SEMPENA MAJLIS PELANCARAN CNY FIESTA SJKC SHIH CHUNG PUSAT

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN CNY FIESTA SJKC SHIH CHUNG PUSAT

21 Jan 2020

Pn Boo Cheng Choon,

Guru Besar SJKC Shih Chung Pusat

Dato Seri Dr. Kelvin Kiew,

Naib Pengerusi Lembaga Sekolah Shih Chung

En Tai Eng Huat,

Timbalan Setiausaha Persatuan bekas muris Sekolah Shih Chung

En Lee Seow Ping,

YDP PIBG SJKC Shih Chung Pusat

En Allen Tan Soo Hin,

Penolong PPD Timur Laut

En Koay Theam Hock,

Bekas murid SJKC Shih Chung Pusat

Salam sejahtera dan selamat pagi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para alumni Shih Chung Pusat, ibu bapa, syarikat pembekal serta penderma atas kesudian memberi angpau dan menaja semua buah limau mandarin yang akan diagihkan pada pagi yang mulia ini. Semoga Tahun Baru Cina pada tahun ini dapat memberikan kita kesenangan dan kesejahteraan kepada kita semua.

Bagi memeriahkan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal datang hujung minggu ini, angpau dan buah limau akan diagihkan kepada para guru dan murid SJKC Shih Chung Pusat sebagai tanda penghargaan dan perkongsian tuah bersama-sama.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

T-shirt yang dipakai oleh murid-murid pada hari ini merupakan hasil cetakan sendiri dalam program “Do-It-Yourself--Tahun Baharu Baju Baharu” yang telah dijalankan pada Rabu yang lepas. Program “Do-it-Yourself “ adalah bertujuan untuk semua murid menghargai diri sendiri dan meningkatkan keyakinan diri, dan juga mengeratkan hubungan antara anak dengan ibubapa.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah sempena aktiviti pada pagi ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan dan memeriahkan aktiviti ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua penduduk di Negeri Pulau Pinang khususnya yang berbangsa Cina dan semua masyarakat di Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang