ Lim Choo Lai

Penasihat Bomba Sukarela Kuala Sungai Pinang Balik Pulau.

 

Encik Ooi Seng Laai

Pengerusi MPKK Bandar Baru Air Putih merangkap Penasihat Bomba Sukarela Kuala Sungai Pinang Balik Pulau.

 

Encik Kiong Chan Kyam 姜产全

Pengerusi Bomba Sukarela Kuala Sungai Pinang Balik Pulau

 

Encik Lim Chye Seng  林才生

Timbalan Pengerusi Bomba Sukarela Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau dan Persatuan Bomba Sukarela Paya Terubong

 

Encik Cheah Kok Beng 谢国明

Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Paya Terubong

 

Encik Mohd. Farulnizam Mohd. Fisah

Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Gertak Sanggul

 

Encik Teoh Chuang Piau  张壮标

Ketua Operasi Pasukan Bomba Sukarela Bukit Bendera

 


Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani.

NOTA PERCAKAPAN:

>> Terlebih dahulu, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke “Soft Launch” Jentera Lori Bomba Serbaguna Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Sungai Pinang Balik Pulau yang dianjurkan pada petang yang berbahagia ini. Terima kasih juga kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk hadir bersama-sama semua pada hari ini.

>> Saya dimaklumkan bahawa sebelum ini, PBS Kuala Sungai Pinang Balik Pulau pada asalnya hanya memiliki sebuah (1) Jentera Arena untuk berkhidmat kepada komuniti setempat di kawasan ini.

>> Mengambil maklum keadaan itu, saya dengan sukacitanya telah meluluskan peruntukan berjumlah RM20,000 untuk membantu persatuan ini membeli sebuah Jentera Lori Jepun bertangki 900 liter, sebuah Lori Serbaguna 4,500 liter dan sebuah kenderaan pacuan empat roda 4x4 Ford Ranger dengan kapasiti tampungan 1,000 liter untuk memudahkan persatuan ini dalam usaha menyampaikan khidmat bakti kepada penduduk di kawasan ini dengan lebih efektif.

>> Malah, saya amat berbesar hati kerana majlis pada petang ini akan turut menyaksikan persiapan yang diambil oleh PBS Kuala Sungai Pinang Balik Pulau untuk membantu penduduk sekitar menghadapi tempoh gangguan bekalan air bermula 10 Januari ini yang mana mereka telah menyediakan 12 tangki air yang mempunyai kapasiti sebanyak 500 gelen pada setiap satu tangki.

>> Mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua 35 PBS atau lebih dikenali sebagai pasukan ‘wira merah’ dari Pulau Pinang serta PBS Parit Buntar kerana menjadi frontliner bersama-sama membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menghadapi keadaan yang genting ini.

>> Saya sedar, majoriti daripada ‘wira merah’ kita mempunyai kerja hakiki demi mencari rezeki namun dengan semangat kemanusiaan yang tinggi, kalian sanggup mengehadkan masa yang terluang atau waktu rehat demi berbakti kepada orang ramai yang memerlukan. Oleh itu, saya amat berterima kasih dan terhutang budi dengan anda semua.

>> Kerajaan Negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan sentiasa sedar akan peranan PBS yang sentiasa membantu kerajaan dalam kerja-kerja menyelamat dan menyalurkan bantuan air termasuk ketika penularan COVID-19, oleh kerana itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah gagal dalam menyalurkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada setiap PBS di negeri ini demi melicinkan urusan setiap persatuan untuk membeli peralatan yang diperlukan oleh setiap anggota.

>> Dengan keanggotaan lebih daripada 60 ahli termasuk pihak pengurusan, saya yakin PBS Kuala Sungai Pinang ini mampu berkhidmat kepada rakyat di Balik Pulau khususnya dan di seluruh Pulau Pinang amnya. Sekali lagi, saya ucapkan tahniah, Syabas dan terima kasih di atas segala pengorbanan dan kerja keras kalian yang berkhidmat kepada rakyat.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang