MAJLIS PELUNCURAN PROJEK NAIK TARAF PENEMPATAN PENJAJA TAMAN PUTERI GUNUNG
TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,
YAB TUAN CHOW KON YEOW
SEMPENA MAJLIS PELUNCURAN PROJEK NAIK TARAF PENEMPATAN PENJAJA TAMAN PUTERI GUNUNG
25 JULAI 2023 (SELASA)
TAMAN PUTERI GUNUNG
____________________________________
Saudara Goh Choon Aik
Mantan ADUN Bukit Tambun
Yang Berbahagia Dato’ Azhar bin Haji Arshad
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
Ahli Majlis-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
Ketua-Ketua Jabatan
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi sekalian
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang telah mengaturkan Majlis Peluncuran Projek Naik Taraf Penempatan Penjaja Taman Puteri Gunung pada pagi yang berbahagia ini.
Sememangnya penduduk di kawasan sekitar sudah terbiasa dengan penjaja yang berada di sini memandangkan ada di antaranya telah berjualan sejak 10 tahun yang lalu.
Maka, dengan mengambil kira aspek keselamatan dan keselesaan penjaja dan pelanggan, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada MBSP yang cakna akan keperluan masyarakat di sini dengan pengumuman projek ini.
Sebagaimana dimaklumkan, projek ini mengambil masa selama 10 minggu untuk disiapkan dengan melibatkan kos sebanyak RM237,000.00 meliputi kerja-kerja baik pulih jalan, pemasangan papan tanda dan pembinaan tempat letak kenderaan.
Sama seperti di Taman Merak, konsep terbuka berbumbung bersaiz 10’ x 10’ dengan pembinaan lantai konkrit tanpa kemudahan bekalan air dan elektrik akan disediakan melibatkan 40 unit tapak penjaja.
Diharapkan apabila siapnya projek pembangunan tapak penempatan penjaja ini kelak, ia membantu merancakkan lagi kegiatan ekonomi peniagaan di sini.
Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Peluncuran Projek Naik Taraf Penempatan Penjaja Taman Puteri Gunung.
Sekian, terima kasih.