MAJLIS SEMBAHYANG KHAS DAN JAMUAN TEH SEMPENA PERAYAAN THAIPUSAM TAHUN 2017
UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
DI MAJLIS SEMBAHYANG KHAS DAN JAMUAN TEH SEMPENA PERAYAAN THAIPUSAM TAHUN 2017
9 Februari 2017
Perkarangan Kuil Sri Ganeshar, Jalan Air Terjun
Selamat petang dan selamat menyambut Perayaan Thaipusam tahun 2017. Saya amat gembira untuk berada di sini pada hari yang mulia ini kerana tahun ini, Negeri Pulau Pinang telah mencipta sejarah dengan menganjurkan perarakan Golden Chariot yang membawa "Vel" sempena perayaan Thaipusam. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan taniah dan syabas kepada YB Prof. Dr. P. Ramasamy, Lembaga Wakaf Hindu Negeri, Jawatankuasa Kuil Arulmigu Balathandayuthapani serta Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman bagi menganjurkan perarakan ini dengan berjayanya semalam.
Para hadirian sekalian,
Baru-baru ini Cable News Network (CNN) telah menyenaraikan Pulau Pinang di tangga kedua di antara 17 tempat utama di dunia yang harus dilawati pada tahun 2017. Sudah pastinya mulai dari tahun ini, dengan adanya Golden Chariot yang membawa 'vel', lebih ramai penganut dan pelancong akan memilih Pulau Pinang untuk menyambut perayaan Thaipusam. Dengan doa semua dan Dewa Muruga, kita berharap dapat meneruskan prestasi gemilang sejak tahun 2008.
Kerajaan Negeri mampu meningkatkan lebihan Belanjawan terkumpul sebanyak RM574 juta dalam tempoh lapan (8) tahun pemerintahan (2008-2015) berbanding RM373 juta yang dicapai oleh Kerajaan Negeri sebelum ini untuk tempoh 50 tahun dari tahun 1957-2007.
Kerajaan Negeri juga turut berjaya mengurangkan bebanan hutang negeri sebanyak 90% kepada RM69 juta daripada keseluruhan RM16.8 bilion – menjadikan Pulau Pinang menjadi negeri yang paling rendah berhutang dengan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini bukan merupakan yang miskin/ mundur.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri bangga untuk menyatakan sehingga kini, 1.6 juta rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat melalui 'dividen anti-rasuah' atau bantuan kewangan sebanyak RM412.63 juta yang telah diagihkan sejak tahun 2008 menerusi program emas Kerajaan Negeri baik warga emas mahupun anak emas.
Pulau Pinang juga berhasrat untuk menjadi negeri keusahawanan dan berkebajikan. Usaha untuk menjadi negeri keusahawanan telah melihatkan kejayaan apabila jumlah pelaburan meningkat sebanyak 90% untuk tempoh 8 tahun daripada 2000-2007 sebanyak RM29 bilion kepada RM55 bilion untuk tempoh 2008-2015.
Para hadirin sekalian,
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengurangkan tahap hutang negeri lebih dari 90% dan meningkatkan rizab tunai lebih dari 50% hingga ke tahap RM1.6 bilion. Kejayaan ini adalah hasil daripada urustadbir CAT yang bersih.
Selama ini Kerajaan Negeri dan rakyat Pulau Pinang telah berusaha dan berjaya menjadikan Pulau Pinang di antara negeri yang dipuji di mata dunia. Maka tidak perlulah Pulau Pinang ditukar sebagai sebuah Wilayah Persekutuan. Pulau Pinang adalah merupakan contoh pentadbiran yang baik kepada banyak negeri di Malaysia.
Kita akan terus mempertahankan Pulau Pinang daripada mereka yang benci kepada Kerajaan Negeri sehingga mahu menghapuskan Pulau Pinang supaya ia lenyap dan hilang daripada tanah air kita. Rakyat Pulau Pinang akan membalas kebencian Barisan Nasional (BN) bukan dengan kebencian sebaliknya dengan kasih sayang iaitu dengan menjalankan kempen menyelamatkan Pulau Pinang menerusi kasih sayang iaitu “I LOVE PENANG”.
Rakyat tidak mahu hilang hak memilih pemimpin kami untuk diganti dengan mereka yang di Putrajaya yang tidak duduk di Pulau Pinang. Ataupun hilang peruntukan tahunan untuk Sekolah Tamil ataupun program emas. Kita mahukan rakyat Pulau Pinang terus mengenali diri sebagai anak negeri Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.