MAJLIS SAMBUTAN HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU PDC
TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU PDC
PADA 21 DISEMBER 2017
DI ATRIUM PEJABAT PDC
Salam Sejahtera & Salam Bersih, hari ini kita bersama-sama berkumpul sebagai satu keluarga korporat untuk meraikan sambutan Hari Krismas and meraikan Tahun Baru yang bakal tiba.
Pada tahun 2017, kita dapat menyaksikan pertumbuhan positif dan pembangunan infrastruktur Pulau Pinang. Dengan daya tahan dan komitmen, kita telah mencatatkan kejayaan dalam menarik pelaburan sebanyak RM9.9 bilion dari Januari-September 2017, berbanding RM4.3 bilion untuk keseluruhan 2016 iaitu peningkatan 130%, yang yang mana kedua tertinggi di seluruh negara. Daripada RM9.9 bilion, pelaburan tempatan adalah RM1.9 bilion manakala pelaburan asing adalah RM8 bilion. Sekarang tidak ada lagi mana-mana pihak tidak bertanggungjawab akan cuba mendakwa pelabur lari dan kilang tutup di Pulau Pinang.
Saya ucapkan tahniah kepada PDC dan Invest-in-Penang atas komitmen dan kejayaan mereka dalam menarik pelaburan.
Saya juga berbangga kerana Pulau Pinang memiliki syarikat yang merupakan pengeksport terbesar No.1 dan No.2 di Malaysia, dengan Western Digital menyumbang RM20 bilion eksport setiap tahun pada 2017 atau 2.3% daripada jumlah eksport Malaysia dan Broadcom akan menyumbang RM70 bilion, menjelang 2018. Broadcom sahaja akan menyumbang 8% daripada jumlah eksport tahunan Malaysia. Kedua – dua syarikat menyumbang 10.3% daripada jumlah keseluruhan besar di Malaysia.
Kami akan terus mendorong ekonomi berpendapatan tinggi melalui tadbir urus yang baik, integriti dan penekanan berterusan kami terhadap Sains & Teknologi. Sejajar dengan perkembangan teknologi yang menggalakkan penggunaan internet secara maksima, kita semua mesti menguasai gelombang Revolusi Industri 4.0 yang merangkumi Big Data Analytics, Cloud Computing, E-Commerce, Crowd Sourcing dan Internet of Things. Sebanyak RM75 juta telah dibelanjakan sejak 2008 untuk mempromosikan pendidikan STEM – Science Technology Engineering and Maths.
Banyak projek pembangunan transformatif utama telah direalisasikan di Pulau Pinang melalui Kerajaan Negeri dan PDC yang bekerja dengan sektor swasta di bawah inisiatif Public Private Parnership (PPP)
Contoh-contoh projek tersebut adalah dengan kelahiran semula ikon baru iaitu @ Top Komtar yang melambangkan transformasi Komtar Pulau Pinang yang baru selepas pelaburan RM200 juta oleh One World Group. Di samping itu, salah satu projek yang berjaya termasuk projek Penang Science Café bernilai RM23 juta, Perpustakaan Digital Pulau Pinang yang beroperasi 24 jam yang merupakan perpustakaan pertama di Malaysia tanpa buku, projek RM23 juta Penang @CAT di Wisma Yeap Chor Ee dan RM28 juta projek Tech Dome projek untuk mempromosikan sains dan teknologi.
Pada minggu lalu, saya juga telah melancarkan Escape Waterplay, sebuah taman tema pertama di Pulau Pinang, yang akan meningkatkan lagi kedudukan Pulau Pinang di peta pelancongan dunia. Perancangan untuk membina papan luncur yang terpanjang di dunia sepanjang 1 kilometer juga adalah dalam perancangan.
Pulau Pinang juga telah menunjukkan kemajuan besar dalam peruntukan Perumahan Mampu Milik yang mendapat RM500 juta dana daripada Kerajaan Negeri. Penyerahan Skim Perumahan Mampu Milik PDC (AHS) pertama, dengan CCC untuk Fasa 1 iaitu di Bandar Cassia, Batu Kawan akan diperolehi tidak lama lagi dan diikuti oleh Perumahan Mampu Milik di Kampung Jawa, Butterworth dan selepas itu Dua Residensi Teluk Kumbar.
Semua inisiatif ini benar-benar menunjukkan komitmen dan tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri dan PDC untuk memastikan bekalan Perumahan Mampu Milik yang mencukupi kepada rakyat Pulau Pinang yang menjadi agenda utama rakyat oleh Kerajaan Negeri dan PDC.
Dengan ini saya merasmikan Sambutan Rumah Terbuka Hari Krismas dan Tahun Baru.
Sekian, terima kasih.