PELANTIKAN SEMULA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA PELANTIKAN SEMULA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

20 OGOS 2018 (ISNIN), 10:00 PAGI
BILIK GERAKAN, TINGKAT 28, KOMTAR

Yang Berhormat Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Menteri 1

Yang Berhormat Tuan Prof. Dr Ramasamy A/L Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri 2

Y.B. Dato’ Seri Hj Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berhormat Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Yang Berbahagia Dato' Haji Ghazali Bin Derahman 
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)

Yang Berbahagia Dato’ Sr Haji Rozali bin Haji Mohamud
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Seberang Perai

Yang Berbahagia Dato’ Ar Yew Tung Seang
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Yang Dihormati Ahli Majlis- Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai

Yang Berusaha Puan Ir Hjh Rosnani bt Hj Mahmod
Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Seberang Perai

Yang Berusaha Ir Addnan bin Mohd. Razali
Setiausaha Bandaraya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Yang Berusaha Puan Nur’Aishah bt Md Norodin
Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kerajaan Tempatan

Rakan - rakan Media

Tuan - tuan dan puan - puan yang dihormati sekalian

………………………………………………………………………………….
Selamat pagi dan salam sejahtera,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Dato-dato, tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri upacara pada pagi ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato' Sr Haji Rozali bin Haji Mohamud atas perlantikan semula sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai. Pelantikan ini adalah bagi tempoh dari 16 Ogos 2018 sehingga 31 Disember 2019.

Serba sedikit mengenai Yang Berbahagia Dato' Sr Haji Rozali bin Haji Mohamud. Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 6 Jun 1982. Pada 1 Februari 1990, beliau mula berkhidmat di Majlis Perbandaran Seberang Perai sebagi Penolong Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta. Pada 16 Januari 2002, beliau dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MPSP dan seterusnya pada 1 Mac 2011 menjawat jawatan Setiausaha Perbandaran MPSP. Pada 1 Julai 2017, beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua MPSP.

Sepanjang tempoh setahun yang lalu sebagai Yang Dipertua MPSP, beliau memegang kepada prinsip kerjaya MPSP by Design Not By Chance dan prinsip ini beliau terapkan di kalangan semua warga kerja MPSP.Semua warga kerja termasuk Ketua-Ketua Jabatan MPSP diingatkan supaya berwawasan tinggi dan merancang setiap kerja yang hendak dilakukan.

YBhg. Dato Sr Haji Rozali juga memperkenalkan Management By Walking Around untuk memastikan semua Ketua Jabatan serta ketua-ketua unit hands on dalam semua isu-isu perbandaran di Seberang Perai.

Dengan Visi, Misi, Slogan dan Corporate Value yang baru, saya yakin sasaran MPSP ke arah bandaraya rendah karbon dan bandaraya pintar menjelang tahun 2022 akan dicapai. Saya difahamkan bahawa YBhg. Dato Sr Haji Rozali bersama-sama warga kerjanya dalam merangka strategi ke arah mewujudkan sebuah bandaraya rendah karbon yang berdaya huni yang juga akan mendokong hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadi negeri hijau yg pertama di Malaysia.

Penekanan untuk mencapai bandaraya rendah karbon adalah dengan menetapkan sasaran untuk mencapai kadar kitar semula sebanyak 70% dan beratan sampah ke tapak pelupusan sampah dikurangkan sehingga 50% pada tahun 2022 dalam Pelan Strategik Seberang Perai 2018 – 2022. Kadar sampah yang dihasil perkapita didapati berkurangan daripada 1.6kg/orang/hari pada tahun 2016 kepada 1.09kg/orang/hari pada tahun 2017 dan disasarkan terus berkurangan kepada 0.8kg/orang/hari pada tahun 2022.


Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah sekali lagi kepada YBhg. Dato Sr Haji Rozali atas pelantikan semula sebagai Yang Dipertua MPSP. Saya yakin dengan pengalaman yang luas, pencapaian dan pengiktirafan yang telah diperolehi oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai, Yang Berbahagia Dato' Sr Haji Rozali bin Haji Mohamud mampu dan akan meneruskan kecemerlangan ini di masa masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang