FIESTA SUKAN PULAU PINANG 2018

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA FIESTA SUKAN PULAU PINANG 2018

24 NOVEMBER 2018 (SABTU),
2:00 PETANG, FIESTIVE SQUARE, GURNEY PARAGON MALL
……………………………………………………………………………………………

Terima kasih saudara / saudari Pengacara Majlis

Yang Berhormat Soon Lip Chee
Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan

Yang Berhormat Kumaresan A/L Aramugam
Adun Batu Uban

YB Dr Amar Pritpal bin Abdullah
Adun Sungai Bakap

Yang Berhormat Daniel Gooi Zi Sen
Adun Pengkalan Kota

Yang Berhormat Ong Ah Teong
Adun Batu Lancang

Yang Berhormat Joseph Ng Soon Siang
Adun Air Itam

Encik Frederick Tan Teck An
Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Yang Berusaha Encik Teng Kok Liang
Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC)

YBhg. Dato Seri Khor Teng Tong
Founder & Executive Advisor of Hunza Group

YBhg. Dato’ Khor Siang Gin
Managing Director of Hunza Group

Encik Simon Soh
Pengurus Besar Sunlight Galaxy Sdn Bhd

Rakan-rakan media

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Pertamanya, bersyukurlah kita kerana dapat berkumpul bersama-sama di Gurney Paragon Mall sempena Majlis Perasmian Fiesta Sukan Pulau Pinang 2018 yang merupakan program baru anjuran MMK Belia dan Sukan Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Penang Youth Development Corporate, Sunlight Sdn Bhd, dengan kerjasama jenama Li Ning.

Bagi menggalakkan rakyat bergiat aktif dalam sukan dan memastikan mereka kekal cergas dan sihat, MMK Belia dan Sukan Pulau Pinang diketuai oleh YB Soon Lip Chee telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan aktiviti ini yang julung kali diadakan bermula 23 November -2 Disember 2018.

Saya difahamkan pelbagai aktiviti diadakan seperti jualan peralatan sukan, aktiviti seperti sukan bola keranjang dan badminton juga akan diadakan. Selain itu, sepanjang program ini diadakan, sesi temubual dan perkongsian pengalaman bersama pemenang pingat di SUKMA Perak 2018 juga akan diadakan. Saya berharap orang ramai terutamanya mereka yang berminat dalam sukan boleh mengambil peluang ini untuk bertemu dengan atlit-atlit Pulau Pinang yang cemerlang ini. Manakala pada ada 2 Disember 2018, satu pertandingan KPOP akan turut diadakan.

Oleh itu, saya berpendapat acara ini sikit sebanyak mampu memberi suatu impak yang sangat berkesan kepada penglibatan orang ramai di negeri ini yang masih belum mula melibatkan diri dalam bersukan untuk memulakan aktiviti kesukanan dan seterusnya menjadikan ia sebagai satu budaya hidup. Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi galakan dan sokongan terhadap apa jua jenis aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan belia kerana ia mampu menyumbang ke arah peningkatan kualiti kesihatan fizikal dan mental, perpaduan dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Dengan itu, saya merasmikan Fiesta Sukan Pulau Pinang 2018.

Sekian, terima kasih.

 

 

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang