MAJLIS PERASMIAN ‘NEGALITRES FOR SCHOOLS’

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN ‘NEGALITRES FOR SCHOOLS’

22 MAC 2022 (SELASA)

Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR

Yang Berusaha Puan Roshana bin Mohd Ali

Setiausaha Bahagian, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)

 

Yang Berusaha Encik Muhammad Muashraf bin Mohamed

Pemangku Pengarah, Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Yang Berusaha Encik Mohd. Syukri bin Said

Pemangku Pengarah Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

Yang Berusaha Puan Josephine Tan Mei Ling

Pengurus Besar, Penang Green Council (PGC)

Yang Berusaha Encik Chen Thean Hock

Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP)

Yang Berusaha Dato’ Ir Jaseni bin Maidinsa

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

Yang Berusaha  Cik Fasya binti Abdul Hamid

Naib Pengerusi, Green Educator’s Workgroup

 

 

 

 

Yang Berusaha Profesor Dr Chan Ngai Weng

Presiden, Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang dan juga selaku wakil Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM)

Rakan-rakan Media

Para Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru

 

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang  atau Water Watch Penang (WWP) serta semua rakan strategik yang telah berjaya memastikan Majlis Perasmian “Negalitres for Schools” dapat dianjurkan dengan jayanya.

 

Bertepatan dengan Hari Air Sedunia yang disambut pada 22 Mac setiap tahun, program pada hari ini memberikan signifikan dan cukup simbolik untuk menggambarkan peranan besar kita semua dalam merealisasikan hasrat bersama ini.

Dengan matlamat mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang, program yang julung kali diadakan ini mencatatkan sejarah yang tersendiri di mana ia bukan sahaja menjadi penganjuran yang pertama di Malaysia, malah turut menjadi program pertama di Asia Tenggara. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua!

Seperti mana yang dimaklumkan, inisiatif serta usaha pendidikan dan penjimatan air melalui program “Negalitres for School” ini akan melibatkan pemasangan peralatan penjimatan air secara percuma di 100 buah sekolah di seluruh Pulau Pinang dalam tempoh 3 tahun akan datang (2022-2024). Pendidikan penggunaan air akan diberikan oleh Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang sepanjang tempoh tersebut.   

Melalui pemerkasaan para pelajar dan guru dari sekolah yang mengambil bahagian, ia akan dapat menjimatkan penggunaan air terawat sekurang-kurangnya 10 peratus. Tambahan, program ini boleh juga menjadi pelengkap kepada Penang Green Council (PGC) melalui penganjuran program ‘Green School Programme’ atau Program Sekolah Hijau.
Sesungguhnya, matlamat ‘Negalitres for Schools’ juga seiring dengan Visi Penang2030 serta menyumbang ke arah pencapaian Tema A (Increase livability to enhance quality of life), Tema C (Empower people to strengthen civic participation) dan Tema D (Invest in built environment to improve resilient) yang termaktub dalam visi tersebut.

Selain daripada itu, program ini juga akan menyumbang kepada penglibatan Negeri Pulau Pinang dalam arena pengantarabangsaan bagi mencapai objektif Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) seperti berikut:

SDG 4:  Kualiti Pendidikan (Quality Education);

SDG6:   Air Bersih dan Sanitasi (Clean Water and Sanitation);

SDG11: Bandar dan Komuniti Lestari (Sustainable Cities and   

              Communities);

SDG12: Penggunaan dan Pengeluaran Lestari (Responsible

              Consumption and Production);

SDG13: Tindakan Iklim (Climate Action); dan,

SDG17: Kerjasama Ke arah Matlamat (Partnership for the  

             Goals).

Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyaran dan menyeru para Guru Besar/Pengetua dan penyelaras Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan di negeri ini untuk merebut peluang dan mendaftar Program ‘Negalitres for Schools’. Sambutan yang diterima adalah cukup memberangsangkan dan sehingga kini, saya dimaklumkan sebanyak 40 buah sekolah telah berdaftar dan telahpun mencapai sasaran yang telah ditetapkan pada tahun pertama ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Besarlah harapan kita semua untuk memastikan program ini mencapai objektif dan matlamat sebagaimana yang ditetapkan. Di Pulau Pinang, meskipun kita mempunyai pengurusan cekap daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) selaku operator yang bertanggungjawab, kita masih perlu bersedia untuk berdepan segala risiko dan kemungkinan yang akan berlaku.

Inilah masanya usaha pendidikan dan jimat air seperti program ‘Negalitres for Schools’ ini sangat dialu-alukan. Kita menyedari betapa pentingnya untuk mempertingkatkan usaha penjimatan air ke peringkat seterusnya, justeru kerjasama dan usaha berterusan sebegini perlu diperkasakan bagi mencapai jangkauan yang lebih dinamik.

Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi kepada Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang atau Water Watch Penang (WWP), bersama-sama dengan rakan penaja Intel Corporation dan CLEAN International, Inc.  atas inisiatif dan kolaborasi bagi memastikan program ini berada di landasan yang tepat dalam usaha mentransformasikan Pulau Pinang kepada bandar lestari dan masyarakat Pulau Pinang yang jimat air.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPNPP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Penang Green Council (PGC), Green Educator’s Workgroup (GREW), dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM) di atas sokongan penuh terhadap program ini. 

Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan program ‘Negalitres for Schools’ di Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang