MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI MESYUARAT PEGAWAI KANAN JKR MALAYSIA 2019
TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI MESYUARAT PEGAWAI KANAN JKR MALAYSIA 2019
“JKR PENERAJU INFRASTRUKTUR NEGARA”
9 MAC 2019 (SABTU) / 8.00 MALAM
HOTEL EQUATORIAL
Terima kasih kepada saudara/saudari Pengacara Majlis
Tuan Yang Terutama TUN DATO’ SERI UTAMA (DR.) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS
Yang Di-Pertua Pulau Pinang
Yang Berhormat Tuan Baru Bian
Menteri Kerja Raya Malaysia
Yang Berhormat Dato' HJ. Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1
Yang Berhormat Tuan Zairil Khir Johari
Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir
Yang Berhormat Dato' Seri Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Yang Berhormat Dato' Sarul Bahiyah Binti Haji Abu
Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang
Yang Berbahagia Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha
Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia
Yang Berbahagia Ir. Shahabuddin Bin Mohd Muhayidin.
Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Ahli Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia 2019
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Dato’- Dato’, Datin-Datin, Pegawai-pegawai Kanan JKR Malaysia
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
Selamat Malam dan Salam sejahtera.
PENDAHULUAN
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Terlebih dahulu saya mengalu-alukan semua pegawai peringkat atasan dan Pegawai Kanan JKR Malaysia ke Negeri Pulau Pinang, Pulau Mutiara yang indah. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta yang hadir ke Persidangan Pegawai Kanan JKR ini. Bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya merupakan “The Preferred Technical Agency” di negeri ini.
Saudara dan saudari hadirin sekalian,
Penganjuran persidangan pegawai Kanan JKR di Pulau Pinang sememangnya amat bermakna untuk Pulau Pinang, dan ia dijadikan sebagai silaturahim Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan JKR dengan lebih rapat lagi.
Karenah birokrasi dan ketidaksamaan fahaman politik yang mungkin wujud dan diamalkan sebelum ini diharap dapat dihapuskan berikutan amalan keterbukaan yang menjadi agenda kerajaan baru masa kini. Projek atau program yang dilaksanakan secara bersendirian oleh kerajaan negeri kini sudah boleh diusahakan bersama-sama JKR yang mana sudah pasti akan memberi nilai tambahan kepada Pulau Pinang.
Sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pegawai JKR yang menganjurkan Persidangan Pegawai Kanan di Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2019. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya dan semua Pegawai Kanan kerana sudi hadir ke majlis makan malam negeri.
Sekian, terima kasih.