TERKINI PENANG 15 Julai 2021; Jam 1400  

15 Julai 2021; Jam 1400

Semalam (14 Julai 2021), kita berjaya mencatatkan rekod pemberian suntikan vaksin kepada 24,403 rakyat Pulau Pinang.

Ini kerana:-

(a) Penambahan bekalan vaksin;

(b) Penambahan bilangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan pengoperasian yang lebih efisien.

Terima kasih kepada semua pihak atas pencapaian ini!

Bermula hari ini hingga akhir bulan Julai 2021, beberapa lagi PPV akan turut beroperasi bagi membolehkan kita mencapai 30,000 dos suntikan dalam tempoh sehari.

Marilah sama-sama kita melindungi diri kita, keluarga dan komuniti seterusnya menjauhi ancaman virus COVID-19 di Pulau Pinang.

CHOW KON YEOW

Ketua Menteri Pulau Pinang

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang