MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF KEMENANGAN SUKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (SKIMAS) KEPADA PEMENANG PINGAT EMAS TEMASYA SUKAN ASIA TENGGARA (SEA) KE-31

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF KEMENANGAN SUKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (SKIMAS) KEPADA PEMENANG PINGAT EMAS TEMASYA SUKAN ASIA TENGGARA (SEA)

KE-31 DI HANOI, VIETNAM

8 JULAI 2022

TINGKAT 28, KOMTAR

Yang Berhormat Tuan Soon Lip Chee

EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang

Yang Berusaha Encik Harry Chai Heng Hua

Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

 

Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Tan Gin Soon

Presiden Majlis Jimnastik Amatur Pulau Pinang

Yang Berbahagia Dato’ Michael Tan Cheong Heng

Presiden Persatuan Billiard & Snuker Pulau Pinang

Yang Berbahagia Dato’ Yeoh Teong Eng

Naib Presiden Persatuan Renang Amatur Pulau Pinang

Cik Chong Kwang Yen

Presiden Persekutuan Karate Pulau Pinang

Encik Lim Kok Leong

Pemenang Pingat Emas Sukan Snuker

Geerijaeswaran Pillai a/l Sivanesan

Pemenang Pingat Emas Karate Kumite Berpasukan Lelaki

Encik Ooi Tze Dong

Abang kepada Ooi Tze Liang, Pemenang Pingat Emas Sukan Terjun

 

Puan Shirley Yeoh

Ibu kepada Rachel Yeoh Li Wen, Pemenang Pingat Emas Sukan Gimnastik Artistik

Encik Ab Malik bin Abdullah & Puan Rusma Binti Ismail

Ibu bapa kepada Muhammad Arif Afifuddin bin Ab Malik, Pemenang Pingat Emas Karate Kumite Berpasukan Lelaki

Encik Lim Seong Chong & Puan Yeap Li Li

Ibu bapa kepada Lim Kok Leong

Rakan-Rakan Media

 

Tuan-Tuan / Puan-Puan

 

Hadirin Sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke Sidang Media pada pagi ini sempena majlis ringkas yang diadakan bagi meraikan kejayaan para atlet Pulau Pinang yang menyertai kontinjen Malaysia dalam temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-31 yang telah berlangsung di Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei 2022 yang lalu.

Daripada keseluruhan 39 pingat emas, 45 pingat perak dan 90 pingat gangsa yang telah berjaya dibawa pulang oleh Kontinjen Malaysia, para atlet Pulau Pinang telah berjaya menyumbang sebanyak enam (6) pingat emas.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontinjen negara khususnya para atlet Pulau Pinang ini yang telah bekerja keras dalam memburu kejayaan, sekaligus mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia.

Dan, pada hari ini kita telah mengaturkan sebuah Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SKIMAS) sebagai penghargaan kepada para atlet yang telah menyumbang kejayaan ini.

Ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen dan sokongan tertinggi Kerajaan Negeri kepada atlet-atlet negeri kita yang telah memenangi pingat emas tersebut dan selaras dengan kriteria kelayakan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan insentif kewangan kejayaan dengan keseluruhan sebanyak RM27,000 bagi pemenang Pingat Emas atlet negeri Pulau Pinang seperti berikut:

NAMA ATLET

PINGAT

JENIS ACARA & CATATAN MASA

PERUNTUKAN SKIMAS

Ooi Tze Liang

Emas

Acara Akuatik Terjun 3meter Papan Anjal Seirama Lelaki

RM3,000.00

Emas

Acara Akuatik Terjun 1meter Papan Anjal Lelaki

RM6,000.00

Rachel Yeoh Li Wen

Emas

Acara Gimnastik Artistik Individu Palang Bertingkat

RM6,000.00

Emas

Acara Gimnastik Artistik Individu Batang Titian

RM3,000.00

Lim Kok Leong

Emas

Acara Snooker 6-red Individu Lelaki

RM6,000.00

Geerijaieswaran Pillai A/L Sivanesan

Emas

Acara Karate Kumiti Lelaki Berpasukan

RM1,500.00

Muhammad Arif Afifuddin bin Ab Malik

RM1,500.00

Selain daripada pencapaian pingat emas daripada atlet-atlet negeri ini, saya juga amat bangga apabila dimaklumkan bahawa atlet Gimnastik Artistik, Rachel Yeoh Li Wen, juga telah diiktiraf sebagai ‘Atlet Terbaik Wanita’ Kontinjen Malaysia bagi temasya Sukan SEA Ke-31 oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan bagi beliau sebagai seorang atlet, tetapi lebih dari itu, saya juga percaya pencapaian ini secara langsungnya telah mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang. Congratulations and Well done!

Anda semua sememangnya di kalangan kelompok yang terbaik dan kita semua berdoa, anda semua akan kekal cemerlang dan terus memberikan yang terbaik dalam semangat kesukanan dan perpaduan yang tinggi untuk mengharumkan nama negara Malaysia dan negeri. Keep it up!

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada kesemua Kontinjen Negara yang telah memberikan yang terbaik di Sukan SEA Ke-31, Hanoi. Semoga dengan kejayaan ini akan terus menyemarakkan lagi semangat anda semua untuk terus berjuang dalam lapangan bidang sukan masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang